Online users

Follower

Saturday, January 7, 2012

Syed Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah


Entry makan lagi ye. Hahaha. Kali ni nak cerita pasal nasi kukus ayam berempah pulak. Dapat tau pasal tempat ni dari Farah. Mula mula buat tak heran ja. Ingatkan sama ja macam ayam berempah depan maktab. Tapi lepas Adawiah cakap tempat tu famous, mulalah nak try jugak. Pantang orang cakap famous kan. Hahahaha.

Signboard kedai ni. Credit to FB page.

Maka, menujulah kami ke Syed Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah. Kedai ni terletak kat Taman Ria Jaya. Kalau dari maktab, tak sampai 10 minit dah sampai kat sini. Aku nak petua jalan pun tak reti. Tapi kedai ni tepi jalan. Kat deretan kedai makan. Kalau nak tau yang mana satu, tengok kedai yang ramai orang. Hohohoh. Itu lah kedai dia.

Nasi kukus ayam goreng berempah. Credit to FB page.

Kitorang sampai around 8 malam. Peak hour. Ramai. Cara dia serve pun menarik. Makan dalam daun pisang. Ayam goreng pulak, boleh pilih. Tapi sebab kami first timer, tak tahu boleh pilih, hadap je lah apa yang dia hidang. Harga murah. RM 4 sahaja. Ayam pulak besar cuma portion nasi macam tak cukup. Untuk aku la. Untuk korang, tak tahu la. Aku ni kuat makan nasi sikit.Hehehe.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh la like page dorang kat [sini]

12 comments:

Unknown said...

owh sedapnye.. terliur..
:)

NIZAM said...

Haha. asek entri mkn je. tp takpe, sgt menyelerakan ok semua mknn2 tu. yummy2. :))

Anonymous said...

aku dah terliuqqq.cmne ni?waaa

Dee said...

teringat nasi kukus sebiji camni kat masjid damansara..alahai..sedapnya..

Unknown said...

makan x ajak!!haha

eDdY said...

yg ni mmg buat meleh air liur ni..haha

Ahmad Sabree said...

alahai.. lapar pulak tgk ...

dja_amiensukhri said...

serius lapar tengok makanan tu.. hee.. =)

aReLaN said...

uish...sedapnya.dh la tak brekfes lg ni.aiyaaa

aReLaN said...

uish...sedapnya.dh la tak brekfes lg ni.aiyaaa

shazika said...

nasi kukus ayam berempah kat tmpt saya rm6. huhuhu.. makann kedah mmg murah kan. member cter nasi lemak 60sen pon ada lg. belah baling

fatihah azemi said...

serius best.satu lagi, kuah die xmuak.hoho

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger