Online users

Follower

Monday, January 30, 2012

Mimpi arwah

Kelas habis pukul 11. Balik bilik, baring baring then terus terlelap. Aku mimpi arwah mama. Dalam mimpi tu, dia senyap ja. Langsung tak bercakap. Aku excited dapat jumpa arwah, so banyak mulut sikit la dalam mimpi tapi arwah membisu. Just senyum ja. Aku jadi sedih. Ye lah, aku bercakap tapi arwah tak respond. Sentap hati mak noks. Dalam mimpi tu, ada watak lain jugak tapi aku tak ingat. Bangun je tidur, aku terus mandi. Solat zohor. Lepas solat zohor, aku amik Quran. Baca yassin. Ya Allah. Rasa kerdil ja diri ni. Sesungguhnya aku ni manusia yang cepat lalai. Cepat hanyut dengan keduniaan. Sampai baca Quran pun sekali sekala ja. Sungguh. Rasa diri ni sangat useless.Ilmu lain pulun duk ligan tapi ilmu akhirat, sering tolak tepi. Sering tangguh tangguhkan. Berapa lama sangatlah masa yang diperuntukkan untuk baca Quran tu kalau dibandingkan dengan online kat FB dan blog. Rasa malu dengan diri sendiri. Dengan Tuhan apatah lagi.

Wan Z pelik tengok aku tiba tiba baca Yassin siang siang hari. Bila ditanya, aku cakap "mimpi arwah mak aku tadi". Dia tanya lagi "dalam mimpi tu, dia bercakap ke tak?". Aku jawab "tak". Wan cakap kalau mimpi orang yang dah meninggal dan dia tak bercakap, maksudnya dia datang tengok kita. Datang ingatkan kita untuk selalu sedekahkan bacaan doa untuk dia. Buat bekalan dia kat sana. Wan tanya lagi "dalam mimpi hang tu, ada sapa lagi?", aku jawab "Tak ingat. Tapi ada someone.Aku tak pasti siapa". Katanya kalau mimpi arwah dan ada orang lain dalam mimpi tu selain kita, tu tandanya dia suruh kita tengok tengokkan orang tu. Aku tengah recall balik mimpi tu tapi sayangnya aku tak ingat. Tapi hati aku kuat mengatakan Zul la orang lain dalam mimpi aku tu.

Hopefully, lepas ni aku tak tinggal baca Quran setiap hari. Even satu muka surat pun, jadilah. Sedekah kat arwah abah dan mama. Tak lupa jugak pada ahli keluarga lain yang dah meninggal. Waktu aku kecik dulu, sedara aku selalu ingatkan benda ni, "Selalu baca Quran atau Yassin kalau tak mau arwah mama dan abah kena siksa dalam kubur. Depa duk harap doa dari anak depa."

Huhuhu.Lalainya saya =(

p/s: Amar maaruf, nahi mungkar. Rindu pulak kat arwah mama dan abah.

13 comments:

oranglidi said...

btul a wan z ckp tu. ak pn penah alami bnda sama.

dhia adawiyah said...

err? kalau kita mimpi, suara orang yang meninggal tu panggil nama kita and then, kita terus mengigau , sebut " Iya Wan ( nenek ) ... " apa tandanya ek ?

nunun noordin said...

sabaq na z.kalau boleh hg baca yasin setiap pagi,aku penah dgr ustad aku kata (kalau tak salah) ,tiap pagi kalau baca yasin, dan sedekah kan kat parents kita,nnti arwah tak kena seksaan kubur.walahwaalam.

Anonymous said...

sedih...teringat kat arwah mama n arwah ayah...

eDdY said...

sama2 la kite sedekah akn Al-Fatihah untuk arwah...

wanie mn said...

baca entri ni, teringat pada arwah abah. entri ni scr tak lgsg buat air mata menitis.

sama la kita. bila pk2 blik psl arwah abah saya, jd sdih. jarang sedekahkn ayat quran pd arwah. slalu alfatihah je. tp insyaA skrg sy cuba utk baca quran paling2 sehelai sehari. alfatihah buat ibu bapa kita yg sudah pergi. ssgghnya doa anak2 soleh/solehah yg akn mnylamatkan mrk.

p/s : taip komen ni ttibe rasa sebak aih.

Irfa said...

akak selalu pesan kat anak-anak w,pun diorg masih belum mengerti sgt.akak pesan 'kalau umie dan ayah dah mati..lepas solat jgn lupa sedekah Fatihah supaya terang kubur umie dan ayah'

Ya Allah moga mereka tidak lupa itu

alfatihah utk mama juga

Anonymous said...

alFatihah utk arwah maklang.

aku kadang2 pun lalai. tapi ada org sentiasa ingatkan aku. bacalah walaupun 1 ayat :)

eni osman said...

salam....tq atas entri ni...mcm alarm utk akak juga...pasal lately ni duk mimpi arwah bapa akak...dua tiga kali juga la...sedih juga..duk terlalai nak mengaji dkt arwah...thanks again....

Hami Asraff said...

Semoga hang strong. Aku pun rindu arwah ayah :(

mermaid said...

teringat kat arwah mummy jugak.. kalu kta sayang kat diorang yg dah meninggal niatlah sedekah (apa2 shj yg kta buat baik )kpd mummy or ayah yg dah xde..

haliqdiaz said...

dlm banyak2 entry..entry in yg paling menyentuh hati saya..betull..kite kdg2 selalu lalai dgn duniawi..bka fb n blog berjam xpe..tp mngaji kdg2 blh mengelat..:( thanks for the reminder..

semoga arwah mama dan abah awak ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..amin..

regards

http://haliqdiaz.blogspot.com/

razif rahman said...

Tiada benda dah yang kita nak bagi dekat mak kita dah melainkan kita hanya boleh serah doa .

“Ya Allah , aku angkat tangan ya Allah. Aku redha mak aku kau ambik ya Allah. Dia yang melahirkan aku .

Ya Allah hari ni aku tinggalkan dia ya Allah, aku serah dia atas urusan Mu belaka ya Allah. Aku tadah tangan ya Allah. Aku mintak sangat² kau ampunkan dosa mak aku , tolong ya Allah kesian mak aku ya Allah . Aku ni hasil didikan dari dia Ya Allah . Kau ampunkanlah segala dosa² dia Ya Allah”.

Ampunilah dosa dosa abah dan emak ku yaa allah…ya Allah kasihani mereka Ya Allah…

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger