Online users

Follower

Monday, January 16, 2012

Villa A Famosa

Sambungan daripada cerita [ini]

Disebabkan check in during weekend, sewa villa ni RM 620 untuk satu malam. Fully furnished with private pool. Bukan main lagi. Dekat Grand Lexis dah private pool, kat A Famosa pun nak private pool jugak. Once in a bluemoon orang kata. Bukan selalu boleh bercuti. Ye tak? Kagum sekejap bila masuk. Cantik. Yang penting lampu oren. Nampak ekslusif. Amik gambar pun semua jadi oren.Hehehe.
Nak tunjuk 'this is my villa'. Jadi tak? =.='

Wohooo! Terus rasa nak terjun woi! Yang ni quite dalam. Lepas la nak kuak lentang back and forth. Hohohoho.Klorin dia lain macam.

Bilik tidur. Satu bilik, boleh muat 4 orang.

Dapur. Best pasal dapur mengadap ruang tamu. Sambil bancuh kopi, sambil tengok tv. Nak buat macam ni la kat rumah sendiri nanti. Hohohoho. Mai time kenduri, jenuh pasang tirai. Disaster.

Ruang tamu yang super besar. Ini sumbat 20 orang pun boleh muat ni. Tinggal nak bawa toto sendiri ja la. Aircond pulak setiap bilik dan ruang dipasang. Sayangnya, tak berapa sejuk. Huhuhu.

Maaf. Gambar adalah blur. Tapi bagus jugak. Pasal tak ada la nampak sexy sangat orang orang dalam gambar ni. Hahaha. Terjun time malam. Best gilaaaaa! Time ni aku uzur tapi dah hari ketiga. So, flow nya tak ada la banyak macam first day. Tanya mak su, boleh ke tak nak terjun. Risau jugak kot kot satgi terjun, air jadi merah. Hahaha. Mak su cakap ok ja pasal bila dalam air, tekanan kat luar sama dengan dalam. Ke lagi tinggi? Entah. Tapi konsep dia macam tu la. So darah tak keluar. Terus tukar baju, terjun.Tak fikir apa dah. So, kepada gegirl di luar sana. Beranilah terjun ke dalam pool or laut even tengah uzur ye. =P

9 comments:

Ejan said...

wah seronoknyer..dpt bercuti...bole mandi kolam renang lg

bdk2 @ John said...

penah stay sini 10 years back...heheh. mmg best gilos!

shark said...

uhhh
berbaloi2 ler kalu bayar dpt camnie:)

eDdY said...

terbaek la nasihat last skali tu..aq pon baru tau ni...hehe

izyantyPersonalTaste said...

wah bestnya....

Anonymous said...

booked villa ni camni.tru afamosa resort ke?

Mayrriena's World said...

ade no tel tk nk contact owner banglo ni. plss

Mayrriena's World said...

ade no tel tk nk contact owner banglo ni. plss

Anonymous said...

saya pun nak tau no tel n owner banglo nie.....

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger