Online users

Follower

Friday, December 13, 2013

Tenggelam timbul

Halllluuuuuu... Gila! Dekat 2 bulan tak update blog. Bukan menghilang, ku masih bernafas di sini. Balik kampung jadi malas nak buat semua benda. Kalau boleh, nak tidur, makan, jalan jalan perabih duit. Bab keja memang tolak tepi. Tak tau la pasaipa mood nak update blog seolah olah hilang sekejap. Bukan tak ada cerita nak update. Banyak cerita tapi malas nak taip kot. Boleh macam tu? Hahahaha.

So for those yang follow insta or kawan kat FB tu mungkin tahu kot perkembangan aku. Baru seminggu balik dari bercuti di Sabah. Best ooo.. Nanti eh aku update ( bila tak tau nak update. Hahaha) Pergi bertiga dengan Kema dan Elin. Geng bujang yang tinggal. Haha. Adawiah dan Wan Z dah payah nak hoya hoya. Masing masing dah kahwin. Si Ada with her new babyborn, Rania. Si Wan Z with her early stage of pregnancy. Muntah muntah loya segala. Tinggal la kami yang membujang ni travel sesama.

Ni baru balik dari servis kereta. Kena sampai RM203.21. Puaih hati I. Huhu. Ni la lumrah hidup. Keja untuk kelangsungan hidup. Bayaq tu bayaq ni tinggai berapa ja untuk diri sendiri. Haish. Minggu depan dah nak balik Segamat. Stress. Orang lain pakat start meeting 23 aribulan. Aku ni kena balik awai sebab kena bertugas kat sekolah.2 hari berturut pulak tu. Langsung tak kasi chance orang jauh skip tugas. Sekolah aku ni admin no mercy sikit. Tak kira hang duk utagha ka sabah sarawak ka, tugas tetap tugas. Langsung tak ada budi bicara langsung. Sabar jelah. Dah balik untuk bertugas, takkan nak patah Kedah balik kan? Lekat kat sana teruih la. Nak balik kampung bila pulak, cheq tak tau. We'll see.

Liat gila nak siapkan key in SPS. Tengok, kalau update blog, mesti duk mengeluh pasai kerja ja. Bosannyaaa...hahaha.

Nanti aku update lagi noh. Bye!

4 comments:

eDdY said...

tu la weyh..lama betoi x update (cakap org..padahal aku sendiri pon da berapa lama x update..huu)
best la die dpt g jlan2 time cuti..hehe..nnt citer la pasal g sabah tu..hehe :)

Sweetie said...

Camtulah keje z@ck!... depa saja buli hang tu! hehehe...

Fatin Aliyya said...

dh nak balik johor? safe journey kak firah :P

nnt update vacation kt sabah naaa. tgok gmbr2 kt fb cantik2, teruja pulak nk pi kalo ada rezeki.

ritu pi nz jumpa kak kema. terkejut sbb sblm tu dia update cerita dkt sabah tup tup jmp di welly. hehe :)

k, slmt mjlanakn tugas kakak :P

twinscraftlife said...

안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger