Online users

Follower

Tuesday, January 14, 2014

Sabah trip : Rumah terbalik, Jambatan Tamparuli.

Selamat menyambut Maulidur Rasul kepad semua umat Islam.

Hari ni cuti so ada time nak jenguk blog kejap. Sambung cerita Sabah.

Kitorang sampai Sabah around 1 petang. Syam, our tour guide dah tunggu kat airport. Memula aku tak tahu yang Syam ni actually husband Fina. Macam macam soalan aku tanya dia.

"Macam mana boleh kenal Fina?"
"First time ke jadi tour guide ni?"
"Kawan Fina eh?"

Syam tu pulak angguk angguk je.So, aku memang ingat dia tu kawan Fina. Sekali Fina message cakap "If nak singgah mana-mana, just inform my hubby ya". Noooohhh..Malu cheq. FYI, kitorang pergi under private tour guide. Asalnya aku tanya Fina untuk homestay je. Lepas tu dia offer pakej ni. Sorang bayar RM 600 untuk accomodation (2 different lodgings), transportation, entrance fee, minyak excluding makan. Bagi aku murah pasal kitorang pergi merata tempat. Stay for 5 days 4 nights. KK, Ranau, Kudat, Kundasang. Dan setiap tempat jaraknya boleh tahan jauh. So bayaran tu banyak habis kat minyak. Kalau nak sewa kereta, lagi kapak. Sehari around RM 150 untuk sewa saja tak termasuk minyak. Kitorang bertiga je. So, do your math. Memang jimat banyak pergi under pakej Fina ni.

Sebelum pergi Kundasang, kita singgah makan dulu.Syam bawa kitorang makan kat Sinario Cafe 2. Since dah lama pergi aku dah lupa kat mana exactly tempat ni. Hahaha. Dia jauh sikit dari town. Since we're heading to Kundasang, so we stopped by here to eat. Aku ni hantu ikan keli sikit. So, I chose pecel lele. Rasanya, pergh! Sedap ooo. Nama tempat lupa tapi rasa pecel lele tu takkan ku lupa sampai bila bila.Ecewah. Sambal dia memang killer la.

 Kema's

 Tuan tanah kedaung dengan pecel lele nya.

 Elin dengan asam pedasnya.

 Tak kenyang makan nasi, pekena pulak pisang goreng cheese. Pergh! Sedap gila. Mak cik ni goreng pisang panas panas pastu taruk cheese. Leleh beb, leleh....


In front of Sinario Cafe 2. Rasanya kedai ni banyak cawangan kot. Sebab tu ada 2 kat belakang. Cawangan kedua kot. Apa pun, great food and friendly people. Dorang tau kitorang ni orang Semenanjung. Amik order pun nak cakap Key-ell. Pui..Hahaha.

Dah sudah makan, moh le kita ke Kundasang. On the way, kitorang singgah rumah terbalik. Tak masuk dalam pun sebab Syam cakap tak ada benda best pun. Lagipun, dorang tak cover entrance fee ni dalam pakej. So, kitorang amik gambar dari luar je lah. Itu pun amik curi curi sebab dah ada yang memerati kegiatan haram kami ini. Hahaha. Tangkap sekeping dua buat cukup syarat ja. Gitu. 

Fuyyooooo.

Mr snowman pun terbalik. 

Darlings.

Lepas tu kitorang singgah Jambatan Tamparuli. Syam cakap Jambatan Tamparuli ni ada dua. Satu yang ori, satu lagi yang tak ori. Of course kitorang nak pergi yang ori kan. 


Di permulaan jambatan. Jambatan ni digunakan oleh local people untuk cross sungai. Jalan bawah ada titi tapi selalunya digunakan oleh kereta. Jalan sempit. Kereta kalau nak lalu pun kena give way. Tunggu belah sana clear, baru boleh jalan.

Sungguh menggayatkan I tell you sebab tapak kayu playwood.Nama pun jambatan gantung.



Cukup setakat ini dululah pengembaraan tiga dara pingitan di Sabah. Nanti I sambung lagi okay =)

3 comments:

eDdY said...

citer pasal sabah, aku pon baru je balik dari sabah last wednesday..yp bukan pergi jalan 2 la..pergi atas urusan rasmi..hehe

Iz Malazi said...

nasib kite g sini zack hr tu aku baca berita jmbatan dah x leh guna.. banjir kan.. x tahu lah jmbtn bwh ke atas huhu

luih myd said...

ehhh ..ur friend tu tinggi giler .. mak bapa dia sure tinggi ni :) .. bagus dok homestay ..boleh masak sendiri. Sayur murah dan fresh kat kundasang. Puas le pekena broccoli dan suku sakatnya. Kalau dok hotel kat situ pun .. dia serve sayur je banyak. Memang sedap le .. dah tempat sejuk air nya pun sure sejuk. Kalau air panas suam-suam je .. alamat mandi pun ringkas je le .. or main lap-lap je :) .. yerrr anjing tak bertuan mmg bersepah .. tu yg tak berapa best.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger