Online users

Follower

Monday, September 13, 2010

Kad raya.

Aku didatangi 3 kad raya pada hari raya kedua.Terdengar ketukan kuat dipintu.Ingatkan ada orang nak mai beraya.Tapi tak dengar pula dorang bagi salam.Tengok-tengok pak cik posmen.Kesian dia, tercungap-cungap nak bercakap.Al-maklumlah, rumahku atas bukit.Memang mengah kalau nak panjat tangga. Cool down pak cik, cool down.

Dihulurkan 4 keping surat.Satu Wan punya.Lagi 3 aku yang punya.Tamak haloba betoi.Sampai tiga.Dibuka sampul paling besar.Dah expect dah dari pengutip durian sebab dia dah inform awal-awal.Siap ada tracking number lagi.Hehe.Rasa nak gelak pun ada bila tengok kad raya dia.Hand made ok.Comel.Memang langsung tak ada unsur ketupat pelita semua.Yang ada hanya ucapan tulus ikhlas dari hati. Pergh.Boleh tahan jiwang dia ni.Kreatif pun ada juga.Jealous tulisan dia lagi lawa dari aku.Emosi masih boleh dikawal.

Dibuka sampul kedua dan tiba-tiba keluar bunyi! Bahahaha.Call me jakun.First time dapat kad raya ada bunyi.Memang super excited sikit.Bila baca ucapan kat dalam, emosi dah tak stabil.Terus menangis.Alahai adik-adikku, sweet betoi ampa ni. Memang aku tacing lebih sikit bila mai bab adik beradik ni.Ucapan dorang, menusuk kalbu.Huhuhu.

Sampul ketiga dibuka dan nooohhh...dari adik aku juga.Depa pakat hantaq dua.Satu ada bunyi, satu tak ada.Menangis lagi sebab terharu dengan ucapan yang dicoretkan dalam tu.Alahai.Bengkak juga la mata menangis seround.Dah tak cun.

Terima kasih semua.Love you all la.

6 comments:

Hizami Rahim said...

wah.
aku dapat satu kad raya shj.
isk.
nak study oversea jugak r camneh.
T-T

chentaMAYA said...

haha. laen kali mnx kat aq lak tahu! hee~

Muhammad Adam Rayyan said...

jgn nanges2.. nanti jadi kasim selamat.

selamat hari raya sis zek!!

sizuka[Izzati] said...

ak dpt sekeping je.tu pun dh ngs sebak segala.dpt 3 keping ak rse banjirlah.haha~

Kap said...

make up cair, touch up balik :)

eDdY said...

waaa..sampai 3 skali die dpt...
aq satu pon xdak taun ni..
suma dok pakat wish ikut fb jer..huhu

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger