Online users

Follower

Tuesday, December 13, 2011

Beli kain kat Nagoya

Semalam pergi kedai kain. Katanya YES. Bila masuk Alamoda, kain cotton tak banyak pilihan. Sikit ja. Itu pun bunga tak menarik perhatian. Bila tanya kat akak tu, ini je ke design cotton? Dia cakap ada banyak lagi tapi kat bahagian KAIN EKSLUSIF. Dah nama pun ekslusif, harga pun ekslusif la. Ye tak? Terus potong mood nak shopping kat Alamoda. Mak su bisik jom pergi Nagoya. Situ lagi banyak pilihan. Plus, murah. Aku pun ok je la kan.

Bila masuk Nagoya, mood shopping datang kembali. Weehu! Memang murah. Plus, design lagi banyak dan murah. Ye, murah! Hahaha. Rambang mata tengok design yang sangat pelbagai. Wonder how geng mak mak shopping kain. Yang penting, dah ada target warna. Bila dah ada target warna, senang sikit nak pilih. Kalau warna pun tak ada lagi, memang sampai ke malam pusing pun tak jumpa. Aku nak cari kuning pastel untuk wedding akak Wan nanti. Untuk pengetahuan semua, sepanjang aku hidup ni, ini first time nak beli kain kaler kuning. Sebelum ni non ado sebab terasa diri macam tak sesuai pakai kuning. Nasib baik tema kuning pastel. Mau kalau kuning shcoking, memang tak la kan.Hohoho.

Aku amik jugak kain bunga bunga kat atas tu. Ika pun nak. Disebabkan saya ni akak yang baik, saya belanja la adik saya kain cotton 4 meter. Nanti nak buat baju, fikir lain nak belanja ke tak.Hahahaha.Design bunga kami sama cuma colour je slightly different. Kalau tak, dia nak yang sebijik macam aku. Woooo woooo..Mana boleh! Alasan Ika, "Bukan nak pakai sekali. Ika pakai time akak tak pakai la" No way. Tak boleh, tak boleh.

Beli kain 12 meter suku, just RM 45 saja. Penjimatan terhebat.

p/s: Tak rugi buat baju kurung. Kerja nanti pun setiap hari pakai baju kurung. Bosan jugak kalau asyik ulang baju yang sama. Ye tak?

5 comments:

Suria said...

mahai gak laaa..
kami pakai hat 3 x rm50 jaaa
hahahhaa

Cik Puan Hafiza said...

orang SP memang tak pi shopping kat Alamoda. Pasai tipu punya olang!

Baik pi Kamdar/Nagoya.
Puas ati =)

Tapi kami tak penah sampai lagi kat Gulati's. Nak masuk pun seriau tengok kedai besaq ngat..
Nak-nak pulak bila kedai dia tulis Gulati's Silk House. Rasa tak mampu nak pi shopping kat sana.. T__T

Irfa said...

akak adalah peminat cotton smpi digelar 'minah cotton' kat opis.tapi rega biasa2 je..non mampu nak beli yg mahal2 sgt

lienda said...

saya beli kat nilai 3 je coz tinggal kat nilai,tak berkesempatan nak pi carik kat gulatis ke,nagoya ke maupun kamdar..

eDdY said...

nnt upload la gmbar kaen tu..nak tgk..hehe

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger