Nik bagitau tiket ke Bandung pun tengah murah. Ok. Dah berbelah bahagi. Antara Medan dan Bandung, of course I would go for Bandung. Syurga barang murah dan banyak makanan halal kat sana. Yang menguatkan lagi keinginan aku nak pergi sana sebab Zul yang jarang nak shopping mopping pun boleh terjebak bila pergi Bandung. So, I want to be there as well. Nak merasa juga 'kemurahan' barang kat sana. Lagi terkinja kinja nak pergi bila tengok tiket return Bandung RM20 sahaja.Ya kawan kawan. RM 20 sahaja. Mana tak gila aku dibuatnya.
Tanpa berfikir panjang, aku grab je tiket ke Bandung. 30 May-5 Jun 2012. Cerdik. Dekat seminggu dekat Bandung. Tak perasan bulan Mei ada 31 hari. Tsk. Dah beli baru perasan. Kalau lama sangat kat Bandung pun bosan juga. Maybe akan ke Jakarta sekejap untuk mengurangkan kebosanan 6 hari di Bandung. Dah kena start saving dah sekarang ni.
Ok.Terus tak sabar. To encik siput, sorry weh tiba tiba beralih arah nak pi Bandung. Ni kalau tau kat Kundoq ni, mesti dia kecik hati. Sebab dari dulu lagi plan nak pi Medan, tak pernah menjadi.Ada ja halangan dan rintangan.Ecewah.
So kepada yang pernah pergi Bandung tu, feel free to give any advise and tips here. =)
Bandung, jumpa lo' tahun depan!
5 comments:
ya buk
jumpa di sana buk
waa..20 hinggit..sgt murah tu..huuu
weh aku beli tiket p bandung jugak~!HAHAHAHA.
bestnyerrrrrr !!:))
saya sedih... T___T
Post a Comment