Online users

Follower

Thursday, December 8, 2011

Kenduri berkhatan


Morning semua. Hari ni nak bercerita pasal kenduri khatan la pulak. Sabtu lepas, Kak Bah jemput datang kenduri berkhatan anak sedara dia kat belah Bemban. Kak Bah keep asking datang ke tak. Dia nak kami 4 beradik datang jugak. So, dengan bantuan mat arep, sampai jugaklah kami kat sana. Terkejut tengok khemas yang dipasang. Macam nak sambut menantu. Tak silap aku ada dekat 8 khemah yang dipasang. Siap ada deejay. Meriah sungguh. Konfirm budak yang berkhatan tu dapat banyak 'angpau'. Hohoho. Lauk pulak mainly berasaskan daging. Dengar cerita, dua ekor lembu tumbang untuk kenduri khatan ni. Ada air asam. Tu yang sedap tu. Tak cukup dengan tu, siap dapat bunga telur. Wah wah. Macam kenduri kahwin kan.

Budak yang dikhatankan.Steady ja. Sekarang ni nak khatan dah senang. Kak Bah cakap depa pasang botol apa entah nak cover tut budak tu. Ikutkan, dua tiga hari lepas sunat dah boleh berjalan dah pun.Hehehe.

Kami 4 beradik dengan Kak Bah.Semua dah mencanak tinggi dari aku (Pakai heels nak sama tinggi dengan dorang.Hahaha)

Nak buat kenduri bukan selalu. Sekali boleh buat, besar besaran terus la. Ye tak? Lagipun adik Kak Bah ramai kenalan. Bagus buat kenduri ni, Satu medium untuk merapatkan silaturrahim =)

p/s: Kalau orang panggil kenduri, pergi la. Jangan buat malas tak pergi. Nanti kenduri kita, orang buat malas jugak nak datang. Padan muka.Hehehe.

7 comments:

shark said...

hohoh.
tringat masa kanak2 dulu.
tp xdek ler sapi kenduri..
sbb wat kt klinik jerk:(

Redbloodsnow said...

HEHE...jd teringat plak time abg² zie berkhatan dulu :P

[z@ck] said...

shark..
yg ada duit lebih sikit tu boleh la nk bt knduri kan =)

Outbound Malang said...

berkunjung sob..salam blogger
salam kenal dan sukses selalu ..:)

niezam said...

meriah giler. takpenah tengok n takpenah tau pun ada kenduri khatan. sbb biasa kan orang khatan kat klinik je. termasuklah sy. ecece. hehe

[z@ck] said...

Zie..
dorang bagi tgok tak tut dorang? hehehe

Outbound Malang..
salam perkenalan jugak =)

niezam..
tok aku semua cucu laki dia buat knduri khatan.ikut family jugak kot =)

eDdY said...

2 ekor lembu..waaa..kenduri besaran2 ni..haha

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger