Online users

Follower

Thursday, January 3, 2013

Revisit NZ : Changi Airport

Bismillahhirohmanirrohim.
Fuh. Akhirnya tercipta jugak satu entry mukaddimah revisit NZ. Hahaha. Kita mulakan dari awal la ye.Tak best langkau langkau ni. I want you to feel like you're apart of this journey.Cewah.

So, kitorang naik Jetstar dari KL to Auckland. Tapi transit kat Singapore dulu. Merasa jugak la jejak kaki kat Singapore even just for transit. Transit lama jugak. About 6 hours. Waktu kat KLIA tu, teragak agak nak isi perut ke tak sebab nanti kat Singapore nak makan lagi. Tapi memikirkan duit Singapore mahal, jamah sikit la makanan kat KLIA tu. Huhuhu.


The newly weds, Adawiah and Arif. 

Perjalanan dari KL to Singapore memakan masa selama sejam je.Kitorang agak kelam kabut jugak check in pasal tak sedar masa berjalan dengan pantasnya. Duk sibuk pi tukaq duit la, pi toilet la, menjamu selera la. Sekali dah panggil boarding dah. Kelam kabut hang naik aerotrain pergi terminal.

Sampai kat Singapore, tuju toilet dulu.Hahaha.Airport Singapore sangatlah besar.Kagum aku. Jalan punya jalan, tak jugak ketemu penghujungnya. Punya nak habaq kata besaq baq hang. Memandangkan transit lama, kitorang pusing pusing je lah dalam airport. Malas nak jalan kat town. Dalam airport pun rasa macam dalam shopping mall. No wonder la Changi airport dapat "The world's Best International Transit Airport". Tak bosan dan kebetulan time kami pergi tu tengah nak Krismas, makanya banyak la pokok Krismas. 

Eating the leftovers that we bought at KLIA. Asalnya cuak nak bawa masuk, takut tak lepas kat kastam but alhamdulillah lepas. Hehehe.

Orang pemalas je yang naik benda alah ni. =P

Korang kalau datang Changi Airport, jangan risaulah pasal nak solat. Sebab ada disediakan surau. Besaq punya. Puas hati. Lengkap semuanya. Cuma satu je lah. Surau ada kat departure je. Arrival tak ada.Huhuhu. Anyway, nak cerita pasal surau kat Changi Airport. Tip top! Ada tempat amik wudhu' for both gender. Letak kat tempat lelaki solat. Sah sah la I yang gegirl ni segan nak pi situ. Sebab dia open. But don't you worry, toilet ada. 
Selesa kan?

Ni haa tempat amik wudhu. Ada sorang mak cik ni tegur Adawiah amik wudhu kat toilet.Katanya ada tempat khas untuk berwudhu' sebelah surau lelaki. Tapi kalau dah open macam ni, terima kasih je lah mak cik oii. Kami berhijab.

Cakap ja multi-religion but semua yang aku nampak time tu orang Islam ja. 

 Tengah meditate mungkin. Hahaha.


After solat, tetiba lapar balik. Mana taknya.Berjalan dalam airport tak ingat dunia. Masa pun banyak lagi, maka mencari makanan la kita yuk. Ada orang cakap kat Singapore nak cari makanan halal susah. Tapi tak pun sebenarnya. Tambah pulak kat airport.Of course la dia akan sediakan yang halal halal saja kan? Kalau tak, dorang yang rugi.Kekeke. 

 Inilah rupa food court dia. Dekat level 1 departure terminal. Many choices to choose from.Subway pun ada.

Our food.

Kasi close up sikit. Always and forever ayam penyet. SGD 7.20. Sedap weh.


Eating partner. Kalau bergambar dengan food, always sebelah dia. We love food.


Sek fan!
 Ada free access to internet jugak. Tapi 15 minit je lah.Melampau la lama lama kan.

Kitorang, kalau dah jumpa internet, kerja nak check in kat FB ja la.Hahaha. Dasar.

Ada yang experience kena tengking dengan custom officer.Alhamdulillah, it never happened to me. Semuanya berjalan dengan sangat lancar. Off we went to Auckland. Okay, next post kita jumpa kat Auckland pulak nooooh.

6 comments:

Sweetie said...

Z@ck, cepat sehari je kat KLIA... kalau tak mesti kita terserempak... saya nak ke Jakarta 6hb tu....

Itu kat airport z@ck dah tentulah food court dia bersih je... kalau kat luar.. kita kagum tengok suasananya pun bersih nak makan pun confident...

[z@ck] said...

Sweetie..
ye ke? kalau tak, mst terserempak kan =)

Anonymous said...

salam, subway di spura tak halal, mmg suasana nampak bersih tapi harus di ingat, pernah terjadi kejadian keracunan makanan di geylang serai (makan rojak india), kalau tak silap 2 org meninggal, dan beberapa lagi sakit teruk so berhati2 ya! - nash/spore

Aisyah Rafaei said...

zack, dah kurus ler..

aReLaN said...

bila la nak jejak kaki ke NZ tu.wuuuuu...KLIA nye surau pon takde la besar gitu rasanya.hmm

eDdY said...

macam best jer singapore..teringin jugak nak g..insyaallah ade rezeki..sampai la..hehe

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger