Online users

Follower

Monday, November 28, 2011

Sambal paru Mak Ku

Yeah! Aku memang hantu sambal paru. Pantang jumpa dekat kedai, harus angkut penuh satu pinggan.Lauk lain dah tak pandang dah. Al kisah nya pergi breakfast kat Jitra. Nak ubah angin la katakan. Dah bosan mengadap nasi lemak Chot Titi Gajah. So mat arep bawa la aku makan kat satu kedai ni. Nama nya 'Mak Ku'. Kedai ni tepi jalan ja pun. Mula mula nampak macam tak convincing tempat ni. Tapi sebab nampak sambal paru, terus pujuk mat arep makan situ. Hahaha. Mujur nasi lemak Mak Ku pun sedap. Sambal pun sedap. Semua sedap la senang cerita. Ada nasi lemak yang dah dibungkus dengan daun pisang. Ada jugak yang self service. Kitorang amik yang self service je. Panas sikit.

Sambal paru Mak Ku tak sampai standard yang aku nak. Tapi still sedap. Dah dasar suka makan paru kan. Buat la masak macam mana pun, telan jugak! Yang tak boleh tahannya, siap bungkus bawa balik.Hahaha. Tok selalu buat masak kurma. Tak pernah rasanya dia buat sambal paru. Balik rumah, terus sambung meratah.Dasar kaaaaaan.

p/s: Untuk yang duduk area Jitra dan Alor Setar, if korang tahu kat mana ada jual sambal paru, gitau aku eh. Nak jugak terjah. Demimu sambal paru.Nak buat sendiri boleh ja tapi saya sangat MALAS.

5 comments:

Mr. J said...

Sedap.. baru je makan Mee Goreng je tadi... Sambal Paru mak aku? unik menu. :0

www.pengerindu.com

L said...

mak ai.. sedap3/// jamu la cek makn... hehe

jom baca kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/pandai-sangat-dah-kan.html

[z@ck] said...

Mr. J..
nama unik, rasa pun unik =)

L..
hang kena mai Kedah dulu la baru boleh nak jamu hang makan

eDdY said...

pergh..paru masak kurma..x pernah try lagi..hehe

[z@ck] said...

eDdy..
dia macam kurma tapi aku rasa bukan.hahahaha

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger