Online users

Follower

Monday, September 9, 2013

Nom nom nom

Cerita pasal makanan pulak la. Kata kuat makan.


Khamis malam Jumaat, ada solat hajat kat sekolah sempena UPSR. Dorang jamu makan nasi ambang. First time aku jamah nasi ni. Not bad. Cumanya, aku tak usik mee. Sebab perut tak boleh terima gu nasi dengan mee. Yang lain, clear masuk perut. Aku tertanya tanya jugak asal usul nasi ambang ni. Kenapa combo dengan mee? Lepas tu ada macam serunding nyioq. Ada ikan kering. Bila gu sekali, eh sedap pulak. Tapi not with mee definitely. Tak boleh terima oi. Kalau aku boleh improvise nasi ambang ni, aku takkan letak mee. Hahahaha. Sesuka hati ja nak improvise makanan jawa.



Petang Jumaat pulak tetiba terasa teringin sangat nak makan spageti. Malas nak makan kat kedai sebab sensorang. So, pergi Nirwana beli bahan. Ketung ketang kat dapur, siap. Aku buat banyak. Sampai ke hari Ahad tak habis lagi makannya. Tapi takpa, aku suka. Ulang makan banyak kali pun aku tak jemu. Nyam nyam. Sedap oooo.. Choiii..Puji masakan sendiri. Hahaha.

Ala..senang je nak buat spageti. Tak susah pun. Aku belajar buat ni dari Khai. Sampai sekarang la kalau masak spageti ni, mesti teringat kat dia. Sifu masakan.

5 comments:

shaty said...

Johor memang ramai BANJAR .. so tempe dan nasi ambeng tu .. very common lah. Lontong dan sayur lodeh pun sama. Kalau tekak jenis versatile .. Alhamdulillah. Boleh hidup !! :) Pertama kali jumpa nasi ambeng saya trasa pelik juga sebab ada mee. Samalah saya pun tak minat .. mee goreng mamak je saya makan. Mee dia masak simple je ... tak de lah diletak udang ke ayam ke sotong. Sayur pun tak ada. Mee kosong je. Tapi sambal kelapa tu ok. Saya biasa makan nasi ambeng dalam talam ... Nasi di letak setimbun kat tengah talam dan di letak le ayam sebelah di atasnya. Di atur le sambal kelapa, mee goreng, sambal/sayur jawa ( tak pasti pula namanya tapi ia bergoreng dah agak berminyak. bahan utama : tempe; sohoon, fucuk dan hirisan ayam. Ada juga letak hati ayam .. memang a bit oily )

suezen said...

choiii puji masakan sendiri..hahahhaa....oklah tu....sape lg nk puji masakan kiter klu bukan diri sendiri kan....

Unknown said...

dari kecik da terbiasa makan nasi ambeng ni, so takde rasa pelik makan mee ngan nasik..

husband saya makan nasik lemak ngan kuah laksa.. saya pulak yg tak boleh terima..hahaha.. macam2 gaya pemakanan..

eDdY said...

nasi ambeng..aku suka..makan jer sumer..x kisah pon..mee pon aku selamba makan.. :)

Unknown said...

Prnah gak beli nasi impit kuah lodeh die cmpr skali ngan mee goreng. Hehehe

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger