Online users

Follower

Wednesday, May 8, 2013

Of being a polling clerk.

Ini kali pertama aku menjadi kerani pengundian atau dalam bahasa orang putihnya polling clerk di salah satu tempat mengundi di Alor Setar. Actually aku menggantikan tempat cikgu lain yang sepatutnya bertugas pada PRU tapi disebabkan dia ada masalah kesihatan, dia minta aku ganti tempat dia. Pucuk dicita, ulam mendatang. Disebabkan nak gain experience dan cari duit poket lebih, aku terima.

So, hari Jumaat dah start busy pergi MBAS untuk amik segala keperluan untuk hari mengundi. Dari sekecik kecik benda (pisau lipat) sehingga ke sebesaq besaq alam (jam dinding) kami kena tanda dalam checklist. Aku puji SPR tang sini pasal depa very particular. Nak pastikan semuanya berjalan lancar pada hari mengundi. So, after dah siap check semua barang, off we went to our school to setup bilik mengundi. Dari sini aku belajar banyak benda. Memang aku zero knowledge. Langsung tak tahu apa apa pasal susunan meja, kerusi dsb untuk mengundi. Aku hanya ikut arahan cikgu cikgu yang lebih senior.

Tiba hari mengundi, pukul 7.30 aku dah tercegat kat tempat mengundi. Waktu ni tak decide lagi siapa yang nak baca nama, siapa nak calit dakwat dsb. At first, KTM bagi aku tugas untuk cop dan koyak kertas undi. Tapi last last kena call out names people yang masuk mengundi. Kami jaga saluran 1. Saluran warga tua. Ada ejen pemerhati dari dua parti dalam bilik kami. Permulaannya, aku gugup. Tak tahu nak baca nama macam mana. First time la katakan. Sebab dalam list ada no siri, ic, nama, jantina, tahun lahir, lokaliti dll. Jenuh nak baca semua kan. Polis yang mengawal kat luar cakap just baca no siri dan nama orang tu ja. Tapi ejen pemerhati tak puas hati. Berapa kali dia tegur aku. Rasa down gila time tu. Baru kena tegur sikit dah rasa macam nak lari balik rumah.Hahaha. Ye lah. Ini berkaitan dengan nama SPR. Kang tak pasal pasal orang cop SPR tak reti buat kerja. Padahal aku yang ngek.


So, bila 2 3 kali kena tegur, akhirnya aku dah tahu keinginan sebenar ejen pemerhati tu. Dia nak aku baca no siri di kertas dan no ic dan nama pengundi yang tertera dalam IC. Dia nak tengok tally ke tak dengan list yang dikeluarkan oleh SPR. Time ni aku fikir ejen ni mesti nak cari salah SPR ni. Sebab ada sekali tu aku tersilap baca no siri dan IC sorang nenek ni.Dia bersungguh sungguh report kat KTM. Lagi lah aku cuak. Bila double check balik, aku yang salah sebut. Gila. Berpeluh ketiak aku ni haa. Pasal time tu atok, nenek, pak cik dan mak cik banyak tengah beratur kat luar tu. Tiba tiba terpaksa pause lama kat nenek ni pasal kesilapan bodoh aku sendiri. Tu la orang cakap. Manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan. Ye dak?

Awal pagi, energy tahap 100% lagi. Bila mai time tengahari, energy tinggal separuh. Lemau dah sorang sorang.Kami tak ada break. Kena gilir gilir makan dan solat. Time ni dah gilir gilir tugas dah. Merasa jugak la aku calit dakwat kat orang tua. Merasa jugak la aku cop kertas undi. Merasa jugak la aku jolok kertas undi dalam peti undi. Tapi most of the time, I call out their names. Bayangkanlah dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, duduk terperuk dalam bilik mengundi mengadap name list pengundi. Berpinar mata aku ni. Tu satu hal, suara pulak koi tak ada. I have called 307 names for that day.Kadang kadang kena repeat a few times pasal ejen pemerhati duk ralit tengok orang buang undi T______T Wuwuwu. Penat weh. Saluran 1 sesak time pagi. Kami buat conclusion, orang tua ni suka keluaq awai pagi mai mengundi. Yang saluran 4 (geng muda remaja) time tengahari baru sesak pasai baru bangun tidoq. Hahaha.

Depa bagi baju SPR. Malangnya saiz paling kecik ialah L. Makanya, saya macam orang mengandung.Tsk T_____T

Tepat pukul 5 petang, pusat mengundi ditutup. Time ni aku lari pi Asar dulu pasal nak start kira undi pukul 5.30 petang. Waktu nak kira undi, setiap parti hantar 2 orang wakil. So, total up ada 4 orang. Nervous noks nak kira undi. Bukan nervous nak tahu siapa menang tapi nervous nak kira kertas undi. Takut tak cukup. Takut ada undi hantu. We were supposed to have 307 ballots. So, aku dan Kak Farid kira untuk kotak Dun. Kira kira, ada 306 ballots je. Hah.Sudah. Pi mana lagi satu. So, double count. Rupa rupanya ada satu kertas terlekat antara kertas yang lain. Fuh. Lega.If tak, jenuh nak menjawab dengan ejen pemerhati. Kang kata tak telus pulak kan. Teeeet.

Bila habis kira ballots, baru boleh start kira orang pangkah apa pulak. Ini yang paling letih. Sebab kena angkat satu satu kertas tu kat pemerhati untuk depa tengok orang pangkah apa. Mujur la peti undi kami ni rata rata pilih BN dan PKR saja. Tough competition between these two. Parti Bebas lain tak sampai sepuluh pun undi. Pernah sekali, aku termasuk kertas BN ke dalam kotak PKR, terus ejen pemerhati interrupt, "Eh eh..silap masuk dulang tu!" Tersengih sengih aku sambil ambil balik kertas BN masuk dalam kotak BN. Itu la orang cakap. Manusia ni tak sempurna. Kadang kadang buat silap. Lagi satu faktor keletihan yang melampau. Kalau aku tahu seteruk ni kerja polling clerk, akan ku teguk redbull banyak banyak. Kasi boost energy sikit. Hehehe.

Jadi bila ada yang pertikai SPR tak buat kerja betul betul. Main kotor dan sebagainya, it hurts me because I am a part of them. Berkenaan isu dakwat kekal pulak, ramai yang complaint dakwat tak kekal. Perli baik punya kat FB. Bagi aku, tak perlulah nak mencari kesalahan orang lain.Sanggup pi tonyoh dengan sabun basuh pinggan nak bagi hilang jugak lepas mengundi kemudian upload di FB semata mata nak prove yang dakwat tu tak kekal. Nak juga cari salah SPR. Dulu, anda jugak yang minta PRU 13 dilakukan secara 'bersih' dan telus tanpa sebarang penyelewengan.Bila SPR buat dakwat kekal, pun kena kecam. Haish. Tok punya dakwat duk lekat lagi kat jari dia. Nak kata dia tak mandi, dia mandi. Nak kata dia tak basuh tangan, dia basuh tangan. Tapi dia tak ada la bersungguh macam anda yang lain. Hihihi.


Bagi aku isu kertas undi lebih tak wujud pasal dalam bilik tu ada ejen pemerhati dari pelbagai parti politik. Bersama dengan dorang juga ada senarai nama pengundi saluran itu. Pengundi pulak, bukan boleh suka hati masuk mengundi. Nama dipanggil secara kuat berserta dengan IC dan ejen jugak akan alert dan akan cross di salinan mereka. So, takkan timbul isu kertas undi terlebih dsb. Bila polling session tamat, KTM akan total amount pengundi begitu juga dengan ejen mengundi.Alhamdulillah, kami kira sekali saja peti undi dan depa sangat puas hati and PKR won against BN. Tak ada isu tak puas hati ke apa sebab itulah keputusannya untuk saluran 1.

Satu je cadangan aku untuk SPR. Untuk saluran 1, pastikan lebih banyak kerusi dan kerusi roda disediakan. Sebabnya kesian kat warga emas yang terpaksa berdiri lama untuk tunggu turn nak mengundi. Sakit lutut dan macam macam sakit depa ada. Kesian pulak aku tengok. Tapi sangat bagus depa ni pasal masih lagi tunaikan tanggungjawab untuk mengundi walaupun dah tua.The oldest yang datang mengundi umurnya mencecah 90 tahun. Hebat tak hebat tak?

Dan aku tak larat nak gelak dengan ragam depa yang pelbagai. Ada yang minta calit sikit ja dakwat tu. Ada yang tanya boleh bawa solat tak. Ada yang terkejut tengok dakwat tu. Ada yang lepas calit dakwat, terus lap dengan tisu. Hahaha. Macam macam. Tak larat gelak. Ada yang sesuka hati masuk dari pintu exit terus melulu ke arah aku. Ada yang salam dengan ejen pemerhati, sembang kuat macam kat warung dan macam macam lagi. Tapi dimaafkan sebab mereka warga emas yang sangat comel perangainya. Tak sanggup nak marah.

Itulah serba sedikit coretan sempena PRU 13 kali ni.

9 comments:

cha said...

you did a good job zack! kalau ada yang tak puas hati lg kata tak telus la apala next election suruh depa plak jadi petugas kan haha

Asfan Ash said...

ni pun ada org cakap xtelus. sedih aku

kalau dakwat tu senang gila tanggal, pegila undi lagi sekali utk parti pilihan hampa tengok boleh ke x.Ini tak, memekak kt fesbuk

tak logik betul lol.

btw tahniah sebab jalankan tanggungjawab :)

faizalnizam said...

itu pengalaman yang mahal berpeluang bertugas dengan spr. bagus bagus.

eDdY said...

penat nye..aku baca pon terasa penat tu..huhu

anna hashim said...

PROUD OF YOU GIRL! :-)

oshinz said...

wow sangat priceless experience. bagus zack atas penerangan panjang lebar ni.

Unknown said...

Salam zack,
baru ku tahu betapa susahnye keje org spr nie ye

lady lavender said...

pengalaman yg tak semua org dpt rasa.

p/s: suka dgn ayat last : warga emas dgn perangai yg comel, tak sanggup nak marah :-)

shaty said...

ramai juga bila dah sekali bertugas untuk SPR ketika hari Mengundi, terus tak mau dah bertugas selepas tu. Antara sebabnya .. mentally tired bukan setakat physically saja. jadi petugas tak boleh sengih lebih-lebih, apatah lagi bergelak ketawa berbual mesra dengan pengundi dan sesama petugas. Kerena pemerhati parti juga memenatkan jiwa. Tapi mereka bukan nak cari salah kita sebenarnya. Mereka nak pastikan kita dan SPR khususnya TELUS dalam melaksanakan tugas. Especially pemerhati dari pihak lawan. memang penat bila terus terusan bekerja dari jam 8 hingga 5 petang dalam keadaan tak boleh bebas ! Tapi petugas BERJAGA sebenarnya awal lagi dari jam 8. Sesudah subuh petugas sudah kelam kabut ke tempat mengundi untuk bertugas. Kalau tempatnya dekat .. mujur. Kalau jauh ? Bergilir makan dan solat .. juga memenatkan. Pendek kata .. untuk mencari dan merasa pengalaman bertugas sebagai pembantu SPR .. memang berbaloi. Tapi kalau nak bertugas setiap kali hari mengundi; kena fikir dua tiga kali. Melainkan terdesak nak cari duit :)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger