Online users

Follower

Tuesday, November 29, 2011

Haji yang mabrur

Berkesempatan melawat Mak Long Linda yang baru saja balik dari menunaikan haji. Bila dengar dia bercerita pasal Kaabah dan Kota Mekah, rasa teringin sangat nak jejak kaki kat sana. Tengok video yang dia sempat rakam time azan kat sana, ya Allah. Rasa meronta ronta nak pergi. Mak Long siap cakap rasa macam tak nak balik. Nak duduk kat sana terus. Pak Long cakap sebelum ni just belajar pasal haji melalui buku. So tak ada feel sangat. Once dah sampai sana, baru dapat feel sebab kita apply apa yang kita dah belajar. Dapat tengok sendiri makam Nabi Muhammad dan sahabat.
Mak Long batuk batuk sikit lepas balik dari Mekah. Perubahan cuaca barangkali.

Antara ole ole dari Mekah. Ada celak, minyak atar, tasbih dan serbuk inai. Sekarang dah senang dah kalau nak pakai inai. Tak gaduh petik daun tumbuk bagai. Hehehe.

Habislah kalau duk mengadap kacang cerdik tu.Ralit. Sampai habis kami 'pediah'.

Insya-Allah, satu hari nanti aku akan pastikan yang aku dapat pergi buat haji sebelum tutup mata. Kesian kat arwah mama dan abah. Tak sempat dorang nak naik haji, Tuhan dah jemput dulu. Bertuah sapa yang dapat pergi sana dah. Ye lah.Bukan senang nak dapat pergi. Ada yang dah lama mendaftar dengan tabung haji, still dalam waiting list. Bersyukurlah kalau terpilih naik haji tu.

p/s: 'Pediah' = makan dengan dahsyatnya.

4 comments:

Dee said...

kalau ada rezeki, upah org utk buatkan haji arwah mak n abah ye sis..k dee doakan impian zack tercapai..amin..

[z@ck] said...

Kak Dee..
rasanya dah ada org tolong buatkan haji untuk arwah. amin =)

eDdY said...

insyaallah z@ck... :)

Cik Puan Hafiza said...

Kalau ada rezeki, ada duit lebih, baik register awal-awal untuk ke mekah.

sebab waiting list lani gilaaaa panjang. kalau tak salah, register lani, taun 2029 kot baru boleh pi, tak sure.

nak register, RM1500 saja, kalau ada duit, pi la register awai2..pi muda tak rugi, masih sihat nak beribadah..

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger