Online users

Follower

Sunday, January 15, 2012

Gerai buah tepi jalan

On the way nak balik dari Melaka, singgah satu kedai tepi jalan ni. Mak Ndak nak beli cencaluk. Pak Su pulak teringin nak makan rambutan. Beli la dalam 2 kilo. Murah weh. Amik manggis sekilo. Manggis ni berat kulit ja lebih. Isi cenonet ja. Durian? Dah buat pesta makan durian malam sebelum balik. Aku tak berani makan banyak pasal takut panas satu badan dan pening. Aku tak nampak buah tapi aku nampak ni haaaa....

PETAI!

Aku ni hantu petai. Nampak petai, muka terus berseri seri. Terus terbayang sambal tumis petai.Pergh. Sedap. Pak Su suruh amik satu tangkai. Beda buat lauk tengahari untuk esoknya. Sayangnya isi halus halus. Padan la dengan harga. Harga dia aku tak ingat tapi yang pasti murah (Bahana baru nak buat entry sebulan selepas pergi.Memang tak ingat la kan).

p/s: First time makan cencaluk and I love it. Benda masin masin ni memang aku cukup suka =.=

4 comments:

Mr.Clive said...

skrng ni kat kl susah cari tempat yang jual buah buahan yang murah ngan berkualiti.nak beli ntuk jadi sihat pun pikir 2 3 kali sebab mahal sgt.

[z@ck] said...

Mr Clive..
kan? Kadang kadang letak harga tak beringat. kalau kualiti standard dengan harga tak pa jugak

eDdY said...

sbb buah mahal..kite makan la sayur banyak2..hehe..betol x z@ck?

shark said...

uhhhh
manggis...
faveret tue

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger