Online users

Follower

Monday, January 2, 2012

Family trip : Port Dickson

Ohoiii...sudah lama ku tangguh cerita PD. Tak boleh tangguh ni. Meh nak cerita. Bertolak pukul 9 pagi dari Puchong. Sebelum tu, dengar briefing dari Pak Ndak selaku ketua rombongan.Bagitau la sikit pasal perjalanan macam mana. Berapa lama. Nanti check in kat mana semua. Konvoi tiga kereta. Perjalanan dari Puchong ke PD mengambil masa 2 jam saja. Kalau dah pergi konvoi family macam ni, bonet memang tak sah kalau tak penuh. Tok pulak style suka bawa bekal. Habis segala periuk, pinggan mangkuk tingkat semua dia nak bawa. =.= Tak boleh nak kata apa la. Adjust jugak barang supaya boleh muat bonet.

Sebelum bertolak. Cousin aku tinggal kat Puchong. Puchong Permai kot if tak silap.

With my second lil bro, Bang cik

With my lil sis, Ika. Jangan percaya dengan ketinggian dia. Dia pakai kasut tapak tinggi! =.=

Sepanjang perjalanan ke PD, aku adalah tidur pasal telan ubat mabuk. Hahaha. Tak berdaya nak celik mata. Mujur bukan co-driver. Hohoho.If tak, kesian kat driver sebelah. Tak berteman. Elok sampai tol PD, terus celik. Sampai around 11 pagi. Nak check in tak boleh lagi. So, berlegar legar dulu la kat luar hotel. Nampak hotel ni dari luaran, sangat biasa. Tapi mahal nak mampus, semalam harga bilik boleh mencapai RM 800! Mana nak cekau duit woih kalau nak mai sendiri. Kitorang pergi on weekdays. So, hotel tak ramai sangat orang. Tapi banyak muka cino kat sini.

Depan Grand Lexis.Actually ada dua jenis hotel kat sini. Satu Lexis, satu lagi Grand Lexis. Aku tak sure apa bezanya. Tapi hotel dorang sebelah sebelah je lah. Lobi asing.

Sambung lagi nanti noh.

4 comments:

aReLaN said...

xsinggah pn nilai ni.wuuuuu

[z@ck] said...

aReLaN..
eh singgah la. singgah kencing je kat stesen minyak.huhuhu.

eDdY said...

pergh..800 satu bilik..istana ka apa tu??
mahal betol..haha

Rayyan Haries said...

Apa kes balik malaysia muka jadi lain ni?hahaha...nampak muda habes..apa rahsia?

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger