Online users

Follower

Wednesday, December 8, 2010

Pantai Cenang.

Petang tu, kami berkelah kat Pantai Cenang.Oh my.Sangatlah lawa pantainya.Dari rumah Kak Jaja ke pantai hanyalah 15 minit.Kejap ja.

Masukkan segala barang.Berkelah makan cucuq udang dan keropok lekor ja.

Dulu zaman sekolah rendah, bila cikgu cakap lukis gambar pemandangan, macam nilah lukisan aku.Ada pantai, ada pokok nyioq herot.Hehehe.

Kami access pantai melalui hotel Holiday Villa.Actually, yang stay situ family Pak Ndak.Tapi kami sesuka hati nak masuk kot situ juga.Bila pak guard tanya sebab apa nak masuk, kami jawab sedara kami kat dalam encik.Hahahaha.Ok.Itu tipu.Tak tahu lah apa yang Abang Fawzi cakap kat dia sampai dia buka gate hotel.

Ececeh.Tuan blog pun ado.Pasirnya sangatlah lembut.Dulu time aku datang sini, pantai ni tak adalah sebersih sekarang.Nak mandi pun fikir 2 kali.Sekarang sudah cantik.Sudah bisa mandi di sini.

Nah.Golongan veteran tengah bersantai baik punya.Tok aji yang kat tengah tu.Depa ni jadi supervisor ja.Memantau dari jauh.

Cousin yang lain kecuali aku dan Ika terjun laut.Actually, aku lupa nak bawa baju spare untuk mandi.That's why tak mandi.Jadi photographer tepi laut ja la.Dah senja baru depa ni naik.Pekena cucuq udang dengan sos.Pergh.Terangkat beb.

Bila la nak dapat kamera gedabak macam tu kan?Huhuhu.

Noh.Lepas berendam dalam air memang akan lapar.Pulun tak sangga la depa ni.

12 comments:

Hanida Lavida Moss said...

skrng ni musim hujan waktu tgh hari. hehe. tak bahaya ke?

I_Hate_Lolipop said...

sangga tu apa?

azana said...

sy penah wat kajian area pantai cenang.. br jgk la.. tp pantainya xda secantik ini.. biase2 aje..heh

p.cenang area mane ek? dkat ngn goldcost palm tree ka?

[z@ck] said...

Hanida Lavida Moss..
time aku pergi alhamdulillah tak hujan.so, tak kacau perjalanan program.hehehe

i hate lolipop..
sangga tu macam extreme la.hehehe.aku nak cakap pun tak reti.

~♥ iella ♥~ said...

Seronoknya...ada pantai...ada pokok nyior...ada pasir pantai..ada orang...ada air...

Leh main pasir lg tue..

http://fadthnwan.blogspot.com

[z@ck] said...

azana..
ini kat bahagian holiday villa.

[z@ck] said...

iella..
yup..bukan selalu boleh mai tempat macam ni..hehehe

hans said...

lama xgi pantai nih weh

P/S : Kisah Dongeng Telefon Awam Dan Telefon Bimbit

hudadida said...

wah..bestnye bercuti..
a'a pantai cenang cantik..
pasir die putih bersih..
mse g dlu last semester kt gmi..
becuti dgn bdk2 klas smggu..
akhir thun 2005..
lame gile da x g lgkawi..
bile la nk g lg..huhu

eDdY said...

cantik gak kan tmpat tu...
tpi knaper ek pas mandi jer..x kire la sungai or laut..mesti lapar giler..haha

hudadida said...

eDdy:
sbb mase berenang kite bakar bnyk kalori..
sbb tu la kite lapar lepas tu..
berenang adelah senaman yg bagus tau.. ;]~

[z@ck] said...

wow...bagus huda..thanks tolong jawabkan =)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger