Online users

Follower

Tuesday, January 10, 2012

Pantai Merdeka

Sekarang ni free time hanyalah lewat malam. Time ni la baru lapang sikit nak update blog. Auto publish pun dah malas sekarang ni. Huhuhu. Cerita beberapa hari lepas. Sharil datang melawat kitorang kat maktab. Welly sekarang tengah summer break. FYI, Sharil ni kawan Welly kitorang. Dah macam budak batch sendiri dah pasal dia sangat rapat dengan kami. Terharu dia sanggup datang dari Selangor semata mata nak jumpa dengan kitorang semua. Dia stay secara illegal kat maktab for few days. Sempat jugak la dia masuk kelas kitorang. Experience belajar sekali dengan kitorang. Siap contribute ideas lagi waktu discussion. Hohoho.

Dulu pernah kerja sekali dengan aku dalam committe WMSO. Sekarang dah jadi PRES pulak. Good luck Sharil!

Weekend, geng Apih dah bawa Sharil pergi Gunung Jerai & Titi Hayun. So, sebab Wan Z ada kereta, nak bawa la dia pusing pusing SP pulak. Mati akai oh nak bawa jalan jalan SP. Pasal SP bukan ada benda sangat pun. Taman rekreasi pun tak ada. Sharil demand. Tak nak pergi shopping complex. Bosan katanya. Last last decide pergi Pantai Merdeka. Berdesup kereta masing masing ke Pantai Merdeka. Ramai jugak umat manusia kat situ. Petang ahad pulak kan. Ada yang mandi manda, lepak lepak dan main layang layang.

Mungkin perbandaran Kota Kuala Muda boleh pertimbang perbaiki wordings Pantai Merdeka ni. Teruk sangat aih. =.=

Kitorang pun lepak lepak ja tepi pantai sambil makan rojak dan keropok lekor. Baru perasan, since balik dari Welly, ini first time makan keropok lekor. Heaven oh! Sharil buat gila. Menjerit 'ombak jahat' tengah tengah orang ramai. =.= Sabar je lah. Nasib hang muda setahun ja daripada kami. Dia ni memang gila gila sikit. Bukan tahu malu. Main redah ja.

Rojak mahai. Sampai RM2.50 dia cekau. Kalau kat town, RM 2 dah boleh dapat. Isi pun banyak.

Syeera buat teruk. Teritip dikatanya kerisik. LOL

Lepas Pantai Merdeka, kami pekena mee udang kat Pulau Sayak. Next entry ye =P

10 comments:

Mr.Clive said...

kerap jugak jalan jalan ni ea...hahaha :D

[z@ck] said...

Mr. Clive..
minggu ni ja.next week dah busy dah.assignment menimbun! =.=

Mr.Clive said...

haha
all the same,good luck!

eDdY said...

mmg diorg akan cekau betol2..sbb tau dah..mahal camna pon org tetap akan beli..huhu

Miss uCu said...

Wah best nya..jln2 cuci mata...pantai..release tnsion ye:)

Miss uCu said...

Wah best nya..jln2 cuci mata...pantai..release tnsion ye:)

Fatin Aliyya said...

sakan betoi sharil cuti-cuti satu malaysia.hehe.:P

aReLaN said...

tetiba rse nak nyanyi lak lagu cinta pantai merdeka.hahaha

ZaliHazali said...

best dpt jln dgn kawan2

shark said...

tuju lagu bleh..
ehehe
cinta saper di pantai merdeka itu:p

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger