Online users

Follower

Friday, November 25, 2011

Repost : Skydive

Actually aku nak letak video aku skydive dah lama dah kat blog ni tapi sebab terlalu busy sangat, sampai lupa.Ini dah lapang sikit bolehlah nak upload. Sekali hang, baru teringat dvd skydive dalam kotak shipping. Duh. Terpaksa la tunggu 3 bulan lagi baru boleh upload. Hahaha. Bolehlah nak tambah lagi satu hyperlink kat atas tu. Wah. Kelas gitu. Hohoho. Nah, aku kasi repost balik entry skydive aku.

Salam.Dah lama peram cerita ni. Busy sangat sangat sampai tak sempat nak story pasal apa yang jadi time North trip hari tu. One of them, dah tercapai hajat dihati nak buat skydive. Hahaha. Berpeluh tangan ni haa kalau teringat balik detik detik bila ada atas langit tu. Rasa macam nak patah balik tapi tobat la tak boleh kan. Nak tak nak kena la terjun juga. Lucky bukan terjun sorang sorang tapi berdua.Tak ada la seriau sangat. =P

Banyak cabaran nak buat skydive ni. First day pergi, terpaksa cancel sebab cuaca tak menyebelahi kitorang. Mendung. Langit hitam ja. Sebab tu jugak la kami terpaksa stay sehari lagi kat Keri Keri dan cari accom last minute. Mujur ada. Cantik pula tu. Tak rugi stay sehari lagi kat Keri Keri tu sebab tempat dia cantik. Banyak ladang buah.Second day pergi, orang tu guarantee boleh buat. Kitorang pun malas nak tangguh tangguh dah.Bukan senang nak sampai kat Keri Keri tu. Kalau nak mai time lain, memang tak la. Jauh benor dari Welly.

Dah.Sila layan gambar yang sangat banyak di bawah ini. By the way, aku terjun dari ketinggian 12000 kaki je :

Apa apa pun, kena isi borang keselamatan dulu. Nak tulih wasiat pun boleh.Hehehe.Joking.

Kacak teruk yang tolong pakaikan jumpsuit ni. *Melting* Hahaha.

Bersama teletubbies merah. Comelnyeee =P

Plane kecik ja. Aku trip kedua selepas Kema dan Wan Z. Tobat cuak duduk dalam plane tu.

Noooh. Tak dan apa pun lagi dia dah start nganga T_T

Time freefall, aku tutup mata.Takut nak buka.Tak mau tengok diri sendiri tercampak.Bila dah betul betul meniarap, baru buka mata.Hahaha.

Subhanallah! Pemandangan kat bawah tu sangat cantik. Rasa damai dan tenang je tengok.

Perasaan? Puas hati, gembira, rasa nak buat lagi!

Best feeling ever!

Time dia buka payung terjun, rasa best. Hilang terus gayat. Rasa syok sebab macam duduk dalam buaian.Cuma celah kangkang rasa sakit sebab harness tu tertarik tarik ke atas. Mengangkang juga aku berjalan lepas landing.Hahaha.

Ini lepas terjun. Puas hati!!!

My instructor, Brent. He is sooo cool. Thanks Brent for making my dream comes true =)

Bagi aku, buat sky dive ni tak takut sangat berbanding dengan bungy sebab ada orang kat belakang.Dia yang buat semua kerja. Terjun pun dia yang start dulu.Kita just duduk, menjerit dan landing sama-sama ja.Kalau bungy, semua hang sendiri yang kena buat. Terjun, melambung sorang sorang. Lagi dahsyat. Kalau dibagi peluang buat skydive lagi, aku nak buat. Best oh!

There you go my skydive experience. As soon as I get my shipping boxes, I'll get the video uploaded here okay. =)

6 comments:

Dee said...

bestnya zack..nilah untung study overseas kan..semua tu kenangan..

[z@ck] said...

Dee..
alhamdulillah. rezeki belajar kat overseas =)

eDdY said...

gambar ni saper yg amik z@ck???

eLLy said...

WOW !! ....

tak tau nak komen ape tapi hang memang berani la beb !

Delaila said...

Seriau aih aku tengok..

[z@ck] said...

eDdy..
orang yang terjun dgn aku tu yg amik.camwhore sendiri atas sana.hahaha

eLLy..
bab atas langit berani la.bab terjun dalam ayaq, seriau sikit.hahaha

Delaila..
try dulu baru tau seriau ka dak.ehehe

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger