Online users

Follower

Friday, December 16, 2011

Dataran Ikan Bakar, SP

Tiba tiba teringin makan pari bakar. Maka, kesempatan berada di Sungai Petani digunakan sebaik baiknya. One of my favourite place to have ikan bakar is at Dataran Ikan Bakar. Selalu orang cakap kedai tepi sungai pasal kedai ni memang betul betul tepi sungai dekat dengan jambatan. Aku nak bagitau exact name tempat ni pun tak tahu tapi dia dekat dengan SMK Khir Johari. Waktu duduk kat maktab, selalu jugaklah mai pediah ikan kat sini.

Amik ikan kembung bakar. Sos dia boleh tahan pedas jugak. Ada rasa manis manis sikit.

Sampai dalam pukul 1 petang. Umat manusia punya la ramai. Mai pulak time weekdays. Memang sesak dengan orang yang lunch break la kan. Waktu sampai, banyak lauk yang dah clear. Ikan bakar pun terpaksa tunggu kejap baru dapat. Punya laku habaq hang.

Favourite ulam, kacang botol. Pergh. Sedap oh. Ini pun jenuh korek bawah ulam yang lain. Mujur ada jugak dua tiga batang.

Sebab kempunan nak makan pari bakar, kami sanggup tunggu dekat 30 min. Nasi sepinggan dah licin makan dengan ikan kembung. Order nasi tambah sebab nak makan dengan pari bakar. Sampai keras la tangan tu lekat nasi. Nasi tambah tu aku pediah sorang sorang. Mat arep awai awai dah stop =.=
Sampai jugak akhirnya pari bakar. Actually, aku lebih suka kalau dia tak taruk kuah tu. Lebih suka makan garing garing without sos. Lebih authentic rasa dia. Tapi what to do. Dah gini cara dia serve. Agaknya boleh kot nak minta tak taruk sos tapi sebab aku malas nak bagitau dia, dapatlah macam ni. Besar ni RM 5. Ok lah.

Total makan untuk dua orang just RM 15. Murah sangat sangat.

p/s : Pediah = makan

7 comments:

filza said...

pagi2 sis zack dah buat saya terliur tgok ikan pari bakar tu :)

aReLaN said...

ikan pari bakar??pergh...lme tak mkn.bese mkn bln pose je bli kt bazaar.lapar lak dibuatnya pagi2 ni

Suria said...

rasanya dekat dgn Billion kan..?
lama gila x p.....
kalo kt KL rm15 tu sorang mkn jaaa, mahai pait..huhu :P

Aisumi Chan Kawa'i said...

lapaqnyaaaaaa~

share the love subaru said...

I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don’t know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog.The post is written in very a good manner and it entails many useful information for me. I am happy to find your distinguished way of writing the post. Now you make it easy for me to understand and implement the concept. Thank you for the post.

eDdY said...

tgh sos dier tu aq da dpt teka mesti manis skit kan..hehe
tpi mmg nampak sgt sedap la pari ni..nak jugak...hehe

Zalia said...

warghhh!!! terliurnya dgn sambal belacan itu... lama x mkn sambal belacan utara ni... yummy

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger