Semalam Ika balik mengadu lengan dia lenguh lepas kena inject HPV.Seronok budak sekolah sekarang, dapat suntikan HPV percuma!Kalau buat sendiri, kena bayar hampir 1k weh.Mana mampu.Untuk yang tak tahu, suntikan HPV ni untuk mencegah kanser serviks. Zaman aku dulu mana nak dapat inject free ni.Baguslah kerajaan ambil tindakan macam ni.Sekurang kurangnya dapat kurangkan bilangan pengidap kanser serviks.Suntikan diberikan kepada semua pelajar perempuan Tingkatan 1 diseluruh Malaysia.Ika dah masuk form 2.Tapi disebabkan kempen ni baru start hujung tahun lepas, dorang bagi juga la.
"...setiap pelajar akan diberi tiga suntikan pelalian HPV iaitu dos pertama pada Mei, dos kedua pada Jun dan dos ketiga pada November"
Aiyok...Ika sedar tak dia nak kena cucuk lagi dua kali? Hahaha.Jenuh lenguh tangan budak tu.
5 comments:
salam
hehehe yeke, 2 kali lagi.. siapkan lengan besi yea ahakz..;)
apezs shah..
yup..semua tiga kali =)
uh..kalau kat lua.. 3 kali tu almost 1k ker. Or.. Satu suntikan jer 1k?
ztie.
i think 3 dos kot yg cost 1k.
waa..mahal tol ek kalo suntik sendiri..huhu
Post a Comment