Online users

Follower

Sunday, September 22, 2013

Kalam Jamaie

Lama tak update blog. Pasal kuota internet dah habis. Aku amik plan Maxis yang 4 gig peak hours 4 gig off peak. Yang peak hours tu la yang dah habis. So, sekarang ni nak online kena tunggu time off peak (2-8 pagi). Memang idok sempat la nak update time weekdays. So, banyak benda jadi this week. Ujian SEGAK, Latihan Kebakaran dan Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan. Semalam pulak, aku bawa budak pergi pertandingan Kalam Jamaie kat Felda Redong. It was my first time drive jauh dalam area Segamat ni. Hahaha. Sekolah ni punya la ke dalam nya. Felda kan. Tapi kawasan felda ni bagi aku menarik dan cantik.

Before bertolak. Sesi grooming budak budak. Hahaha.

Actually aku bawa budak pergi sebab dorang tak cukup kereta. Cikgu lain semua dah ada family. Payah sikit nak keluar time weekend.So, dia tarik yang single. Kalam Jamaie ni choral speaking in Arab. To be frank, aku sepatah haram pun tak faham apa yang depa duk choral kan. Mujuq la ada tukang translate sebelah aku merangkap housemate baru aku tu. Dia budak j-qaf. So, setiap kali peserta choral speaking, aku suruh dia cerita pa ke bendanya depa duk cakap tu. Yang aku faham "sohih sohih sohih" ja. Favourite phrase contestants. Tabik la aku kat orang tahu bahasa arab ni. Advantage gila kalau pergi tanah Arab. Malu pun ada sebenarnya sebab sebagai orang Islam, sepatutnya kita pun kena fasih bahasa arab ni.

Cute minions. Hehehe.


Baju dorang dari head to toe ustazah yang buatkan. Custom made tau. Gigih betul menjahit dress tu. Even brooch and inner pun ustazah tu jahit sendiri. Pakai tangan pulak tu. Dia suka benda benda macam ni. So, ngadap sehari suntuk pun tak apa. Paling aku kagum brooch tu la. Kreatif. Rupanya senang ja nak jahit brooch kedut kedut lagu tu. Cuma kena tahu teknik dan cara saja.

 Antara sekolah yang bertanding. Macam macam costume ada.


 With le new housemate merangkap translator of the event. Hehehe. 

Kitorang perform nombor satu. Tangan siapa la yang bertuah sangat time cabut tu. Mujur la budak budak ni cool ja. Langsung tak gugup. Senyum ja all the time. Unfortunately, we did not win. Semuanya hebat hebat belaka. Don't worry kids. Next time cuba lagi. Event habis pukul 1.30. Terus aku pecut balik sekolah. Budak yang naik dengan aku dah macam mak cik mak cik dah. Bila aku brek mengejut, "eh eh" tak henti. Aku pecut sebab ngantuk. Nak cepat sampai rumah.

Sampai rumah, terbongkang tidoq sampai pukul 7 malam. Gila tak? Burn one day weekend aku. 

6 comments:

ada mokhtar said...

alolo kiut habis budak-budak ni. sekolah i tak hantar wakil pun. last minute punya pasal..

eDdY said...

z@ck..mana gambar dak skolah ko time diorg perform? anyway mmg kiut miut diorang ni..hehe

shaty said...

this is one interesting part out of many ... being a teacher in primary schools. Looking at the young students .. their cheerful face etc .. not just qute and adorable but also inspiring.

aziekz said...

oo..mmg syok tgk coral speaking version Arabic ni..

Sek kami wakil negeri utk dikir bar at dalam bhsa Arab..to sayangnya selalu tpt kedua,,,Dan sayagnya pertandinga ni I tiada peringkat kebangsaan..sepatutnya perlu Ada,,,bru tersebarnya kehebatan murid rendah berbahsa Arab,,,

Choi,,.apapun taniaah..

kasih said...

Kalam Jamaie ni x dak peserta lelaki ke?

Sweetie said...

Z@ck! lawa z@ck sekarang... makin berseri dan nampak muda. mcm budak sekolah form 5... sungguh!

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger