Online users

Follower

Monday, November 28, 2011

Family shopping


Hari tu pergi Yawata. Teman Mak Su beli barang rumah. Ika dan Bang Cik pun ikut sekali. Dorang ni kalau nak pergi Yawata bukan main lagi beradon. Tambah tambah si Ika tu. Macam nak pi dating gamaknya. Biasalah. Jarang keluar rumah.Sekali bila keluar, melaram sakan la. Bang Cik siap cakap, "Ika lagi pandai bergaya dari akak" Amboi =.=

Tok pesan belikan sabun basuh baju dengan kordial air tapi duit bagi tak cukup. Memang selalu macam tu. Aku pun halalkan jelah duit aku. Untuk kegunaan aku jugak kan. Setakat 20 ringgit, banyak mana sangat la kan kalau nak dibanding dengan jasa tok bela kami adik beradik. Lagipun, duit boleh dicari. Aku ni bukanlah style berkira sangat pasal duit. Kalau rasa nak beli, aku beli. Dan aku sangatlah anti orang yang berkira bab duit ni. Kalau berkira kena tempat, tak pa.
Belek punya belek, Daiyo menjadi pilihan.Pasal murah. 4.5 kg just RM 11.90. Tahan lama sikit. Bab serbuk pencuci ni tak memilih sangat asalkan wangi sudeh. Bang Cik cucuk cucuk suruh amik Downy bagai. Amboih. Cukuplah dengan Daiyo.

Hasil tangkapan.Campur dengan barang Mak Su sekali. Pencil colour tu beli pasal Bang Cik nak guna untuk exam Seni dia next week. Kesian sangat aih. Tak ada pensel warna. Nak minta duit kat tok, dia takut. Last last cekau kat kakak dia. Memang SYOK. Tak nak ambil yang 12 batang. Nak yang 24 batang ja.Fine Bang Cik fine. Memang duit akak bawa balik untuk labur kat hang. Hohohoho.

Pulang dengan poket kosong.

9 comments:

Fatin Syahira said...

ish rindu gila ah nak balik jitra. assignment byk kat sini, asyik duk teringat umah ja tsk tsk.

[z@ck] said...

Fatin Syahira..
jitra kt mana?

Mr. J said...

tu.. pensil kaler untuk sape? hehehe..

www.pengeRindu.com

ed shahir said...

wahhh dah balik malaysia ke? syoknyaaaa..hehehe

shark said...

cam lawak jer sabun daiyo tu..
cetak rompak punya sabun ker.
hehe
yg tau ada daiya jer.

Budak Kampung said...

tu dia yawata...

ni duta sabun Daiyo ka neh??hAHA

[z@ck] said...

Mr. J,
untuk adik aku.

shark..
ha..aku pun first time dengar rasa macam dia tiru daiya.tapi apa aku pedulik.hahaha.

Budak Kampung..
agak2 kalau aku pergi casting, dapat tak? HAHAHA

eDdY said...

yawata ni pasaraya ker??

[z@ck] said...

eDdy..
yup.pasaraya.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger