Online users

Follower

Monday, July 18, 2011

Craters of the Moon

Lepas Huka Falls, singgah Craters of the Moon pula. Punyalah jauh kami pusing padahal tempat ni betul betul depan junction Huka Falls. Damn you GPS.Saja nak habiskan minyak kereta. Nak masuk sini kena bayar 6 dollar per person for adult. Tak ada student price. Dengar nama dah hebat, aku pun expect la tempat ni hebat. Bila masuk, jangkaan meleset. Kawasan sini besar dan kami kena ikut trail yang disediakan.Nak tak nak kena pusing satu alam sebelum jumpa exit.Tsk.Letih weh.

Kagum jugalah tengok asap keluar dari tanah tu. Tapi kalau ada yang betul betul menggelegak dan aktif, lagi aku kagum. Lagi thrill orang kata =P. Setakat tengok asap dan kawah besar tu, bagi aku nothing.Cewah.Belagak.

Antara geothermal yang masih lagi aktif. Nampak tak lubang lubang tu, dalam tu ada air panas. Kiranya kalau hang rebus teluq, insya-Allah masak =P

Bau geothermal ni busuk.Macam belerang cuma tak ada la bau nya kuat sangat pun.Aku ja yang over. Masuk dalam kawasan ni, kaki boleh terasa panas sebab ada haba kat bawah. That's why dorang letak wooden trail kat certain area yang ada active geothermal so that tak ada la kalau meletus lagi, effect kat visitor.Prevention is better than cure gitu.

p/s : Actually, ini antara satu geothermal site yang ada kat Rotorua. Banyak lagi geothermal site yang menarik hati boleh korang pergi. Antaranya kat city centre iaitu Wai O Tapu. Ini serius cantik. Worth it la dari Craters of the Moon ni. Kitorang tak sempat nak pergi Wai O Tapu sebab hari dah nak makin gelap.Huhuhu.

4 comments:

eDdY said...

knaper nama dier craters of the moon ek??

[z@ck] said...

eDdy..
mungkin sebab kawah yg terbentuk mcm kawah bulan

Dee said...

wow..menarik..ko mmg tak heran zack..k dee heran ni..herannya..hehehe..

Att Ashburn said...

ade lagi satu kat hell's gate. tmpt yg kite nk buat rafting kan. itu ok gak huhu

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger