Online users

Follower

Sunday, January 13, 2013

Revisit NZ : Halal food in Auckland

Untuk memudahkan aku dan korang yang membaca, aku compile terus semua kedai makan yang aku pergi kat Auckland hari tu. Mana tahu boleh jadi panduan untuk korang yang ada plan nak jalan jalan kat Auckland ke kan.

1)Star Kebab


Untuk pengetahuan korang, kebanyakkan kedai kebab kat Auckland ni halal untuk dimakan. As far as I know, most of them come from Turki dan sewaktu dengannya.Dan seperti yang kita sedia maklum, dorang ni juga rata ratanya beragama Islam.Tapi untuk keselamatan, check jugak la kat pintu kedai tu for "Halal" sticker.Some of  them even hang the Halal cert inside their store, so it will be more convincing for the Muslims. Star Kebab ni terletak kat 350 Queen Street. Ada kebab, iskander,falafel dan banyak lagi la.Boleh pilih a la carte or combo. Sini selalu kalau combo, dapat air coke sebotol dengan chips. Aku memang kempunan kebab NZ. So, I chose lamb iskander. Iskander dish ni nasi. Dah nama pun melayu, mana boleh tak makan nasi. Ye dak? =P So, dia bagi nasi dengan daging kambing berserta sayur sayuran dan 3 pilihan sos. NZ 10 for lamb iskander. 

Ini dia rupa lamb iskander. Satu benda yang aku suka kalau makan kat tempat orang putih ni, dorang tak kedekut. Melimpah ruah daging dan sayur dia bagi. Cuba kalau kat Malaysia. Ada certain peniaga nak untung je. Jualnya tak ikhlas. Kadang kadang jual kebab, roti pita je lebih. Isi, seciput. Tak berbaloi dengan harga. 

2) Toro Churro
Untuk kudap kudapan, nak makan light light, orang kita cakap, jajan, boleh la try churro ni. If I'm not mistaken, lokasi dia sebelah kedai Star Kebab. Churro ni Spanish doughnut. Kita kalau donut, terbayang bentuk bulat je kan. Ini Spain punya style, donut panjang. Hehehe. Selalu dimakan bersama dengan coklat. Celup, makan. Tak da putar, tak ada jilat. Ngap je terus =P Lepas dapat je, terus makan tau. Dah sejuk kang, tak syok. 

Laki bini enjoying their churros in the middle of the night.

3) Ayutthaya

Kat Ayutthaya, kita boleh lepas kempunan.Kenapa aku cakap macam tu? Sebab kat sini, banyak sangat hidangan nasi. Ya! Nasi! Kegemaran orang Malaysia! Arif paling seronok bila nak makan kat sini. Sebab dia hantu nasi.Terus bersinar bila jumpa Ayutthaya. Dengar nama kedai pun mesti korang dah boleh teka kan owner dia mai dari mana. Thailand khaaap kun khaaaap.Lokasi, 184, Karangahape Road. Kedai ni terletak dalam Lim Chhour Supermarket. So, kalau nak cari, cari signboard Lim Chhour. Nescaya korang akan jumpa Ayutthaya dalam tu. FYI, bukan Ayutthaya je restoran halal dalam ni. Ada a few lagi yang halal. So, tepuk dada, tanya selera =)

Makanan dia, tip top you. Cer bagi tau I makanan Thai mana yang tak sedap. Semua sedap. 

Mine, pad kra prow chicken. Ceh. Thailand sangat yooou. NZD 10.

4) Atrium on Elliott

Actually Atrium on Elliott ni nama bangunan yang terletak kat Elliott St. Konsep kedai kat dalam Atrium ni pun sama macam kat Lim Chhour. Terletak kat 21-25 Elliott Street. Food court style. Tapi tak semua kedai halal noh. Mata kena meliaq tengok Halal sign dan mulut kena ringan bertanya tokeh kedai. So, kat sini, aku pilih untuk makan kat Bali Star, kedai Indonesia. Balado chicken menjadi pilihan hati. NZD 11. Makanan I paling hujung sekali dalam gambar. Arif dan Adawiah pulak, teringin Spice of India. Beriani, nan dan rice with butter chicken menjadi pilihan hati.

Belakang Arif tu kedai Bali Star.

5) Snow Ice



Dah kenyang telan nasi, terasa nak benda manis la pulak. Jangan risau! Saya ada jawapannya! Snow Ice! Hehehe. Snow Ice ni terletak kat dalam Atrium building jugak.Yang menarik pasal Snow Ice ni ialah ais dia tu macam ais salji. Teksturnya sangat lembut. Aku tahu tempat ni pun dari akak sedara aku yang kebetulan study kat sini dulu. Sekarang dah nak nikah dah. So, disebabkan Adawiah tak pernah merasa lagi snow ice ni, I bawa la depa mai. Lepas kempunan. Ternyata tak sia sia sebab depa suka. Kan Adawiah kan? Ada banyak flavour. Tepuk dada, tanya selera masing masing ye.

Cheq pilih black and white snow ice. NZD 4.90 sajork. Ini saiz paling kecik. Makin besar, makin mahal le ye kawan kawan.

Close up sikit.Rasa nescafe snow ice aku ni. Ada dia tabur kacang sikit. Sedap la senang cerita.

Laki bini punya. Depa amik yang besaq sikit. Cheq tak ingat nama apa snow ice depa ni. Ada rasa strawberi cinta sikit.Al maklumlah, baru kahwin. Hehehe.

6) Kebabs on Queen
Aku pasti semua yang pernah pergi Auckland, dah pernah merasa Kebabs on Queen ni kan? Ni antara kedai kebab yang kitorang tak pernah miss pergi if datang Auckland. Even Datuk K pun datang sini. Hehehe.This was before he was involved in motorcycle crash in Queenstown.Excited ooo dapat jumpa Datuk K. Lagi excited bila dapat makan semeja dengan dia. Duduk sebelah menyebelah lagi you'olls =P To our surprise, he is very down to earth person. Awal awal ja nampak garang sebab misai tebal, tapi lama lama, ok ja rupanya Datuk K ni. No wonder la Siti boleh jatuh hati kat Datuk K, sebab dia memang handsome. Kulit cantik, langsung tak nampak tua. Pakai produk apa Datuk? Hehehe. 

Ni dah melalut dah ni. Patutnya cerita pasal kedai kebab T_T . Kebabs on Queen ni pun terletak kat 300 Queen Street. Price range pun lebih kurang macam kedai kebab lain.NZD 10-15.

Bila dapat tahu Datuk K accident, kami antara yang paling terkejut beruk. Sebab beberapa hari lepas jumpa, tup tup heboh pasal dia accident.Semoga Datuk K cepat sembuh ye. 

Hopefully, information sharing pasal makanan kat Auckland ni dapatlah membantu korang yang nak travel ke sana suatu hari nanti. Kebanyakkan makanan price range dia antara NZD 10-15 per meal. So, bolehlah start buat bajet sekarang. =)


8 comments:

shark said...

lama sngguh x singgah blog org oversea nie.
hehe.
mmg untung kalu ada kdai makanan halal kt sna.
xdek ler pasni maka megi jew :p

et said...

hi zack

..zack nanti boleh tak bagi emel apartment yg u sewa tu...
et_alience@yahoo.com

tq

Sweetie said...

Memang exited le kalau gi oversea jumpa 'org kampung' lebih-lebih lagi org popular.. ndak ndak baik dan peramah pulak... syyyy datuk K tak belanja ke?...

Z@ck! hang tunggu bulan depan cheq pulak nak tulis pasal trip cheq gi UK... nanti visit my blog ya... cheq pi 20 haghi... tadi abg mesej...habaq salji dah turun... dah teruja ni... minggu depan nak berangkat...

[z@ck] said...

shark..
kalau terdesak, hentam jugak maggi.hehehe.skang dah tak jd org oversea.sireh pulang ke gagang sudah

et..
i dun have his email but i do have his phone num. maybe you can contact him at 02102225499. hope this helps you.

sweety..
wargh.UK! Bestnya.nak fridge magnet satu! =P hv a safe trip ya akak

Irfa said...

FUYOOO jumpa dato K tu
harap gambar ni x dicuri mcm gambar kamu dgn neelopa dulu ;)

[z@ck] said...

Irfa..
xpe..kalau dicuri, tumpang famous sekali.hehehe

eDdY said...

time ni la tiba2 perut terasa lapar..haha..nak cari makan la..hehe

Anonymous said...

owhhh. i teringatt sume kedai makan ni ai pegi makan ms pegi nz 2011. snow ice adelah terbaik.suke sangat! try makan kat sni xsesedap kat sana. my fren yg uni auckland ni la ajak tempat mkn sana.suka yg eskrem gellato ke ape tah.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger