Online users

Follower

Monday, September 23, 2013

Tampal gigi

Benda ni jadi minggu lepas. Baru nak cerita. Aku makan keropok lekor, tiba tiba aku rasa something wrong dengan geraham atas aku. Rasa punya rasa, eh eh dah makin teruk pulak lubang tu. Gigi aku dah berlubang lama dah. Cuma aku malas nak pergi tampal sebab lubang dia sikit ja. Plus, tak sakit. So, lagi la buat aku malas nak spend duit pergi tampal. Tapi this time, lubang dia dah dahsyat. Aku yang naik risau. Even tak sakit, aku takut dia makan gigi aku sampai habis. At the end, kena cabut terus which leads to hilang satu geraham yang akan buat aku senyum tak cantik. Hahaha. Nampak permainannya disitu? My main concern is takut senyum nanti tak lawa. =D Bukan sebab susah nak kunyah makanan ka apa. Choiiiii.

So, riki riki la kat housemate kat mana dentist area Segamat ni. Kebetulan dia pun baru ja few weeks pergi cabut gigi kat dentist. So,aku pergi tempat yang sama la. Klinik Pergigian Low. God knew how I felt that time.Aku ni banyak bad memories dengan dentist. Tambah tambah dentist kerajaan. Dulu time kecik kecik, gigi aku rongak. So, everytime dentist datang sekolah, mesti aku kena panggil. Tampal gigi sentiasa. Haish. Sampai naik trauma la aku dengan jarum dan drill dia tu. Kali ni aku pergi dentist private. Saja nak bazir duit. Haha.


Asalnya nak suruh doc check dulu condition geraham aku tu. Sebab tanya orang kaunter kalau nak cabut gigi or tampal gigi RM 55 per tooth. Tapi harga boleh jadi lagi mahal depends on difficulty of nak cabut gigi tu. Aku bajet RM 150 ja. So, after check, doc cakap boleh tampal. Tak perlu cabut. Lega gila rasa time tu. Lepas ni senyum still full gigi. Hahaha. Time dia drill lubang nak kasi cuci tu, ngilu teramat tapi tak sakit. Aku pun pelik kenapa tak sakit. Sebab time kecik dulu buat sakit sampai 'teghebit' ayaq mata. Kali ni buat, aku steady ja. Mungkin faktor usia yang sudah meningkat tua membuatkan aku tidak lagi gentar berhadapan dengan dentist. Cewah.

Dentist ni cina. Lelaki. Dia perosah gigi aku with bare hands weh.Aku tak kisah pun tapi aku pelik dia tak geli pulak pegang gigi aku dengan tangan dia tak berlapik. Dengan ayaq liuq aku bertakung dalam mulut tu sebab nganga lama sangat.Gila kentang betul dentist ni. Agaknya dia dah lali kot. Yo lah. Tiap tiap hari duk ngadap gigi. Sampai naik jemu dah. Buat tak sampai 30 minit, siap. Melayang RM 110 sebab lubang geraham tu dah merebak ke another geraham. Lepas ni kunyah makanan tak da la melekat lekat lagi kat gigi tu. Even sampai sekarang ni pun aku nak kunyah makanan kena slow slow. Tak biasa dengan tampal tu lagi. Rasa pelik.Duk besa lubang.Haha.

Rasa rasa macam nak pergi lagi kat Dr Low ni nanti. Nak kasi cabut gigi tunggul pulak. Siap duit laaaaaa.

7 comments:

shaty said...

as salam ... FYI, private dentist ngan klinik kerajaan memang ' uncomparable':).. not saying that yang govt teruk tapi ' ubatnya' murah ... ( that's what my sis yg keja di hospital kata lerrr ) so tak sama dgn yg private nyerrr. Sy pun phobia dan trauma bab merawat gigi ni sebab pengalaman yang dilalui di klinik kerajaan dan juga private clinic. Tapi Alhamdulillah .. akhirnya saya jumpa satu klinik yang serasi. Kalau awak balik Kedah dan nak buat gigi ( cabut ke .. tampal ke .. asah ke .. :) boleh try this clinic .. Dr Lee di Tanah Merah, Bnd Baru Darulaman .. dekat dgn pejabat Darulaman Realty. A Chinese lady .. kecik je orangnya tapi cukup gentle .. esok-esok awak ada anak boleh bawa ke klinik dia juga .. memang sure anak awak tak nangis nya.Harga rawatan of course lerr .. paling murah RM50 .. kalau ' kronik' yakni melibatkan pembedahan kecil ker .. sedialah ratusan ringgit. Tapi bagi orang yang ' phobia dan trauma' tak tahan segala berbagai .. kenalah sedia mengorbankan RM lebih sikit:) .. Ubat kebas nya memang class .. langsung tak rasa bibir kita mengembang macam bibir Negro. Malah tak rasa langsung keKEBASannya .. :) tapi memang kebas sebab bila dia cabut, tak sakit langsung. So u can try ...

Nana Aris said...

Salam,

saya memang fobia dengan dental clinic gov..sebab saya penggeli so bila kasar-kasar tu terasa nak muntah..dengar macam mengada-ngada kan..tp tu cerita benar..hehe

btw kalau berminat dengan supplement from Shaklee, saya ada buat promo ESP Shaklee..do visit my blog ye
http://ainasuraya.blogspot.com/2013/09/promo-shaklee-esp.html

thanks!

eDdY said...

sampai la ni aku takut dentist...haha..xtau la knapa..padahal xder apa pon sbnr nye..haha

tifa anvar said...

Ade jgk experince ddk dlm blik dentist selama 3jm hanya buat 'root canal treatement'

fatin fasihah said...

eh betol la dulu time kecik2 sangat taknak tampal gigi sebab sakit.kalau kena panggil dgn nurse time sekolah sampai sanggup la menipu kata dah buat apoitment dgn klinik swasta. Tapi memang bila dah besar ni g klinik swasta tak sakit lgsg. just nyilu la.

Amy Duan said...

samalah. saya pun dulu fobia. Tapi dah jumpa doktor gigi yg memahami. Dia explain setiap tindakan dia supaya aku tak takut. Kalau gigi anak (6 tahun) RM30, gigi dewasa RM50. Kat Pura Kencana Sri Gading Batu Pahat, Johor. Anak pun tak nangis masa doktor gerudi. Alhamdulillah.

Jas Elegant said...

Hi. Nak tanya sikit la, adakah rasa sakit gigi geraham anda tu lepas tampalan berlaku? Boleh kongsi sikit cerita... :)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger