Online users

Follower

Sunday, September 4, 2011

1 Syawal di Wellington

Erm.Nak cerita mana satu dulu eh? I guess cerita pasal raya dulu la since sekarang pun still dalam mood raya. Erm. Raya kat oversea. Not bad. Mula mula aku tak semangat nak raya sebab baru sangat balik dari vacation on 28th August. Time tu tak pasti lagi raya jatuh on 30th or 31st August. So, memang malas nak fikir pasal raya. Tak bersedia untuk sambut raya on 30th. Luckily Wellington raya lambat sehari dari Malaysia.Hehehe. So, bangun awal pagi terus shoot Hi-com untuk solat raya. Ini first time aku solat raya sepanjang hidup aku. Dekat kampung aku, dah jadi kebiasaan geng perempuan tak pergi solat raya. Just stay kat rumah, kemas dapur, isi kuih dalam balang, sediakan segala juadah sambil tunggu geng lelaki balik dari masjid. Then minta maaf dan melantak. So, satu pengalaman baru untuk aku kat sini.

 With my cohortmates.Semua pakat usung kamera pulaih pulaih. Segan nak bawa keluar Ros.Huhuhu.

Walaupun baju aku colour merah, tetap jugak nak menyelit kat geng pink.Hahaha.

Dah sudah solat raya, apa lagi. Moh le kita makan. Juadah yang disediakan memang lazat lazat semuanya. Ada satay, mee goreng, lodeh, kuih muih dan air sirap! Memang excited sikit bab air sirap ni sebab kat sini cukup susah nak cari kordial sirap cap bunga ros macam kat Malaysia tu. Ada yang pernah buat cubaan nak bawa masuk kordial tu ke Welly, tapi end up kena rampas dengan kastam NZ. Macam apa lagi.Semua benda dia nak rampas.Hmmmph.

Beratur punya panjang semata mata sebab satay.Worth it.Kuah kacang terbaik der!

Sorry.I was more interested with the food than the camera. =P

Sayangnya tahun depan dah balik Malaysia.Kalau tak, boleh hantar gambar ni kat Salam Perantauan.Kehkehkeh.



7 comments:

mattop said...

yeahhh, muka aku masuk kat gmbr first.. haha

[z@ck] said...

mattop..
tapi lindung kamera..lalalala~

.:hana radzi:. said...

salam aidilfitri :D

[z@ck] said...

hana radzi..
salam aidilfitri jugak =)

**u_nie~~~ said...

z!!!!
slmat ari rya aidilftri~~
lots of luv!!

eDdY said...

gambar second last tu mmg nmpak sgt..haha

[z@ck] said...

kay yuni..
selamat2..rindu la =)

eDdy..
well said.hahaha

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger