Online users

Follower

Thursday, January 27, 2011

Hang duduk mana?

Tadi kayuh basikal pergi kedai runcit.Nak cari timun dan cili.Ketagih pula makan sambal belacan.Dah buat hari tu sikit sangat.Aku ni makan sambal belacan macam makan kuah kari.Selambak aku ambil.Time nak bayar tu, apek kedai tanya,

Apek : Hang duduk mana? Jarang nampak hang.Anak sapa?
Aku : *senyum kambing* Duduk belah sana tu (sambil tangan tunjuk arah rumah tok). Saya cucu Saodah.
Apek : Ooo.

Nampak sangat muka ni jarang keluar rumah sampaikan orang kampung langsung tak cam.Ye lah.Selalunya Bang Cik yang datang kedai dia.Ini Bang Cik tak ada, pergi sekolah.Time kecemasan macam ni, terpaksa juga aku redah dengan basikal tu.Gilalah.Lama dah kot tak mengayuh.Ada la feel gayat sikit tadi.Hehehe.

Menu untuk hari ini ialah kari ayam, ulam timun dan sambal belacan.

7 comments:

Ai Adachi said...

xabes2 kari.
ni dah byk kali dgr ko msk kari

[z@ck] said...

Ai Adachi..
hahaha..ada rempah tu ja kat umah!

HeLena said...

perghhhh sedapnyer bila makan kari bersama2 sambal belacan dan timur...mmg superb!!dah telan2 air liuq jea nie...lapar....

Dee said...

sedap tuh...terliur walau baca nama menu je..

Nem0 o0h Nem0 said...

menu tu wat aku terliuqq laa...

eDdY said...

mmg camtu..lame x naek beskal ni..mmg akan rasa gayat skit..hee

Cik Aien said...

anak dara terperap dlm umah!
haha!

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger