Online users

Follower

Friday, August 5, 2011

Roar!!!


Lima hari duduk kat Dunedin, aku tak banyak berjalan pun.Just tumpukan perhatian kepada game Bersatu. Yo lah. Dah kata pun S/U WMSO, haruslah turun padang support atlet. Hohoho.Lagipun, tak sampai hati tak pergi sokong. Tak larat nak bersorak sampai pecah suara. Batuk krong krang krong krang. Tahun ni semangat Bersatu lain macam sikit.Aura WMSO Roar tu sangat kuat.

First day awal pagi dah menapak kat Edgar Centre. Sumpah sejuk. Suhu kat dalam lagi sejuk berbanding kat luar. Tu yang pakat bersarung glove tu. Huhuhu.Jujur aku cakap, sweater selapis tu tak mampu nak cover sejuk aku. Tapi apakan daya, memang bawa satu sweater tu je pun.Nak pakai puffer, sangat over ok. Colour pink.Dah la besaq gedabak.

Ni haa puffer pink aku. Dah macam teletubbies dah aku tengok. Boooolat.Tsk T_T

Masuk handball. Dapat no. 2. Kalah dengan Otago. Overall, puas hati main dengan Otago sebab masing masing hebat. Gol berselang seli. Kejap kitorang gol, kejap dorang gol. Masing masing ada diver. Kitorang ada Lily, dorang ada Mai. Kalau ingat balik, rasa nak menangis pun ada. Lepas game, semua pakat nangis kot. Rasa kecewa dengan diri sendiri. Kalaulah masa lebih sikit, mungkin boleh menang. Tak pa. Tuhan bagi rezeki takat tu ja. Berbaloi la dengan usaha kami yang training tak sampai 10 kali pun.Hehehe.

During closing ceremony.

2 comments:

eDdY said...

tahniah2...
no 2 pon okay per..
nak sedap ckp first runner up..hihi(^^)

[z@ck] said...

eDdY..
haa..kan? lebih sedap bunyinya.hahaha

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger