Online users

Follower

Monday, October 14, 2013

Cerita telinga.

Bismillahirrahmanirrahim.

Fuh. Lama bebenor tak menulis kat sini. Sorry to keep you waiting. Itu pun kalau ada yang tertunggu tunggu la entry terbaru aku. Haha.Bajet Hanis Zalikha betul. Puii. So, banyak benda terjadi sewaktu aku tak update blog ni. Dan benda tu effect mood aku untuk update blog. Dengan kerja pentadbiran sekolah yang berlungguk, dengan masalah kesihatan aku sendiri, terus lupa kejap kat blog. Rasa meluat nak buka blog sendiri. Sampai tegha' tu la effect dia.

Semenjak aku datang Segamat ni, kesihatan aku macam tak menentu.Kejap okay, kejap tak okay. Dulu cukup susah nak sakit ni. Sekarang bila dah start kerja, sakit tu selalu pulak. Mungkin sebab stress kot. So, effect habis satu badan. Balik dari camping hari tu, aku makan tauhu sumbat kat kantin sekolah. Balik rumah, perut rasa tak sedap. Banyak kali aku ulang ke toilet. Cirit air. Aku dah rasa something wrong dengan badan aku ni. Tiba tiba pening, rasa nak muntah. Lembik satu badan. Sebab tak tahan sangat, aku telan painkiller. Terus muntah menjejeh jejeh. Lega terus lepas tu. Aku tanya cikgu sekolah yang makan tauhu sumbat tu, sorang pun tak ada yang muntah macam aku. So, aku suspect perut aku tak boleh terima tauhu sumbat. Or maybe badan aku still penat effect camping. Itu satu hal.

Lepas balik camping, aku dah rasa telinga aku ni macam something wrong. Rasa macam banyak je taik telinga tapi bila korek guna cotton bud, tak ada pulak taik yang melekat kat situ. Pelik. Tapi aku buat bodo je lah. Fikir perasaan aku je kot. Tup tup minggu lepas, telinga aku jadi kurang dengar. Rasa berdengung macam masuk air. Lama pulak tu. Tonggeng kepala, takut takut ada air masuk ke apa. Tapi still the same. Lagi lah bertambah pelik. Disebabkan kerja, aku tangguh pergi jumpa doktor. Balik sekolah dah penat terus tidur. Petang dah malas nak keluar rumah lagi.

Sampai la satu masa yang aku rasa dah tak boleh nak tolerate lagi dah telinga aku ni. Ganggu kerja aku kat sekolah.Ye lah. Kerja cikgu. Kena bercakap all the time. Kena bagi respond kat budak. Masuk meeting, kena pakai telinga untuk dengar butir butir mesyuarat. Bila tak berapa dengar ni, jadi tak syok la. So, aku pergi klinik. Lepas check, doc cakap telinga aku ni dah jadi impacted wax. Dalam bahasa mudahnya, taik telinga mengeras dan dah block gegendang telinga aku. That's why aku rasa dengung all the time. Gelombang bunyi terhalang oleh taik telinga aku tu. Lagi satu, doc cakap taik telinga dah banyak. Aku bangkang doc. "Tapi doc, saya selalu korek telinga.Macam mana pulak taik telinga saya boleh banyak lagi?" "Ye, saya tahu. Tapi awak dah tolak taik telinga awak tu masuk ke dalam lagi. Bukan bawa keluar. Awak pakai cotton bud kan? Sebenarnya tak elok pakai cotton bud ni." Ada hati tu nak melawan doc. Hahaha.


So, doc bagi ubat titik dulu untuk cairkan taik telinga.Dekat seminggu jugak aku terseksa, sakit tengkuk sebab asyik teleng kepala untuk titik ubat telinga. Dah la dua dua belah telinga.Huhuhu. Dua kali aku ulang pergi klinik tu untuk check taik telinga cair ke tak. Bila kita titik ubat telinga tu, dia akan jadi bertambah dengung sebab masukkan liquid kan dalam telinga. Dia buat aku jadi tak selesa. Rasa macam pekak weh.Serius. Banyak round jugak la aku menangis sorang sorang dalam bilik mengenangkan nasib telinga dengung ni. Sendu ja.Ikutkan schedule, Rabu ni baru pergi check up pulak kat klinik tu. Tapi aku dah tak tahan. Dah la Rabu aku start kursus. Gila apa nak pergi kursus dengan telinga tak dengar sebelah.

Sampai suku botol aku titik. Tak cayaq jugak, tak tau lah.

Makanya pagi tadi aku pergi klinik kesihatan. Mind you sebelum ni aku pergi klinik swasta. Cekau bukan main lagi duit aku.Umat manusia sangatlah ramai. Bila ramai ramai ni, orang kiri kanan bercakap, dengan telinga aku tak berapa nak dengar, rasa macam bising sangat. Aku nak tunggu nurse panggil nama aku pun aku tengok gerak bibir dia. Dengar sayup sayup ja. Sadis betul.Huhu.Masuk check up room, aku pun cerita la balik dari A to Z pasal telinga aku kat doktor. Mujur doc perempuan. Lepas tu dia suruh aku pergi bilik lain untuk kasi cuci telinga aku ni. Yang cuci telinga aku is MA lelaki. Hmph.Segan oi. Sebab masalah taik telinga keras.Nampak macam pengotor sungguh anak dara sorang ni T______________T  Lucky he was not showing any sign of disgusting in front of me. He treated me so well.

Meh nak cerita proses cuci telinga. Actually tak sakit pun. Sebab method yang digunakan ialah teknik semburan air. Dia guna syringe yang besar then dia akan picit air tu ke dalam telinga kita. Langsung tak rasa sakit. Tapiiiiiiii bila dia tolak syringe tu masuk ke dalam lagi, the pain comes. Tak lama.Kejap je rasa sakitnya. Sakit tu sebab pressure kuat kat gegendang telinga sampai kita rasa berpinar. Baru buat sebelah telinga, aku dah tumbang. Pening lalat. Terpaksa baring kejap sementara dia nak continue sembur lagi. Tapi feeling bila kita nampak taik telinga tu keluar, pergh...rasa bahagia sangat. Bila dapat dengar suara MA dengan jelas, rasa bersyukur sangat. Sebab aku ni style yang suka fikir ke depan. Terlalu ke depan. Takut telinga tak boleh dengar terus la, pekak la, apa la. Huhuhu. Aku puji la sikap doc and MA sini. Dorang buat kerja kemas. Tak buat kerja sambil lewa. Selagi tak cuci telinga aku, selagi tu la dia teropong dan sembur air sampai betul betul cuci. Thank you so much abang MA.

Dah setel tu, doc bagi ubat antibiotik dan ubat gatal pasal dia kata ada fungal kat telinga kiri aku ni. Tapi fungal tu akan hilang bila kita telan ubat.Hopefully la.Sekarang ni aku dapat mendengar dengan jelasnya.Terlalu jelas sampaikan bunyi air jatuh atas lantai pun dengar tajam ja. Macam dapat telinga baru. Hehehe.

Sebagai penutup. Ecewah.

Panjangnya entry kali ni. Heehoheeho.

8 comments:

Unknown said...

Hi zack, huhuhu... Sedihnye bc entri nie. Anywy segalanye brakhir dngn baik. Btl llah kata doc tu, x elok guna cotton bud(hei.. Sapelah bjak pandai sangt cipta cottn bud nie)

eDdY said...

mmg aku tunggu post ko ni z@ck..hehe..doktor ckp x kena continue guna ubat cair taik telinga tu? sbb aku takut pasni jadi lgi camtu..apa2 pon..syukur sumer da ok :)

suezen said...

hamboi penutup letak muka ang...yoolaa...hahaha....x leh blah intro entry...budget hanis zalikha...hahahahha

Irfa said...

akak suka pakai yg pengorek besi tp org kata berbahaya..tp kalau pakai cotton bud mcm tak puas gitu..pasni bolehlah akak cakap cotton bud pun bahaya sbb boleh buat taik telinga masuk kedalam ;)

shaty said...

as salam
1) At Last .. muncul entry terbaru. Puas jg le dok terjah mai, hampa :(

2) Pasal stress .. betoi .. boleh mendatangkan penyakit lain. Kena belajar kawal stress.

3) Elak terlalu kerap makan PANADOL kerana kesannya ambil masa 5 tahun utk hilang dari badan

4) Citer COTTON BUD tak bagus di gunakan memang satu fakta. Berhati-hati especially yang jenis MURAH sebab kapasnya dari BAHAN RECYCLE dan keduanya ia tak kemas. Boleh tertanggal di dalam telinga. Saya dah alaminya. Puas di cuba korek keluar .. I makin ke dalam. Try guna CLIPPER ( ntah betoi ke tak nama alat tu :) ) yang macam kita guna di science lab tu ... tak nak juga keluar. Last-last gi KLINIK ! MALAYSIA sebab nak free dan hari tu ..Jumaat. Nak tergelak juga .. bila masuk bilik .. MA Tanya sakit apa? Selamba je saya jwb .. Putik kapas tertinggal dalam telinga. Berderau juga rasa .. melihat dia buka satu kotak dan keluarkan alat. MIND u ... kejab je pun. Tak sampai 3 minit SELESAI. Hahhh ... kalau ke klinik swasta .. senang-senang je dia pungut
15 - RM20 !!

5) Bab telinga tak dengar atau dengar sebelah ni .. memang satu pengalaman baik utk awak. maka dapatlah merasa betapa sunyinya hidup orang PEKAK kannn ? Saya juga melaluinya. Terpaksa tengok gerak bibir utk faham apa org cakap.

SO THE MORAL OF YOUR STORY IS ...
a) bersyukur tika kita sihat
b) jangan pandang mudah bila kita sakit atau tak sihat walaupun minor je sakitnya
c) JANGAN TAKUT PERGI HOSPITAL atau KLINIK KESIHATAN . Yang penting yakin dan SABAR
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Unknown said...

Saya pernah terjadi sakit kebetulan pada malam nie .. Ptg td saya korek telinga .. Then perasan ade sakit ckit .. Lepastu malam tu tak leh tido sebb terasa skit yang amat .. Tak tenang nak tido .. Berguling jgak la .. Lepas nie xnak korek dah telinga .. Sakit .. Sob sob sob :'(

Fizah said...

Akak nak tanya. So akak pakai ubat titis selama seminggu then pegi buat ear syringing jela. Terus dgr. Akak takde buat suction.

Pusat Penjagaan Telinga Segamat Dr Aqmal said...

Pusat Penjagaan Telinga Segamat Dr Aqmal

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger