Online users

Follower

Tuesday, January 10, 2012

Mee udang Pulau Sayak

Bila lapar, kita makan. Gitulah lumrah manusia. Wah wah wah. Intro...kelas kau mariah! Hahaha. Memang fail nak buat intro entry. Nak cakap yang lepas pergi Pantai Merdeka, kami pergi Pulau Sayak. Tujuannya hanya satu, nak makan mee udang. Katanya sini one of the best place to have mee udang. Kebetulan Elin dah Adawiah dah pernah datang sini. So, dorang yang tunjuk jalan.

Here we are. Usof mee udang. Nak sampai kat sini, quite challenging pasal jalan kampung. Lopak sana sini. Masuk ke dalam kampung sangat sangat. Memang tak pernah terfikir akan ada kedai makan yang famous dalam tempat macam ni.

View kat kedai tu, subhanallah. Cantik sangat sangat. Kedai ni betul betul tepi laut. Sambil makan, sambil tengok view laut. Pantainya lagi lawa dari Pantai Merdeka. Air pun jernih. Konfirm akan datang lagi kat sini.

Time ni dah nak sunset. Lagilah cantik view dia. Memang speechless. Selalu dapat tengok dalam tv ja, sekarang dah dapat tengok depan mata. Subhanallah!

Sementara nak tunggu mee udang, camwhoring la sedas dua.Hahahahaha.

Udang dia besar gila. Ada dua harga. Mee udang biasa, RM 7.50, special, RM 10. Selain daripada mee udang, ada jugak other seafood. Nasi udang, nasi sotong. Adawiah cakap sotong dia besar tak terkata. Penuh pinggan. Malangnya sotong dah habis time kitorang sampai. Tak pa, next time pasti akan try! =P Kuah dia, personally, aku lebih suka yang D'King lagi. Yang ni ceghoi sikit.Portion pun kalau dibandingkan, D'King menang lagi.

Combo la datang sini. Makan pun sedap, view pun cantik. Amboi aih. Kerap betul berjalan dua tiga hari ni. Tak pernah lekat kat bilik. Ke mana pulak kita lepas ni? Duk senyap senyap dalam bilik, buat assignment. Dah habis dah masa nak foya foya.Huhuhu.

p/s : Ceghoi = cair

9 comments:

Mr.Clive said...

uihhhhhh sedapppnya rupaaa mee udang tu.... +_+"

oshinz said...

nampak macam sedap lah pulak. tapi udang is not my favorite. hehe.

Zuewairy said...

pirah aku dah update kos untuk p Hatyai.. rajin2 p la jengok blog aku ;)

shark said...

kalu dtg blog ni x makan mmg x sah:)
hehehe
mmg sodap mee udang tu
next time tapau ek.

pija said...

tempat aku intern dlu. huhu

aReLaN said...

uish...nampak sedap je.ble la nk merasa.

norlieharumaini said...

salam ziarah dan kenal... nampak sedapnya mee udang tu..

Cieut Nizar said...

best kan. tak sia-sia aku promote. keh keh keh.

Anonymous said...

geotorelxzp consolidate debt
consolidate credit card debt

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger