Online users

Follower

Thursday, October 21, 2010

Game mafia.


Pernah main game mafia tak? Dah lama aku tinggal game ni.Dulu time kecik kecik selalu juga main.Tapi aku tak panggil mafia.Aku panggil game 'Pembunuh'.Ada empat role dalam game ni. Murderer, police, doctor dan citizen. Role tu boleh adjust sendiri mengikut bilangan orang yang nak main. Kalau ramai sangat. Mungkin boleh tambah role murderer jadi dua.Makin banyak makin susah nak cari.

Serius cuak main benda alah ni.Nasib aku tak berapa baik waktu first time main.Asyik kena tuduh murderer ja.Padahal aku citizen.Tak larat nak defend diri sendiri.Alasan dorang, sebab aku senyap ja dalam game lepas tu aku suka senyum.Muka pembunuh katanya.Wahahaha.Rasa down gila bila diri dituduh pembunuh.Sobss.

Cara main:
1) Cabut kertas dan tengok role masing-masing.Setiap orang tak boleh reveal role dorang.
2) Ada seorang pencerita yang akan lead the game.
3) Semua diarah tutup mata dan pencerita akan start narrate story.
4) Pembunuh akan disuruh buka mata dan point kat orang yang dia nak bunuh.Time ni yang lain pejam mata.Kiranya hanya pencerita yang tahu siapa pembunuh.
5) Doktor pula disuruh buka mata dan point orang yang dia nak sembuhkan.Dia boleh pilih nak sembuhkan diri sendiri or orang lain.If in case, orang yang dia point tu sama dengan orang yang pembunuh point, orang tu selamat.Kalau tak, orang tu mati syahid.Hahaha.
6) Giliran polis pula untuk point orang yang dirasakan pembunuh.If in case betul, pencerita akan angguk kepala.
7) Semua buka mata balik dan narrator akan bagitahu siapa yang terbunuh, whether pembunuh dah ditangkap ataupun tidak.If in case, belum kena tangkap, semua orang akan bincang nak tuduh siapa.Polis main peranan penting untuk yakinkan citizen untuk vote orang yang dirasakan pembunuh.Tapi at the same time tak boleh reveal role dia.Pandai pandailah nak yakinkan orang.

Pembunuh dah kena tangkap.Booo!

Haa..lebih kurang macam tu la game dia.Best oh.Kena muka yang pandai berlakon, memang sampai kesudah kita tak tahu dia pembunuh.Tapi kena muka macam aku ni yang jadi pembunuh, jam teruih.Awal-awal lagi orang dah boleh agak.Hahaha.

4 comments:

aMyErInAiMiE said...

hehe.i pnah main gk! tp cara mainnye lain.xde la plak kene tutup2 mata.n xde pencerita. mcmane nk main tu xigt la tp mmg mendebarkan la..rasenye ktorg main pakai mata.klu pembunuh kene kenyit mata due kali kt org yg die nk bunuh.doctor kene kenyit sekali kt org yg die nk selamatkan.kene alert tgk mata org or jgn tgk org lgsg la if u r a killer. hanya polis je bole teka sape pembunuh.huhu.mendebarkan

PinQib said...

x penah main lar. nak try... hehe.. kan bes kalaud a jd cekgu

eDdY said...

waaa...sia2 mase kanak2 aq...
aq penah tau ader game yg sgt menarik camni..wuuu...
skank ni nak maen ngan sapa pon xtau..huhu

aku chun said...

waaa. tak suka main mafia. i cepat kena bunuh. padahal citizen je. tp org tuduh mafia. semua sokong lak. haish. neh nk jadi mafia neh.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger