Online users

Follower

Sunday, September 15, 2013

Move

Fuh. Dah selamat pindah bilik. Nak dijadikan cerita, rumah ni ada satu bilik kosong yang mana lebih kondusif. Ada sistem pengudaraan yang proper dan toilet sendiri. So, akak housemate suggest la pindah bilik situ since in two days ada orang nak masuk menyewa bilik yang kosong kat rumah ni. Mula mula pikir malas nak pindah bilik. Malas nak mengangkut barang, malas nak kemas bilik dan malas. Kunci utama, malas. Tapi bila difikirkan balik, rugi kalau tak pindah bilik tu. Sebab bilik tu macam lagi 'superior' dari bilik aku. Mana aci housemate baru naik takhta terus. Ye dak? Dasar busuk hati betul. Kahkahkah. So, pindah jugakla ke bilik baru. Thanks to akak housemate sebab tolong angkat katil dan meja study. Kalau aku sorang, memang tidak berdaya I tell you.


 So, in two days time, we'll get a new housemate. Hopefully, we will be able to get along well. Hidup menyewa sama sama ni tak selalunya indah. Cewah. lain orang, lain caranya. Kalau dapat hat style baguih, tak berkira bil api ayaq, ke-lia. Kalau dapat hat gila berkira, tu yang tak berapa nak syok tu. She will be posted in my school. Umur 25, so that makes me adik to her. Still the youngest in that school. Hahaha.

By the way, One Stop Superstore buat sale. Barang semua buy 1 free 1. If beli satu, half price. Gila tak membuntang mata aku masuk kedai tu. Kedai dia macam DIY jugak. Banyak benda comel dan obviously, way cheaper than the other store. Tuan blog tak pi kedai hat mahai mahai. Kita sedaq kita sapa. Hidup makan gaji tak senang tegha' mana pun. Kekekeke. Plush toy dia jual RM 2 ja. Semalam aku dah tengok. Ingat nak beli satu letak dalam kereta. Tapi letak balik sebab rasa membazir. Even it is RM 2. Tak mahal mana pun. Balik rumah, terbayang bayang pulak plush toy tu. Haish. Umuq 24 pun still gila plush toy.

Rasa rasanya, macam nak kena pergi lagi je kedai ni. Muehehehe.

5 comments:

Anonymous said...

teringat kata-kata Mat Gebu.

Biar menyesal beli,
Jangan menyesal tak beli.

:P

P beli lekaihhhh..

eDdY said...

patut nye z@ck..ko g beli dulu..pastu bru menyesal..tpitime menyesal tu barang tu da ader..haha..jdi xder la menyesal sgt..wahaha

shaty said...

awat masa masuk dulu, penyewa pertama tak bagi bilik SUPERIOR tu ?? ishkk ., mujur awak pindah juga .. saya suka tang BILIK AIR SENDIRI tu ... and of cos the room is more spacious kan. Master bed room. I prefer a big room and it makes more happy when there is an attached bathroom.

tifa anvar said...

Untung badanlah zack masuk je few months dh blh ddk bilik sndr. Baik hati jgk ur housemate let u stay kat that room

Irfa said...

kalau akak masuk kedai macam tu pun x sedar terbeli benda tak hapa2.hihi

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger