Online users

Follower

Tuesday, May 14, 2013

Ke mana kan ku tuju?

Alhamdulillah. Dah dapat surat lantikan tetap jawatan guru hari ni. I'm not expecting it to be this fast. Ingatkan tunggu semua zon dapat tahu result interview baru dapat surat lantikan tetap. Syukur alhamdulillah. Cumanya sekarang ni tinggal nak tunggu posting kat mana je lah. Tobat berdebar. Hari ni jugak aku pergi jumpa GB untuk inform pasal kontrak guru sambilan dah nak habis next week.Dia tanya nak sambung ke tak? Gila tak sambung. Mesti la nak sambung. Ada yang cakap 1 Jun dapat tahu posting. Aku tak berani nak ambil risiko tak sambung kontrak sebab takut 1 Jun tak dapat posting lagi. Huhuhu. So better sambung je dulu. If rezeki 1 Jun tu ada, minta batalkan kontrak.Susah apa.=P

Ikutkan hati, nak je terus minta kerja tetap kat situ. Tapi jadi malu alah dengan GB pasal dia pun tak ada tanya or offer untuk buat surat sokongan. Cikgu lain semua minta aku stay. Pasal kelulusan aku memang dah sesuai sangat dah dengan kekosongan cikgu kat situ. Dorang pun tak pening kepala nak kena rombak balik jadual once aku dah keluar.Tapiiii, tu laaaa.Tak reti aku nak tanya kat GB pasal hal ni. Huhuhu. Takut satgi dia kata memandai pulak nak minta lekat teruih kat situ. Pasal sebelum ni dia selalu cakap aku ni mungkin lepas ke Sabah Sarawak. Wuwuwuwu.Saja nak psycho aku.Even dah 3 bulan kat situ, aku still tengah mencari rentak nak ngam dengan GB. GB aku ni style cakap lepas. Kalau siapa yang tak tahan telinga tu, boleh terasa sampai menusuk ke kalbu. Gitu. Cikgu kat situ semua dah imun. Cuma aku ni kadang kadang terasa jugak bila dia cakap direct.

Hari tu sekali aku ponteng sekolah. A day after PRU sebab penat sangat. Kebetulan pulak time aku tak datang tu, cikgu lain pun ramai tak datang. Sampai 15 orang cikgu tak ada. PK jenuh atuq relief. Esoknya, pergi sekolah macam biasa, nak sign attendance. Bump into GB. Terus dia tanya pasal pa tak mai semalam. Aku pun cakap la penat jadi kerani mengundi. Dia soal siasat habis. Pukul berapa balik. Aku cakap 8.00 malam. Tau tak dia cakap apa? "Haii..takkan balik pukul 8 pun dah penat nak mai sekolah esoknya?" Zassssss.Menusuk ke kalbu oiiii. Dah la aku ni baru lagi kat situ. Kena pulak macam tu. Jatuh reputasi. Huhuhu. T__________T Sengih je lah. Malas nak menjawab balik. Hadap je la kena perli dgn dia.

Sebab kes ni jugak la aku jadi kurang selesa nak mengadap dia. Rasa macam teruk gila performance aku. Padahal aku ponteng sehari tu ja. Tapi hari ni bila dah jumpa dia, cakap pasal kontrak nak habis, dia pun layan elok ja. So, aku pun rasa lega. Fuh.

4 comments:

tifa anvar said...

Salam zack,
since u nie teacher blh x buat entri pasal sistem pembelajaran KSSR?? Kalau KBSR dh tahu sangt. KSSR nie dh x ade sistem peperiksaan kan??

JaJa'Z said...

Istilah poteng mana bleh zack kalau kita ni cikgu sbb if kita tak dtg, org lain kena ganti kelas kita.. Zack amik mc ke tak? If ada mc takpe.. Kalau saje2 tak mai mmg la salah dik ;)

eDdY said...

GB ni laki ke perempuan? pergi je jumpa..mana tau rezki dpt terus stay situ..senang skit kan :) anyway tahniada da dpt surat tu k

Sweetie said...

Saya doakan z@ck dapat posting kat area kawasan saya... dan mengajar di sekolah tempat anak-anak saya belajar dulu... sungguh!

"SELAMAT HARI GURU z@ck!

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger