Online users

Follower

Sunday, January 6, 2013

Revisit NZ : Auckland (Part 1)


After 11 jam dalam flight, maka sampailah kami ke bumi Auckland.Alhamdulillah, tak ada kena tahan dengan kastam ke apa. Cuma time nak cop tu dia tanya je lah datang sini untuk apa. Sebab kitorang datang under visa melawat. Student visa dah expired. Sampai awal pagi. Badan rasa tak selesa sebab tak mandi. Even duduk dalam tempat yang ber aircond, still rasa hapak jugak weh.


Sampai je terus call Andrew. FYI, kat Auckland kami menyewa apartment student Malaysia. Kitorang booking last minute jugak la. Memula ingat nak duduk kat backpackers tapi mahal. Tak berbaloi. Korang kalau nak datang NZ, better menyewa dengan student Malaysia je. Murah pun murah, selesa pun selesa. Lagi satu, tak gaduh fikir nak samak segala pinggan mangkuk. Tapi dalam kes kitorang ni, kitorang samak jugak la pasal duduk rumah student Chinese. 

Oh ye. Kos shuttle dari airport to town ialah 16 dollar sorang. Rate berbeza depends on berapa orang yang naik. Lagi ramai, lagi murah. Tapi harus diingat, drop point hanya satu. If korang nak turun kat different alamat, makanya, dia charge harga sorang la which is around 30 dollar. Ada tiga option nak pergi town. Satu, by teksi. Dua, by bas dan ketiga by shuttle. Shuttle ni macam van panjang tu la.Kitorang malas nak naik bas sebab tak tau apartment tu kat mana. Kalau naik bas, kena turun kat bus stop. Lepas tu kena jalan cari rumah pulak.Malas.


Kami stay kat 96 Symonds Street. Dekat je dengan town. Datang NZ ni tak payah fikir la nak naik bas kalau nak ke town centre.Untuk orang muda macam aku ni, masih mampu lagi kudrat nak berjalan keliling town. Untuk yang dah berumur tu, dinasihatkan naik bas la ye. 


Waktu sampai tu, lama jugak la figure out nak masuk apartment ni sebab sistem dia style kena swipe kunci baru terbuka pintu besar kat bawah tu. Andrew tinggal kunci dalam letter box dalam apartment. Makanya, terpaksa la tunggu sesapa yang nak keluar dari apartment. Mujur la ada couple ni nak keluar. Kelam kabut tarik beg masuk dalam. Hahaha. Nak buka letter box pun masalah. Duk ingat berkunci, padahal tolak bawah tu dah terbuka dah. Memang noob sikit la bab apartment ni. Al maklumlah, back in Malaysia, kami duk rumah kampung ja.Hehehe.

Buka je pintu rumah, waaaaaahhhhhh! Mak like! Cantik sangat. Kemas. Memang tak sia sia la menyewa dengan Andrew. Hang jangan nak mengada ngada nak size apartment macam saiz kondo. Ini apartment untuk 2 orang. Tapi kalau student Malaysia, konfirm sumbat 3. Nak jimat sewa.Hehehe. Meh tengok dalam rumah ni macam mana. Meh meh.

 Ruangan dapur yang sangat kecik molek.

 Ruang tamu.Arip sampai sampai ja terus buka tv dulu.

 Ruang tamu dari arah dapur pulak. 

Ini bilik I. Queen size. Syok boleh guling guling.

Toilet.

 Ini pulak pemandangan dari rumah kami. Macam duk hotel pun ada. Hehehe.


6 comments:

norh said...

cute ja ye apartment tu..

Henry Fox said...

wahhhh comel gilerr apartment nih! brape sewa utk apartment ni zack?

L said...

tingin nk belajar luar.. =)

Thaqif Zahra said...

Salam...saya kenal blog cik dari malaysia lagi..bila sampai Auckland masih ikut lagi..tup tup dengar nak dtg sbb convo ek..rumah kiteorg kat 96..tak der rezeki nak terserempak..ehheeh..

[z@ck] said...

norh..
mcm yg tukang sewa jugak la.hehehe

Henry..
erm..if tak silap

L..
bleh ja..tanggung sendiri la.sakit sikit tapi worth it =)

Thaqif Zahra..
eh..ye ke? stay kat same apartment la kiranya ni? what a coincidence!

eDdY said...

kalo aparment camtu..berapa sewa dia?

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger