Online users

Follower

Tuesday, September 21, 2010

Al-kisah rumah hantu.


Waktu kat Sakura Festival, ada Haunted House a.k.a Rumah Hantu. Pada mulanya, aku memang excited nak masuk.Tak fikir panjang langsung, terus line up bayar tiket. Entah roh apa masuk dalam badan aku ni. Tiba-tiba jadi berani nak masuk.Fikir bukan senang nak jumpa hantu jepun kat Welly.Konon la kan.Sekali aku terpandang poster Haunted House ni. Ada gambar hantu rambut panjang merangkak. Senang cakap hantu Ju-on. Mesti korang tahu kan.Terus fikir dua tiga kali betul ke nak masuk ni. Aku memang senang gelabah sikit bila dah terbayang hantu tu macam mana.Mula la fikir macam-macam.Takut hantu tu pegang kaki aku or whatsoever.

Nak masuk rumah hantu ni, sekali masuk 5-6 orang. Dia tak lepas banyak-banyak.So, depan kami geng Bob. Ada la bunga dua kuntum iaitu Ann dan Naddy. Depa ni memang kuat jerit.Bila dengaq depa jerit, lagi la psycho kat aku dan Wan.Mula dah seriau.Betoi ka aku nak masuk ni? Group aku consists of aku, Wan, Azu, Elin, Syamel dan Wawan.Fikir ada dua lelaki, aku macam berani sikit.Itu pada permulaannya la.

Elok sampai time kami, semua cuak. Tak dan sampai depan pintu lagi dah seriau.Tak boleh blah yang jantan dua ekoq tu pun pengecut.Duk mai himpit rapat kat kami yang perempuan ni. Lagilah aku gelabah.Huhuhu.Baru setapak dua dalam rumah hantu, kami dah reverse balik.Takut.Gelap toksah duk kata la.Memang gelap.Dah kata rumah hantu.

Kali kedua kami masuk, kami buat formation.Yang geng perempuan pegang tangan sama-sama.Yang geng lelaki lead kat depan.Lawak gila kot.Jalan berhimpit-himpit.Melekat macam kembar 6. Hahaha. Sampai satu simpang, perlu belok kanan.Kat situ la permulaan rumah hantu sebenarnya.

"Weyh...aku nampak dia kat sebelah aku.Patah balik! Patah balik!" kata Syamel selaku ketua rombongan.

Muka lega tak jadi masuk Rumah Hantu.Bahahaha.

Nooh...Gila hang.Semua patah balik.Tak pernah aku secuak tu.Padahal hantu olok-olok je pun.Fail weyh.Last-last semua tak berani masuk.Surrender.Padahal baru suku jalan.Hahaha.Syamel dan Wawan memang tak boleh pakai.Hahaha.Aku pun tak boleh pakai juga.Duk teringat hantu Ju-on menjalaq kat kaki.Eee..seram kot.Tak berani.Dulu aku berani.Makin tua, makin pengecut.Apakah?

Sangat lawak ok bila tengok lelaki takut masuk rumah hantu.Burn 3 dollar aku.Tsk.

20 comments:

cha said...

haha lawak ok kwn laki u.penakut!rugi je duit patah balik haha :))

Peri PiA said...

i hate darkness :(

xblh napas rase

eDdY said...

laa..camtu ka laki..buat malu ja..haha(macam la aq brani sgt)...(^^)

sizuka[Izzati] said...

hahaha.ak xpenah brani msuk umah antu.takot!

Dee said...

kak dee pun takut dh skrg ni..dulu2 berani gak..hahaha..takut jantung x tahan..terus berhenti..hahaha..

[z@ck] said...

cha..
hahaha..semua state panik.

Peri PiA..
ada masalah claustrophobic kot.heheh

eDdy..
aku rasa mana2 laki pun takut hantu kan? hehehe

sizuka[izzati]..
aku dulu berani..skang penakut!hahaha

[z@ck] said...

Dee..
rasanya saya pun macam tu juga bila umur cecah 30 an.ehehe

~HANA~ said...

hahaha lawak lah! laki pon penakut. hihihi

[z@ck] said...

~HANA~..
agak la..huhuhu

Whoopz said...

Patotnya nak masuk haunted house kena ada perasaan marah.. Kalau antu tu pegang kaki kiri.. Sepak antu tu guna kaki kanan... Mwahahah...

[z@ck] said...

Whoopz..
aku tak sempat nak rasa marah.huhuhu.

LORD ZARA 札拉 said...

nasib baik 3 dollar je~

hehehe

[z@ck] said...

LORD ZARA..
ko convert duit Msia tengok..kalau pergi rumah hntu kat funfair tiket seringgit je

Judiene said...

hahahahaa
apedaa korg
ingtkn jadi masuk td
nak gak tgk kot2 ade yg jatuh guling2 ke
;P

[z@ck] said...

Judiene..
tak ada maknanya..hahahaha

Roxy zai said...

woahahaha..boleh2 patah balik yg laki tuh??huhu..

weyh, seyesly sgt tertarik dgn widget diri ko sndiri kat tepi tu..menarik!!!=)*sila beri tunjuk ajar*

[z@ck] said...

Roxy zai..
adeh..aku pun suh org tolong buat.hahaha

eLLy said...

akak confirm tak masuk ..

[z@ck] said...

eLLy..
tau..hahahaha

kechixx said...

hahahahahhaaaa...lawak2:)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger