Online users

Follower

Monday, January 3, 2011

Nasi lemak Kak Jaja.


Kak Jaja ni buat berniaga nasi lemak setiap hari.Kalau tak silap aku, since aku Form 1 lagi dia dah start business ni.Lama dah.Dulu dia bungkus nasi lemak.Sekarang ni orang kedai ambil style 'borong' pula.Dah tak perlu nak balut satu satu.Style ambil nasi dalam tong tu terus hantar kedai.Laku weh.Kak Jaja cakap kalau pergi selepas pukul 8 malam, memang tak merasa la nasi lemak dia.Sold out gitu.

Nah.Kasi close up sikit lauk nasi lemak yang Kak Jaja sediakan.Kalau untuk jual, sambal udang tak ada.Ini untuk jamu kami ja.Hehehe.Pekat betul kan kuahnya? Sepanjang aku berkecimpung dalam pembuatan sambal, tak pernah sambal aku jadi colour macam ni.Ceroi ada la.Huhu.

To be frank, memang sedap nasi lemak Kak jaja ni.Tang sambal dan nasi memang tip top.No wonder la laku betul.Waktu kami ke Langkawi hari tu, sempat jugalah Wan dan Ada merasa nasi lemak Kak Jaja.Bukan setakat nasi lemak je dia jual, sekarang ni dia dah mula buat roti canai frozen pula.Haa.Rajin betul.Dia buat semua sendiri tau.Tak ada upah orang datang tolong.Cekal hati sungguh.

Kalau ada orang boleh tolong dan ada modal, aku rasa Kak Jaja mampu buat income banyak lagi dengan buka restoran Jaja Nasi Lemak.Haaa.Glamour satu pulau noks!Ada sesiapa yang berminat nak komersialkan nasi lemak Kak Jaja? Hehehe.

11 comments:

Sheherazade said...

seronoknya ade biz sendiri kan

food biz ni kena gaya memang untung,

berniaga nasi lemak ni pkl 3pagi dah kena bgn siapkan org nak beli sarapan

sedapnya sambal udang tu

Imran@Copenhagen said...

huhu dah lame tak pekena nasik lemak..sodapnye

Mr. Asada said...

tengok dia punya sambal ni je dah terbuka selera. di tambah tengah lapar giler..

dah setaraf nasi lemak antarabangsa kot nasi lemak kak jaja ni.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe~

kem salam kak ni~

=)

Dee said...

tgk pun tau sodap..

Qaish Nur Mikhael said...

huuiii.. kat mana kedai dia ni??

[z@ck] said...

Peri PiA..
yup..btol tu..macam kak jaja ni, dia siapkan dulu kuah tu then masuk peti sejuk.awal pagi just tinggal nak reheat balik je.

Dari Kelate ke Copenhagen..
kat copenhagen tadak ka? hehehe

Asada Ryutaro..
aku tak pernah rasa nasi lemak antarabangsa..huuhuu

LORD ZARA..
insya-Allah..

Dee..
kan kan? blum rasa lagi =P

Orang Senyap..
dia tak buka kedai wak.dia ambil upah dari kedai.

Cik Jannah said...

adoy tengok nasi lemak teringin plk nak makan nasi lemak. terok betol dah saya nieh :)

T_T

eDdY said...

nasi lemak frozen ader???

[z@ck] said...

cik Jannah..
hahaha..biasa la tu..tgok gmbr pun boleh trigger deria rasa ni haa..

eDdy..
erk...tak buat lagi.

ザ-sylver- S said...

jauh remote tu berjlan yerk ;P

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger