Online users

Follower

Wednesday, December 29, 2010

Demimu belacan.

Kalau datang Langkawi ni tak sah kalau orang rumah tak pesan belacan.Tok selalu borong belacan.Dia kata belacan pulau sedap.Tak rugi beli banyak pun sebab dia tahan lama.Letak la dalam peti sejuk tu, setahun pun boleh tahan! Noh.Waktu pergi awal bulan 12 hari tu,dia dah beli banyak.Ini nak pesan lagi 2 kilo.Nak tak nak, kena pergi beli juga la kan.Satgi merajuk pula orang tua tu.

Tengah tunggu mak cik tu timbang belacan.Yang special pasal belacan ni, tesktur dia lembut sangat.Colour pula nak macam pink pink sikit.

Kena pula yang menjual tu direct dari rumah.Kira macam rumah kedai la.Payah juga nak cari rumah dia sebab first time nak pergi dan arah jalan berpandu pada petua dari Mak Su ja.Dua tiga kali juga la call Mak Su tanya rupa rumah dia macam mana.Colour pink ka? Ada bangsal buruk ka? Ada signboard tak?Sampai Mak Su jadi panik la habaq hang.Hehehe.Last last jumpa juga.

For those yang nak beli belacan kat Langkawi, aku recommend beli kat sorang mak cik ni kat Ayer Hangat.Rumah dia betul betul sebelah Bird Paradise.Sekilo RM 9.Aku beli sekilo buat habuan bagi kat "mummy".Hehehe.Ambil hati habaq hang.

Kalau jumpa signboard ni, memang betul la rumah ni yang menjual belacan.Hihihi.Rasanya pak cik tu kena ubah la signboard ni. "Berniaga Barang-Barang Lusuh dan Belacan". Baru la orang tak susah nak cari rumah pak cik. =)

6 comments:

eLLy said...

Berniaga barang lusuh tu ape ye ..
cuba tolong terangkan ciki :)

[z@ck] said...

eLLy..
macam besi besi buruk rasanya sebab nampak longgokan besi byk depan rumah dia

Dee said...

org melayu mana leh hidup tanpa belacan..kuikuikui..

Peri PiA said...

menarik..hehe

Softtouch [Hanim] said...

selalu pg langkawi org kirim minyak gamat..rupenay belacan pun da yer..xtau lah akak

eDdY said...

ooo..sedap ek blacan sini..
leh try len kali..(^^)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger