Online users

Follower

Thursday, February 14, 2013

Revisit NZ: Little India

Patutnya entry ni keluar sebelum graduation. Layankan ajelah ye.Habis daripada wedding photoshoot, perut lapar. Decide nak makan kat Little India.Aku memang gila beriani ayam kat Little India ni.Sebab beriani Little India ni la aku jadi suka makan beriani. Tapi bila makan beriani kat Malaysia, so far tak jumpa lagi yang setanding Little India.Huhuhu.


Kalau nak makan nasi banyak, dinner la time yang sesuai. Pasal portion untuk lunch sikit.Satu mangkuk kecil sahaja dia bagi. Tapi kalau dinner, hah..sepinggan dia bagi. Menimbun sekali dengan papadom. Memang tak senonoh. Dah makan sikit, baru nak snap gambar.Hahaha. Ada spicy level kat sini. Either kiwi hot, medium hot or spicy. Spicy dia sama level macam makan kat India nun haa.Berdesing telinga.Sapa yang tak tahan, end up garu kepala sambil makan.Hehehe.But I like.Aku makan tak habis pun.Boleh tapau. 

Kebetulan Syeera pernah kerja kat sini dulu.So, dia la yang tolong ambil order kitorang.Waiter kat situ dah pelik apasal minah ni tiba tiba ambil order. Syeera cerita la pengalaman dia time kerja kat situ.Ambil order ikut kedudukan kita. Kiranya dia lukis gambar meja lepas tu place order according to our seat. Dan aku baru tahu istilah tapau yang baru iaitu "Doggie Bag". Maksud asal dia ialah lebihan makanan yang dibawa balik untuk diberi kepada haiwan peliharaan kita dan to be exact, anjing. Kenapa anjing? Bukan kucing? Mungkin anjing lagi dekat dengan mat saleh. 

Dah kenyang makan, moh le kita pulang. Kebetulan hari tu boleh conteng jalan. Guna kapur. Apa lagi, kitorang pun abadikan la kenangan graduation disitu. Hehehehe.

2 comments:

Mrs Nurul said...

i teringin nak pergi sana la..best tak? banyak makanan halal ?

eDdY said...

maksud bole conteng tu ialah?? nasi bryani tu nmpak sgt sedap sbb aku tgh lapar..haha

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger