Online users

Follower

Sunday, December 18, 2011

Tudung karipap

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, dah selamat sampai kat KL.Not KL exactly tapi kat Kota Damansara. Bertolak awal pagi, sampai sini pukul 2 petang. First day kat sini, tak ada apa sangat pun buat. Just rehat rehat je kat rumah. Hari ni pergi Jalan TAR. Woah. Rambang mata der. Last time datang last year. Time tu fesyen tudung jalur jalur. Sekarang ni dah tak nampak pattern tu. Sekarang ni lebih banyak tudung yang style sarung ropol ropol tepi. Ala ala Arianni gitu.Banyak sangat kedai. Semuanya murah murah. Boleh jatuh bankrupt kalau datang situ setiap hari.Orang pulak, seperti biasa la. Ramai. Weekend pulak kan. Mujur parking senang cari pasal Pak Su kerja kat Amanah Raya. So, parking dalam building sajork.

Ikutkan hati, aku nak borong banyak banyak.Tapi sebab poket tak ada la berisi sangat,amik 5 helai je lah. Itupun, jenuh pilih pasal aku tak ada target warna. Rasa cantik, amik ja. Hohoho. Pakai ke tidak tu, fikir lain. Ada masuk satu kedai bangla ni. Dia nak promote la design baru. Katanya TUDUNG KARIPAP. Terburai gelak kami kat situ. Ni haa tudung karipap yang dimaksudkan. Kita panggil tudung ropol ropol. Dia pi bantai karipap teruih. Hahaha.


Anyway, anyone in Kota Damansara?

p/s: Jalan jam pasal ada event Drift apa entah kat depan Dataran Merdeka.

5 comments:

Imran@Copenhagen said...

haha, mcm2 jenis tudung skrang ye, jenis karipap pun ade.

eDdY said...

ni tudung yg ko beli ker z@ck??

adey manis said...

benci kt u seratus percent

mer said...

Kota damansara kat mana? Pd tido kat mana? Salam kenal dari org kota damansara...from.ur silent reader k.mer

angahpikah said...

woi.. ak kt damansara utama.. mai lepak ou. dekat dah tu.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger