Online users

Follower

Thursday, September 23, 2010

Menu open house

Ok.Cukup cerita belakang tabir.Sekarang mari kita tengok depan tabir pula.

Kami ada masa lebih kurang 2 jam untuk prepare hall dan semua makanan sebelum guest datang.Event start pukul 7 malam. Kami start tempah dewan pukul 5.30 petang.AJK backdrop dan lokasi paling busy time ni sebab dorang baru start deco board dan susun atur dewan.

Keadaan dewan sebelum dikemas sangatlah kotor. Lantai bersepah dengan serdak. Aku tak tahu la siapa yang pakai hall tu sebelum kami.Tapi agak gelabah juga la nak kemas sebab tak ada vakum.Penyapu lagi la.Thanks to Boss, kami cilok kejap vakum dari Kelburn Parade dan Prayer Room.

Menu utama ialah :
Kari ayam 'Mak'.Kenapa 'Mak'? Sebab yang buat tu Arin dan dorang panggil Arin mak.Maybe sebab Arin ni character dia macam ibu yang penyayang kot.

Mee 'Kobit'. Serius sedap mee kobit ni.Mendapat sambutan hangat tau mee ni sampai Auntie pun puji sedap.Bravo Kobit!

Kenapa 'kami'? Sebab ramai-ramai yang tolong buat nasi himpit.So, nak bagi adil,letak nama kami merujuk kepada semua.

Kuah kacang 'Ky' sebab Ky yang buat.Serius sedap kuah kacang ni. Rasa macan kuah satay pun ada.Hang ingat senang ka nak buat benda alah ni? Sehari semalam dia duk mengacau.Tahniah Ky!

AJK air.

Dessert 3.1. Semua rumah wajib buat agar-agar dan bawa kuih raya.

Ni yang paling tak boleh blah. Sambal belacan 'Z'.Sebab apa 'Z'? Sebab aku yang buat.Bahahaha.Asfan cakap, aku pembunuh senyap. Sambal belacan ni pedas tarak hingat.Ada yang mai report balik kat aku pedas sampai gatal kepala! Aku dah pesan, pedas.Tapi ampa ketegaq juga nak cedok banyak.Sapa suruh.Hohoho.

Pedas pedas pun habis ok. Aku buat banyak kot.Satu tupperware besar.Kecewa tak sempat nak tapau sambal belacan.Baru kejap tinggal, alih-alih dah hilang.Ada orang tapau banyak.Tak aci!

11 comments:

zai said...

wohoo banyak juga korang buat

Dee said...

sedapnya..

JaJa'Z said...

uish..dasyat hampa semua buat open house ek...happy jek tgk..tang nama2 makanan yang tak tahan tu....

Peri PiA said...

waa.udah siap..bravo2

akak suke pedas!!berdesing telinga belakang kira hehe

Farah said...

Meriah , meriah . Seronok tengok . Ohh , itu rupanya mee kobit yang telah disangka menjadi janggut abang asfan dalam default picture nya . Haha

ana ayesha said...

nak resipe mee kobit

marinahunny said...

wow! dahsyat korang buat open house..masak sendiri tu....! paling kagum dgn kobit. seorang lelaki yg agak hensem dan mempunyai kelebihan memasak mee sebanyak itu..waaarghh!

ZaCk AzRiN said...

salam blogger...pndai wat smbal blacan je ke? heheee (x_x)

eDdY said...

pergh...ni yg teringin nak rasa smbal belacan ko z@ck...
aq mmg suka mende2 pedas ni..lagi pedas lagi best..(^^)

PinQib said...

nak try smbal belacan ko akak zack! smua budak tesl reti masak ke>?


Jum Singgah yer
Latest entry di:

Lelaki kurang otak
Letter for adik part 2
Lelaki hensem dan Pompuan Gem--

cHiKakO PiNky said...

seronoknyer tgk....
klu rajin follow la blog saya.=)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger