Online users

Follower

Saturday, December 1, 2012

Hallu Seremban

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, selamat sampai di Seremban. Perjalanan aku dari Jitra ke Seremban mengambil masa almost 12 jam. Lama kan? Macam nak pergi Johor je gamaknya. Tidur bangun tidur bangun, tak jugak sampai. Huhuhu.Sampai bebai sorang sorang la dalam bas. Yang boleh lama sangat tu sebab ada accident kat Slim River. Stuck kat highway almost sejam. Masuk KL around 6 petang, memang sesak la kan. Time orang balik kerja. Itu satu hal. Bas yang aku naik ni pun satu hal jugak. Berhenti kat Butterworth pick up orang. Masuk Kajang drop orang. Banyak tempat la dia nak pick up and drop orang.Tu pasal lama kemain. Hangin satu badan okay. Bayar sampai RM 50 ingatkan cepat la sampai. Tapi hampeh. Tobat aku tak nak naik dah bas tu lepas ni. Sekali dah terkena, memang aku anti teruih.

Anyway, sampai kat Terminal 1, Katty datang jemput dengan Hashrul,Zura,Bob, Syamil dan Tajul. Terkejut ahkak. Tak expect pulak dorang ada kat Seremban jugak. Dah tu, masuk Parkson cari hadiah untuk Farah. Hari ni majlis resepsi kat Melaka. Kitorang la paling lewat sekali keluar dari Parkson tu. Keluar pun ikut pintu belakang. Hohoho. Aku tak sempat lagi nak explore Seremban sebab sampai pun dah malam.Tak ketahuan apa pun. Sapa sapa yang ada kat Seremban, roger roger la.Mana nak tau boleh jumpa ke.Hehehe.Anyway, aku kat sini sampai 5 Dec sajork.

4 comments:

eDdY said...

bas apa tu z@ck???

azlizaASRI said...

12 jam lama tuh , hoho

Sweetie said...

lamo eh! 12 jam, kalau naik MAS dah sampai frankfurt tu.

z@ck dalam ohartis! ada siarkan gambar Neelofa yang dicilok dari blok z@ck tapi penulisnya dan bubuh watermark atas gambar tu as blogslucumenarik.blogspot.com...apalagi samanlah z@ck mesti menang punya sebab gambar z@ck pun ada sama. bukti kukuh tu! grrrrr!

[z@ck] said...

eDdy..
pancaran matahari.huhuh

azlizaASRI..
tau tak pa.dah boleh pegi JB dah aih.

Sweetie..
hah..my bad tak letak watermark waktu post gmbr tu dalam blog saya dulu.too bad.it too late nak mengamuk pun.redho aje la muka i jadi tatapan satu malaysia! HAHAHA

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger