Online users

Follower

Tuesday, November 22, 2011

Kerek la lu.

Benda normal. Waktu kat Welly, selalu sangat terlepas cakap melayu dengan mat salleh. Tersasul sana sini. Bila dah balik sini, tersasul cakap BI pulak. Mujurlah kita pun menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. So, tak jadi pelik sangatlah bila terlepas sebutir dua perkataan dalam English. Tapi, untuk sesetengah orang yang mentalitinya masih di kelas kedua, mereka menganggap bertutur dalam BI adalah satu benda yang kerek dan ala ala show off gitu. Hoh. Jangan begitu sih. BM tetap dihati. No. 1! Cuma kadang kadang dah terbiasa mengungkapkan perkataan tu dalam BI, maka dah jadi macam rutin.

Sebagai contoh,

bila tak dengar orang cakap, mulut akan terkeluar, "Pardon?" instead of "Haa?? Apadia??"
bila nak berterima kasih, mulut akan terkeluar, "Thanks!" instead of "Tima kasih naa"
bila nak cakap ok, mulut akan terkeluar, "Cool" instead of "Ok"

Sesungguhnya ku tiada niat untuk berlagak apatah lagi nak speaking tak tentu pasal dengan orang ramai. Setakat terlepas sebutir dua, tak ada la speaking sangat pun.By the way, tak salah kan? Lagipun kalau nak maju ke depan, haruslah pandai berbahasa Inggeris. Lagi bagus kalau dapat kuasai bahasa yang lain. Ye tak? Peluang pekerjaan pun lebih terbuka luas dan diri sendiri yang untung. Mari kita pandai BM dan BI yuk. =)

5 comments:

NIZAM said...

tgh adapt lagi la tu kan. slow2. lama2 biasa la. haha. tp betul la. tau banyak bhs lagi bagus sebenarnya. for communication purpose kan. :)

oranglidi said...

haha. tu bukan kerek namanya. dah kalau jdi kebiasaan kat sana, memang xleh buang la kan. rilek je..

aReLaN said...

ok la tu ckp english.ktorg yg bdk jpon ni slalu terlepas ckp jpon kt msia ni.org yg dgr pn haru dibuatnya.hahahah

eDdY said...

yup..setuju..hee

Irfa said...

jeles kot :-)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger