Online users

Follower

Sunday, January 15, 2012

Kerusi urut Gintell


Tesco SP

Satu habit mat arep ni. Kalau pergi shopping complex yang ada mesin urut Gintell ni, konfirm dia akan buat. Tak kira Tesco ka, Village Mall ka, Alor Star Mall ka, Jitra Mall ka, asal nampak kerusi urut, muka terus berseri seri. Minta izin bagai kat aku. Pasal aku pernah tarik muka waktu dia nak duduk kat kerusi urut ni. Masuk RM 1, urut selama 3 minit. 3 minit la aku cangak tak tau nak buat apa. Nak pergi cuci mata kat kedai lain, jauh. Malas satu hal. Mulalah duduk kat kerusi sebelah dia. Duk sat tu, bunyi. Pasal tak masuk duit. Hang ingat boleh senang senang duduk ka kat kerusi Gintell ni? Non ado. Berbunyi kalau suka hati duduk tanpa bayar. 3 minit lama woi. Kadang kadang dia minta nak tambah lagi 3 minit. Hangin la aku. Orang nak dating, dia sibuk nak urut badan. Puih.

Alor Setar Mall

Satu impian dia bila dah ada duit lebih sikit, dia nak beli mesin ni untuk abah tersayang. Baguslah. Anak pun boleh tumpang sekaki kan. Hahaha. Dua tiga kali jugak dia ajak aku buat sekali. Memang tak la kan pasal ada satu urutan tu, dia gegar gegar badan kita. Tera' mat arep yang haluih tu pun bila mai time urut gegar tu, satu badan goyang, inikan pulak badan aku. Kang tak pasal pasal orang pandang pelik. Perempuan ni payah sikit. Macam macam aset nak kena jaga. Kang mengundang padah. Teeet! Ada satu kat Alor Star Mall, dia letak kerusi urut ni kat depan escalator. Sah sah la orang turun naik boleh nampak kan. Malu kot gegar gegar depan orang =.=

Lama lama, aku dah biasa dah dengan perangai dia ni. Sekarang ni, kalau dia nak mengurut lebih dari 3 minit, aku tinggal dia. Masuk mana mana kedai. Tak kuasa nak tunggu dah. Berani dia nak tinggal aku lama lama? Hahahaha.

11 comments:

Cik NurulZaty said...

ahaha.

sian akak.
takpe.
one solution.
akak la urut dia..heee

Mr.Clive said...

org tua?

shera haifa said...

haha..
kalau dah beli satu nie melekat kat kerusi tu je..

aainamardhiah said...

haha same goes to me, bila dating ja sy n bf 2 2 dok excited ble nmpk gintel. it's a must tiap2 kali date utk urut bdn :). kat melaka dy tersorok sket.

aReLaN said...

hahahaha...sye pon kalau tetiba lenguh badan,mesti gi kat kerusi urut tu.stakat ni sme yang tersorok sket.besenya msti si dia pon join skali.hehehe

Mr.Clive said...

tapi kalau ade machine gini kat umah,bapak heaven doh.
penat penat balik dari keje,badan fatigue sume,pastu masuk rumah duduk kat krusi gini.me gusta! i like!
tapi apakan daya.ritu ingat nak g beli tapi harga sgt mahal apa yang diidamkan. RM16K! wahhhh...cekik darah!

eDdY said...

ko kawen cepat2 z@ck..nnt xder la mat arep g cari kerusi ni lagi..hehe

Att Ashburn said...

zack. lain kali mat arep dtg bw la kenal2 kt member ni haaa.. haha. esok gi bandung takla segan sgt

Irfa said...

duduk je tak buh duit dia bunyi ke?akak tak tahu pulak sbb penah tgk kat airport ni tp x berani la nak duduk..malu oooooo

Hengde Fitness Technology said...

salam tuan dan puan...jika anda berminat untuk mempunyai bisnes kerusi urut seperti di shopping complex..boleh hubungi En. haiqal 0392058585 tau email ke hengdefitnesstech@yahoo.com.Anda juga boleh memulakan bisnes kerusi urut itu dgn harga yg amat rendah.

Funny2046 said...

Thanks for the great review and feedback for Gintell products. - GINTELL iRest team

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger