Online users

Follower

Monday, April 8, 2013

Macam retis

Semalam meeting. Banyak benda GB sebut. Antaranya ada waris complaint pakaian cikgu macam artis. Sunyi sepi bilik mesyuarat bila GB mention pasal etika pemakaian guru. Dia tak ada masalah langsung kalau cikgu nak pakai macam artis pun asalkan mematuhi dress code as a teacher. Tapi bila dah ada waris yang tegur, jadi macam tak berapa nak seronok sikit la. Semua orang tahu siapa yang bergaya macam artis kat sekolah tu. Its so obvious that the statement was pointed to her. Yang lain pakai biasa saja.

Tak dinafikan aku agak amazed dengan cara cikgu sini dress up. Al maklumlah, dulu praktikal kat sekolah kampung. Cikgu pulak kebanyakkannya dah veteran. Paling kuat pun pakai baju kurung labuci sana sini. Datang sekolah sini, ada cikgu dress up kalah anak dara. Rasa tercabar. Tudung pulak half moon sahaja. Peplum, saloma style, duyung style, you name it. Semua dia pernah pakai. Colour pulak bright. Mekap pulak, memang macam retis. Mana la waris tak perasan. Huhuhu. Tak pernah lagi la aku tengok dia rotate baju yang sama minggu by minggu. Her look always makes me go oooo and aaaa. Mungkin di KL, ini adalah perkara biasa tapi bukan di sini. Some people here are quite conservative.

GB also stressed on PBS. Besar kemungkinan pihak nazir akan datang ke sekolah pada masa terdekat ini. Jadi, untuk cikgu yang pegang tahap 1, diminta untuk kemaskini fail perkembangan murid. Aku satu habuk apa pun tak buat lagi. Tadi baru letak segala lembaran kerja dalam fail dorang. Penat. Ini baru pegang satu kelas dah rasa nak pengsan. Mana la cikgu cikgu lain tak merungut tentang PBS ni. Memang membebankan cikgu. Filing nak kena buat. Key in band pun nak kena buat. Sometimes, I do feel that the previous system was less burdening and more effective than this was. But ada part yang bagus jugak KSSR ni.

Balik sekolah, tidoq sampai sepetang. Tok bising. Stress bangun tidoq dengar orang tua tu pot pet pot pet. Penat weh penat. T_______________T

6 comments:

DelicouslyDelicious said...

Saya suka baca blog u.... Walau u x upload byk pic tapi menarik utk dibaca.... A
Bagus jugak ada cikgu dress up mcm tu... Budak2 mesti terhibur dpt fuci mata

[z@ck] said...

DeliciouslyDelicious..
thank you. just being me =) btol jugak tu.budak memang suka tengok cikgu pakai lawa lawa ni.motivation depa meningkat.tapi bila ter over do tu yg masalah tu.huhuhu

Anonymous said...

I also think the old system of education work out better than the present one. Yang sekarang ni banyak menguji kesabaran sebab nak key in macam-macam dan talian pula mengotttttttttttt je most of the time :( ! Tentang pakaian guru ni .. memang le guru wanita especially yang muda le .. ngalah kan artis kalau tak setaraf pun. Yer le gaji dah besar .. mak bapa kerja .. tak perlu bantu mak bapa tanggung ahli keluarga lain .. so duit gaji nak buat apa kann ! melaram sakan lerrr .. kat sek akak ada sorang tu .. alahai .. kita yang pompuan ni pun toleh 2-3 kali; apatah lagi lelaki. Sendat abis bajunya .. kalau ada majlis pula dia terpilih urus hadiah ( sebab lawa kot ) so melaram tak terkata le. Dengan tudung yang pendek .. beropol kekadang .. manik berjurai pun ada .. pendek kata dia sure lain dari yang lain .. Nak tegur pun serba tak kena .. mampu berdoa je muga dia insaf dan diberi taufik dan hidayah.

Anonymous said...

Hi, everything is going sound here and ofcourse every one is sharing
facts, that's in fact good, keep up writing.

My web site clicking here

eDdY said...

cikgu pakai macam artis..haha..aku rase mmg dari dulu kot da ader macam ni..zaman aku sekolah dulu pon ader..mungkin impoian cikgu tu nak jadi artis..tpi x kesampaian..tu la sebab nyer diorg mungguna kan sekolah utk bergaya..hehe :)

Irfa said...

sian cikgu tu..bila dia nak merasa nak pakai lawa-lawa dah keje dia ngadap murid je hari-hari..takkan nak pakai hari cuti kot,hehe

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger