Online users

Follower

Saturday, November 26, 2011

Dengaq kata....

Today is Saturday. Weekend macam ni memang malas sikit nak update blog. Traffic time weekend memang merudum teruk. Hohoho. Padahal aku free je pun tapi terikut ikut pulak orang yang bekerja. Ni rajinkan jugak diri update. Nak cakap sikit pasal pembangunan. Negara kita ni sedang pesat membangun. Tak kira la dari segi ekonomi, politik ataupun infrastruktur. Semuanya seiring. (Pergh.Macam nak buat esei SPM laaaa) Kalau diikutkan, tak sampai setahun aku tinggalkan hometown aku. Balik baru ni, dah macam macam bangunan naik. Antaranya TESCO Stargate. Ini memang cepat betul naiknya. Dah siap ada few blocks of building around it. Aku rasa TESCO kat mana mana pun cepat je naiknya kan. Tup tup dah beroperasi. Memang cepat!
Credits to google

Itu satu. Ada lagi, Pasaraya Titi Gajah! Ok. Ini memang aku tak expect. Balik summer hari tu,tak nampak pun tanda tanda pasaraya ni akan wujud. Tup tup ada. Bagus jugak la. Titi Gajah ni pekan kecik. So, kedai tak banyak. Aku yakin pasaraya ni boleh buat untung. At the same time memudahkan orang kampung untuk beli barang rumah

Credits to google

Kat Tanah Merah, ada Pasaraya Nasman. Mat arep cakap itu pasaraya bawah Nashmir. Ala.Kedai mamak tu. Tak pasti la sahih ke tak benda ni. Tapi kalau betul, memang tabik spring la. Dah untung kat gerai makan, dia buka pulak kedai barang. Good good.

Yang under construction sekarang ni is Pusat Futsal. Ini kat Titi Gajah. Soon will be claimed as the biggest futsal centre in Kedah. Or maybe Malaysia? Tak tahu lah. Ini pun dengar dari mulut orang. Mulut orang kadang kadang tak boleh pakai. Ye dak? Hahaha. Lepas ni bolehlah nak pi try main futsal dengan sepupu sepapat. Lagi satu, Kompleks Tabung Haji pun katanya nak dibangunkan kat Titi Gajah jugak. Ini betul betul dekat dengan airport Kepala Batas. Makin lama makin hilang rupa sawah padi kat Titi Gajah ni haa. Kat Jitra pulak, katanya nak dibangunkan lagi satu TESCO. Hah. Told ya. TESCO ni merata ceruk ada. Nak naik kejap je haa. Makin banyak pasaraya, makin botak pala rakyat.Hahaha.

Bak kata tok, kalau tapak sawah padi tok ada orang nak beli, "Aku jadi kaya la pasai satu kaki RM15" HAHAHA.

6 comments:

shark said...

lpas ni jgn tkojut plak kalu kt kampung ada menara..
hehe.

[z@ck] said...

shark...
dah ada dah.menara aloq setaq.hahaha

mS bUttercUp said...

zack..b0leh t0long buat header eni tak???

[z@ck] said...

mS bUttercUp..
erk..header zack pn orang tolong buatkan.huhuhu.cuba gi kt bawah blog zack.ada link tukang buat header blog ni.hope that helps you =)

eDdY said...

haha...tok o mesti gelak jahat kan time dier ckp tu..wakaka

oranglidi said...

peh.. pesat membangun tuu.. court futsal besaq dimalaysia? woww...

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger