Online users

Follower

Tuesday, December 13, 2011

Laksa Teluk Kechai

Al-kisahnya sebelum datang SP, singgah Kuala Kedah. Ambil Afif kat jeti. Feri pukul 5 lebih baru gerak, by that time kitorang pun dah gerak dari Alor Setar. Kiranya tersampai awal la kat Kuala Kedah tu. Tak tahu nak pusing ke mana. Mak su ajak pekena laksa teluk kechai. Untuk yang tak tahu, Kuala Kedah ni memang terkenal dengan hidangan laksa teluk kechai. If I'm not mistaken, teluk kechai ni nama tempat kat area Kuala Kedah ni. So, dah jadi macam signature dish la kalau datang Kuala Kedah. Mesti kena try laksa kat sini. Aku pun first time nak try laksa teluk kechai ni. Tok cakap dia tak berapa gemar pasal kuah dia 'ceghoi'. Tak pekat sangat.

Asalnya kami nak makan kat kedai Zakaria Laksa Teluk Kechai. Tapi tak buka pulak kedai tu. Bersebelahan dengan kedai Zakaria ni, ada Din Laksa Teluk Kechai. Noh. Nama kedai sama, yang nak beza nya nama orang tu ja. Senang je nak cam kedai ni yang mana satu. Tengok tempat yang banyak kereta berhenti macam ada kenduri tu, haa...tu la kedainya.Orang sangat ramai. Penuh kedai. Mungkin sebab Zakaria tak buka kot. So, semua tuju kat Din.

Ada pulut inti oi! Sementara nak tunggu laksa sampai, kami pekena pulut inti sorang sebungkus. Sedap noks.

Servis agak kelam kabut. Tak menang tangan. Orang datang berpusu pusu. Yang ramainya geng yang baru balik dari Langkawi la.Lama jugak tunggu meja kami nak clear. Order pulak, pak su yang terpaksa panggil orang tu. Kalau duk tunggu depa mai, memang lambat lagi la nak dapat laksa.Selain laksa, ada jugak satay.

Laksa teluk kechai. Unik pasal dia letak nyioq (yang kuning tu). Memang betul la. Kuah dia 'ceghoi'. Aku lebih suka kalau kuah dia pekat. Or maybe laksa ni meant to be cair? Overall, ok la laksa ni. Portion pun just nice. Kalau nak telur, boleh minta tapi extra charge.

p/s: Terjumpa sorang 'retis' kat sini. Lama jugak aku perhati. Takut silap orang. Sah la dia. Rambut perang, pakai pun berfesyen lebih sikit daripada orang lain. Baru balik dari bercuti kat Langkawi kot.

13 comments:

Cik Puan Hafiza said...

laksa teluk kechai tu memang dibuat cayaq rasanya..sebab agen pemekat dia pada sambai nyok tu.

Dulu penah dulu try makan laksa teluk kechai tak buh kuah nyok, puih! tak sedap. Lagi banyak sambai nyok tu, lagi syok.

kalau ikut selera orang yang suka laksa, mungkin tak berapa syok la laksa ni. Tapi unik kan?

p/s : teringat dulu-dulu abah selalu beli laksa teluk kechai sampai sekilo bawak balik rumah.

lamanyaaaa tak makan *drooling*

gula merah said...

hubby akak org telok kechai. so , dia memang suka gila laksa ni, 1st time dia bwk akak p mkn ms kami mula2 kenai dulu la...dh dia dok crita sedap x sangga laksa telok kechai tu..ikut la kita ni...hampeh..x sedap langsung.. sedap lg laksa kola kot.. tp pulut sambai dia sedap oi...
FYI Din ngan Zakaria tu adik beradik..hehehe..

mutiazaosman@yahoo.com said...

last sekali makan rasanya 15 thn dulu...masa duk sewa kat aloq staq..mmg kuah ceroi..tapi byk ulam2 dgn sambai nyok tu...he he...tapi pulut inti sambai tu mmg fav kak masa duk disana...

klik2 nuffnang anda juga...:)

AmirahSM said...

weyh..terliuq aku tgk!! ggrrr..lapaq

aReLaN said...

aiya...blik malaysia sme bnda rasa nk mkn kan.hahaha...laparnya.perut pn dh berbunyi dr td xmkn

lienda said...

lamanya tak makan laksa teluk kecai dan pulut sambal,rasanya dah hampir 4 tahun tak kesana,kedai tu masih kat situ ke....

gigitjari said...

lapaq laksa

eDdY said...

aah la..mmg cair skit kan kuah tu..tpi kalo rase sedap..aper ade hal...haha

Miss Dee said...

pak ya laksa tu lagi sedap dr din laksa tu. hehe.nanti try pak ya (zakaria)laksa pulak ya. hehe

Faerie_Princess said...

1st time dengaq pasai laksa ni, excited sgt nk try sbb otw g rumah pak mertua dr rumah mak mertua. fuhhh.... x sedap langsung.. mmg x berkenan langsung. cuma mi laksa tu je la yg mmg lain dr lain.. kuah dia hanchoq.. mmg x akan mkn kat situ lg.. oh.. satay kat situ pun hanchoq.. nasib baik masa tu order 10 btg jer.. nk x nk mmg kena perabih ler..

Anonymous said...

TU KEDAI TOKWAN SAYA.

Anonymous said...

ZAKARIA ADIK DIN...KEDAI DIN BUKA DAHULU..BARU KEDAI ZAKARIA BUKA..NAK TAHU LEBIH LANJUT PERGI KE FACEBOOK HASYIM AH SENG

Syarih said...

memang hebat laksa nih...kalau lewat kesana akan kehabisan la laksanya..kena datang awal.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger