Online users

Follower

Monday, May 13, 2013

Hormat

Hari ni aku meletup dalam kelas. Dahsyat punya. Satu bangunan dengar aku mengamuk. Ada 4 orang budak darjah 6 datang ke kelas aku mencari sorang budak dari kelas aku. Kot la nak bagi salam dan minta izin nak jumpa budak tu, tak ada aih. Suka hati dia ja panggil budak tu keluar as if aku tak wujud dekat situ. Mulanya, aku biarkan je. Lepas tu, dorang datang sekali lagi. Kali ni, duk berurusan dekat belakang kelas pulak.As usual, I was a 'halimunan' to them. Aku pun interrupt dorang.Tanya pasal apa datang kelas orang tak bagi salam. Main redah sesuka hati ja. Dorang buat bodo weh. Aku ni macam bercakap dengan tunggul kayu.Langsung tak pandang muka kita. Nak menjawab soalan yang ditanya lagi lah idok. Bila aku tinggi suara, dan tanya dorang kelas mana, terus lari lintang pukang sambil gelak gelak.Tahu tak perasaan aku macam mana time tu? Rasa nak terbakar. Panas satu badan. Mana perginya rasa hormat kepada seorang guru? Perlu hormat cikgu yang mengajar kamu je ke? Kalau tak ajar kamu, tak perlu hormat. Gitu?

I got their names dan kebetulan cikgu kelas depa ada kat bilik guru.Terus la aku mengadu pasal sikap kurang ajar depa tu. Sangat kurang ajar ok. Sampai sekarang waktu menaip ni masih lagi terbayang muka selamba 3 budak tu. Geram sangat.Cikgu tu cakap depa ni memang tak makan saman. Style tak heran langsung kat cikgu. Dalam hati terfikir, no wonder la duduk kelas hujung, no wonder la depa ni susah sangat nak pick up apa yang cikgu ajar.Hati tu dah 'kelam'.

Sedih sangat bila ada budak yang tak reti nak hormat cikgu.Kami ni tak minta budak tunduk sujud depan kami.Cukuplah sekadar beri salam bila berselisih. Cukuplah sekadar beradab dalam kelas. Susah sangat ka nak buat? Ternyata tugas nak mendidik anak murid zaman sekarang jauh lebih mencabar dari zaman dulu. I still remember during my time, semua cikgu, pak cik kerani sekolah aku bagi salam. Even sampai dah ke besaq ni pun jumpa pensyarah pun bagi salam. Itu kan budaya kita. Tak semestinya kat sekolah ja macam tu. Even bila kita berurusan kat luar dengan orang lain pun, mesti ada adabnya. Tak gitu? Benda ni sepatutnya dari kecik lagi dah diamalkan. Bukan saja cikgu tapi parents pun patut didik anak masing masing.Jangan hanya lepas tangan kat cikgu semata. Ingat! Contact hour cikgu dengan murid hanyalah 6-7 jam sehari. The rest, budak tu kat rumah, bawah tanggungjawab parents.

Lagi satu, sedih pasal dorang yang kurang ajar ni rata rata datang dari broken family.Mungkin depa nak tunjuk protes dengan berkelakuan samseng dekat sekolah. Lagi sedih bila dari segi akademik pun depa tak perform. Depa langsung tak ada kesedaran untuk berubah. Tak ada motivation. Datang sekolah just for the sake of attendance saja. Belajar tak mau.Sedih, sedih, sedih! Sepatutnya bila keadaan family macam tu, kita lagi usaha untuk berjaya. Usaha untuk bantu ubah nasib keluarga.Bukannya tunjuk samseng dekat sekolah. Tak kesian kat parents ke? Alahaiiiiiiii....

p/s: Mulut ni jenuh 'pedo' dari terkeluaq perkataan tak elok time brainwash 3 stooges tu.Hmpppph.Sabar je lah.

3 comments:

Anonymous said...

Bebudak tak makan saman ni yang payah. Kita marah teruk macam mana pun susah nak dengar. Tak hormat pun satu hal jugak.

a said...

sabor jek lah.. nak ketuk anak org.. hahaha.. dugaan jadi cikgu kan.. =)
In Shaa Allah, mereka akan jadi budak yg baik nnti.. pengalaman mengajar mereka.. ehh.. hehe

eDdY said...

menyirap aku baca apa yg ko tulis ni z@ck..tp tu la kan..xleh nak sentuh..kalo ikut hati..makan penampor budak2 tu..kurang hajar sgt..aku rase baek ko panggil budak2 tu..duduk dlam satu bilik..brainwash sampai nangis..jgn pukul..kalo setakat brainwash..xder kesan fizikal..tpi mkn dlm..hehe..aku ni mgm x pandai la mende2 camni..tp budak2 camtu mmg kena bagi skit..bru diorg tau langit tinggi ke rendah..haha..anyway z@ck..semoga ko kuat semangat n tabah..tu sumer dugaan dan cabaran.. (^^)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger