Online users

Follower

Monday, June 29, 2009

Mini gathering ex-MRSM PDRM

Aku, Usher dan Fizi

Best, fun and enjoy to describe mini gathering ex-MRSM PDRM malam ni.Mini la sebab ada 4 orang je.Hahaha.Aku, Usher, Fizi dan Kak Yon.Tapi aura kitorang, satu kedai boleh rasa.Pung pang pung pang bercerita sorang-sorang.Pertemuan diatur last minute lepas aku mengadu kat Usher nak jumpa dia.Last aku jumpa bulan 3 yang lepas if tak silap.Alang-alang dia still cuti lagi and duk kat Bedong je pun, which means tak jauh la kan dengan SP, aku ajak dia lepak kat maktab.

Dorang datang amik aku dan Kak Yon then terus pergi buka puasa dekat menara jam.Nafsu serakah merajai diri bila aku bantai nasi goreng ayam padprik dan sate tanpa henti.Sapa suruh dorang usung aku sampai pukul 8 malam still tak buka posa lagi.Huhuhu.

Usher bajet cute.

Usher nampak kurus sikit.Rambut tak payah cakap la.Memang suka bela rambut panjang dan tebal.Bila tanya bila nak ada awek, dengan selamba dia jawab:

" Aku malas nak ada awek, aku nak kahwin terus.Tak de la awek aku nak curang-curang.Rahsia rumah tangga bahagia."

Lepas tu gelak mengekek.Hahaha.Bagus la tu Usher.Sekurang-kurangnya boleh elak maksiat.

Fizi the keding malu-malu kucing.

Fizi lak still macam dulu.Sekarang study kt UniKL.Fizi tak banyak yang berubah.Badan duk sekeping tapi duk syok sendiri konon ada muscle.Aku and Kak Yon admire pinggang dia.Bak kerengga you know.Hahaha.Rambut pun pacak sana sini.Ada style!

Dari gosip-gosip liar xoxo sampai la ke cerita budak-budak minta sedekah menjadi topik perbualan.Fizi takut kat pak cik minta sedekah.Takut kena cabul.Hahaha.Acting harus tip top.Tiba-tiba je angkat call, buat-buat busy jawab phone.Padahal handphone senyap je dari tadi.Tsk.

Kak Yon dan aku yang sahih cun.Wawawa.

After makan, dorang ajak pergi karaoke.Hoh.Excited tapi segan la.Sure-sure la dorang tangkap leleh nyanyi lagu-lagu Salem, Awie, Hattan dan sewaktu dengannya.Segan mak cik.Tak pa la Fizi.Kalau ang bagi aku angkut geng-geng karok aku, konfirm aku tak tolak.Hahaha.

Aku memang enjoy la lepak dengan dorang tadi.Dah lama tak gelak cam syaitan.Fizi, jangan lupa mai jumpa aku kat airport time nak fly naa..Usher, nanti aku tolong adjust mana-mana awek cun untuk ang ok!Terima kasih la banyak-banyak bawa anak dara ni jalan-jalan.Hehehe.Nanti jumpa lagi!

Credit to Kak Yon 4 da picture. =)

p/s :Kat MRSM dorang panggil aku Pirah. Sungguh tak glamour.

p/s/s : Usher ingat Gossip Girl cerita Korea.Tsk Tsk. (T T)

senang ke nak jadi cikgu?


Pergh. Hari ini kelas non-stop dari pukul 8 sampai 1 ptg.Rehat sejam, pastu sambung lagi mass lecture waktu tengahari rembang.Aircond rosak, sejam menggelupur panas dalam dewan tadi.Dugaan berpuasa betul la.Ceh.Saja nak highlight yang aku puasa lagi hari ni.Terkedek-kedek nak habiskan puasa ganti lagi 5 hari.Jangan tiru tabiat aku yang suka ganti puasa last minute.Tak elok.Hihihi.

Korang ingat senang ke nak jadi cikgu? Susah woo..setakat ada "knowledge face" (bak kata Mr.Nukman) je tak cukup.Kena belajar macam-macam lagi.Nak kena tahu segala macam teori.Dressing mesti kemas.Kalau baju colour pink, brooch,kasut dan tudung pun mesti pink.Baru matching.Sebab tu gaji cikgu tak pernah cukup.Duk perabis nak berhias diri segala.Tambah-tambah bagi yang single.Macam I.Hahaha.Gediks.Kalau lelaki, kena rambut pendek.Kau nak rambut panjang, pergi masuk Akademi Fantasia.Kau nak smooking dalam kawasan sekolah, make sure student tak nampak.If tak, naya kau kena menjawab dengan dorang.Budak-budak zaman sekarang makin cerdik.

Esok, ada match netball dengan budak KMPP.Rasa macam berat punggung ja nak turun training.Lagi pun, aku puasa.Haha.Tak boleh woo penat-penat time puasa.Kang pengsan siapa nak angkat.Elin,ang pun turut serta ok.Jangan nak ngelat-ngelat.

p/s : Lauk berbuka puasa hari ni ialah telur bistik.Terbaik punya.

Sunday, June 28, 2009

jangan lupa pakai deodorant

Hohoho..finally dapat buka blog.Bertungkus lumus refresh page sampai dapat.Aku tak tahu la napa asyik kena block dengan Sonic Wall.Nak kata blog berunsur lucah, tak gak.Politik lagi la.Hahaha.Last Saturday lepak rumah Pak Su dekat Laguna Merbok.Sambil tu nak tempah baju batik.Asyik duk hentam baju batik maktab je sampai dah luntur colour.Haha.Memang suka pakai baju sampai lusuh.Sambil tu boleh bergosip dengan Amalia, my cousin.Dia tengah cuti sem.

Balik maktab pukul 9 malam.Pastu konon nak update blog la.Sekali kena block.Hoh.Hampa ok.Maka, aku tidur awal semalam.

Bangun pagi, pergi kuliah.2 jam sajork.Pastu balik bilik,sambung tidur.Macam badak sumbu.Kroih kroih..Petang keluar jumpa Fie, kenalan blogger, atau lebih dikenali dengan nama Luth Textile.Famous dia ni dalam dunia blog.First time jumpa dia depan-depan.Sebelum ni baca blog dia je.Sori la Fie, awak kena tunggu saya lama.Saya ni cik wi sikit kalau bersiap.Pergi lepak kat Makbul,seronok duk bercerita, sekali air tumpah kat seluar aku daa..Hahaha.Lawak2.Ada sorang aci asyik pandang kitorang je.Tapi aku rasa dia banyak pandang Fie dari aku.Hahaha.Dia minat Fie kot.Ada bau kurang menyenangkan.Bau ketiak orang.Serius tengik gila.Aku tak tipu la.Bila pak cik belakang blah, bau makin hilang.Ha..sah! Ketiak pak cik belakang yang bau tengik.Hahaha.

Looking forward to meet other blogger as well!

p/s : Moral of the story, jangan lupa pakai deodorant. =)

Thursday, June 25, 2009

Saya bukan sengaja

F : Fira wat pe ?
Aku : Tgh on9.
F : Aik o9 kt ne? Maen pe?
Aku : Kt mktb la.Maen fb.
F :Oo.x ajak kte maen pn ye..de byk kwn x?
Aku : Erm..rmi kwn2 skola je.
F : Mmbe abg dia bru bt kwn dia ada 15000 org..smpi dia mls approve org dh
Aku :Mesti dia glamer la 2.Xpun hensem.Sbb 2 rmi add dia.
F : X hencem pn..gmuk je..hehe..Ada pe yg bez kt fb?
Aku : Byk kuiz sengal.
F : Kuiz pe ?
Aku : Kuiz jumlah hantran la, psgn secocok la.byk lg la.
F : Fira buh pic pe? Abg nk tgk bley?
Aku : Buh pic muka sndri la.Xkan nk buh muka dia lak.Hahaha.
F : Eleh..ye la.
Aku : Alaa..xyah la tgk.Bukan ad pape pn kt fb 2..
F : Pa pe je la.
Aku : Lg pun wak bukan peduli da pasal saya.
F : Abg malas sembang ngn fira..Fira kerek ngn abg.K daa..

Kerek ke aku? Aduh..Susah betul la.Bila layan elok-elok dia kata kerek.And we ended up fighting.Again.Douh.Bosan.Maybe sebab aku bahasakan diri aku 'saya' and 'awak' kot.Sebab tu kena cop kerek.Macam budak-budak. (T T)

Kata putus dah diberikan.Aku malas nak fikir pasal cintan cintun ni buat masa sekarang.Aku hormat dia sebagai kawan dan aku harap dia pun macam tu.Luka dulu still berdarah lagi.Aku takut nak get into relationship balik, takut kena dump lagi.Huhuhu.Even nampak betul dia still sayang aku, slow-slow la beb.Kalau jodoh tak kemana.Cis.Selalu ulang ayat ni tiap kali post pasal dia.Hahaha.Btol pe.Kena percaya pada takdir.Balik dari NZ baru fikir balik pasal benda ni.

Faiz, study lek lok.Kumpul harta dulu ok.Nanti baru kita kahwin ye.Sori kalau keputusan saya ni awak tak boleh terima.Saya still sayang awak.Cuma ini bukan masa yang sesuai untuk get back into relationship.Kejar cita-cita dulu.Saya nak tengok awak jadi aircraft engineer.Saya bukan sengaja nak lukakan hati awak, malah hati saya pun terluka sebenarnya waktu buat decision ni.Ini untuk kebaikan kita bersama.Bersabarlah sayang.

p/s : Huhu..sedih la pulak.Jiwa kena kental demi kebahagiaan bersama bukan.

p/s/s : Teacher + aircraft engineer = ? ? ?

Wednesday, June 24, 2009

sebijik cekodok yang dibelah empat

Hari ini aku puasa sunat 1 Rejab.Hoh..Terasa penat teramat.Yo la.Sebelum ni aku sumbat macam-macam makanan.Jadi, bila baru tak makan sehari, terasa macam tak lengkap hidup.Hahaha.Alasan.Kena biasakan diri ni.Ramadhan dah dekat.Time ni lah baru nak hargai makanan segala.Tengok coklat sebijik sekupang pun da cukup terliur da.Huhu.Effect yang paling ketara is tidur tak ingat dunia dari pukul 12.30tgh-5.30ptg. Bangun-bangun terus bengong kepala otak.Rasain lo!

Time dalam kelas tadi, kitorang ada sembang-sembang pasal citer baru kat tv.Datin WanAbe yang suka repeat sentence sampai 3 kali mengalahkan citer Adi dan Ayah dimana mak Adi ulang sentence 2 kali je.Kebanggaan yang melampau-lampau terhadap kereta Mercedez dimana suami dia hanya dibenarkan drive tak melebihi 40km/j di jalan raya.Pandu cermat jiwa selamat la konon.Paling tak boleh blah, breakfast makan sebijik cekodok yang dibelah empat.Si suami pula dipaksa pakai napkin makan segala.Sungguh datin wannabe la.

Cerita Bionik dimana hero, Kamal Adli menjadi pujaan hatiku.Charming! Suka watak kawan dia yang sengal and kaki perempuan tu.Aku tak ingat nama dia.Walaupun Fizow hensem, tapi sebab watak dia jahat dalam cerita ni, aku terus menyampah.Hehehe.Cerita cinta kampus macam ni semua budak U suka tengok kan.Kalau betul la Bionik wujud kan best.

Dah sembang pasal Kamal Adli, teringat cerita Zati dan Si Mawas yang macam konpius di kepala otak aku.Aku tak ikut sangat cerita ni.Tapi sebab ada Kamal Adli, aku tengok gak.Duk tunggu muka dia keluar.Hahaha.Pengkritik lain, Farah, Kema, Mona dan Wani cakap plot cerita entah pape.Nenek kebayan pakai handphone segala.Macam tak logik je.Si Liyana Jasmay nampak cam playwood dalam cerita ni.Skinny sangat.Nasib baik comel.

Beralih ke sinetron pula, cerita Upik Abu dan Laura.Ya ampun.Gambar ni memang buat aku pecah perut.Dengan watak si Laura yang perasan kaya dan suka cakap orang putih segedik-gediknya.Muncung mulut sampai ke laut.Antara dialog yang selalu disebut 'Oh My God, please help me, tolong gue!' Serius menyampah.Tapi at the same time lawak.Mak Laura yang hidung serupa serombong asap, bibir kalah Angelina Jolie.Cakap gila kasar.Watak dia pun bez gak.Tante kawan Laura pun boleh tahan lawak gak.

Sekian sahaja untuk review cerita minggu ini.Hoh. Sejam lagi nak buka puasa.Yeay!

p/s : Nasi goreng ayam Ahsan Sani sedap woo..

Tuesday, June 23, 2009

Teruskan jual mahal..

Sayangku,
Kau kata jangan cari kau lagi..
Jangan call kau lagi..
Kau menyesal kembali kepadaku..
Kerna kau rasa aku tetap tidak berubah..
Kau anggap aku selalu cari gaduh..
Ya..mungkin betul apa yang kau cakap..
Setiap kali kau cuba bermesra dengan ku..menggedik dengan ku..
Ku bersikap dingin dengan kau..
Kau kata lagi yang aku berubah semenjak kita berpisah dulu..

Demi menghormati keputusan kau..
Aku cuba menahan diri dari call kau..
Tiada sebarang komunikasi antara kita..
Itu yang kau nak kan..
Cuba menerima hakikat yang kita tak sehaluan lagi..
Yang kau bukan lagi hak mutlak aku..

Ya,betul..
Aku jadi sangsi dengan kau..
Aku tahu kau tak ada girl lain..
Aku tahu kau ada aku seorang sahaja..
Cewah..aku perasan..

Cuma..
Aku tak tahu kenapa..
Aku rasa kau tak serius dalam hubungan ini..
Mungkin juga salah aku menerima kau kembali dalam hidupku..
Biarpun walau seketika..
Mungkin juga aku belum bersedia untuk jadi milik kau..
Aku masih keliru dengan semua ini..

Susah..susah..susah..

Aku sibukkan diri aku dengan novel-novel..
Dengan harapan kau tak akan masuk dalam kotak pikiranku ni..
Serabut tau tak..
Kemana-mana pergi nampak muka kau..

Susah..susah..susah..

Tiba-tiba suatu hari..di tepi pool..tanpa diduga..
Aku dapat call dari kau..
Kaki aku berhenti berjalan..
Jantung berdegup kencang..
Tangan diserang parkinson..
Badan terloncat-loncat..
Apa nak buat..Ku biarkan call kau jadi miss call..
Aku jadi berat mulut nak sembang dengan kau..
Biarpun aku rindu nak dengar suara kau..
Yang ala-ala seksi tu..
Aku buat jual mahal..
Saja nak tengok reaksi kau macam mana...

Lepas 5 minit..
Aku mula menyesal tak angkat call kau..
Tapi dorang cakap tak payah fikir pasal kau..
Teruskan jual mahal..
Ye..jual mahal..
Sampai ke malam aku tertanya-tanya kenapa kau call aku..
Setelah sekian lama kau senyap membisu..
Tika mulut kecoh bergosip dengan dorang..
Kau hantar message..
Aku biarkan ego merajai diri..
Aku tak reply message kau..
Tengah malam sikit baru aku reply..
Berharap kau reply balik..
Tapi tak pun..
Hampa..terus pergi tidur..

Susah..susah..susah...

Aku mengaku kau masih di hatiku..
Cuma aku belum nampak lagi keserasian antara kita..
Mungkin lebih elok kita begini..
Hanya berkawan..
Kau masih bahasakan diri kau 'abang' denganku..
Pelik..mungkin kau masih sayang padaku..
Hahaha..aku juga begitu..

Aku dah maafkan segala kesilapan kau..
Dan aku berharap..
Kau juga begitu..
Aku doakan yang terbaik untuk kau..
Pergi la kau mengejar cita-cita kau dulu..
Menjadi seorang jurutera tersohor negara..

Sayangku..
Masa akan menentukan segalanya..
Sama ada aku milik mu atau tidak..

-zafirah-

Weyh...nak tulis pe ni.

Aku punya harapan, bila balik maktab nak terus update blog.Tapi, hampeh.Internet maktab ada something wrong menyebabkan aku terpaksa menahan nafsu blogging till this moment, jampi pe yang di kasi kat wireless maktab, tiba-tiba boleh pula buka blog.Hahaha.Seronok tidak terkata!

Tapi...

Weyh...nak tulis pe ni.

Blank.............................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................

Inilah jadinya bila dah lama sangat tinggal blogging nih.Huhu.

Terlalu banyak cerita nak kongsi sampai tak tahu nak start dari mana.

Otak jam.Aasdfghjpoiuytrewmnbvcxz...

Aku perlu time untuk bertenang.Terharu tengok follower yang makin bertambah.Terima kasih kepada pengikut blog ini.Nanti aku belanja nasi lemak sorang sebungkus ye.

Keep on blogging babeh!!

p/s : Jom p kait rambutan dekat depan blok jom!

Friday, June 12, 2009

Aku bukan hipokrit!

Salam pembuka bicara..

Pertama sekali aku nak say sorry sebab aku dah lama tak update blog..Huu..Bukan pe..bila balik kampung tak ada tenet-tenet ni..Duk rumah tolong tok masak, tengok tv dan tidur..Itu rutin harian aku.Baki cuti masih ada seminggu lagi.Bermakna seminggu la aku tak update blog nanti.Jangan rindu aku ya.

Kedua, aku dapat tahu dari Kema yang aku menang contest Joe.Hoh..Happy! Thanks Joe.Dapat juga jersey MU.Terima kasih!!

Ketiga, aku minta maaf kepada mana-mana pihak yang terasa dengan post aku sebelum ini.Bermacam-macam tanggapan yang dilemparkan.Tapi aku tak marah korang.Korang ada hak untuk bagi point of view korang.Aku hormat itu.Biarpun bahasa yang kau gunakan agak kasar, aku terima adanya kritikan itu.Jangan ingat aku lemah.Jangan ingat lepas kau hina aku, aku akan bersedih.Aku tahu diri aku lebih dari kau.So, jangan pandai-pandai nak buat telahan yang bukan-bukan pasal aku.Aku akan teruskan blogging.Aku bukan hipokrit!

Sesungguhnya kepada insan yang melemparkan tuduhan pada aku itu masih mentah fikiran nya.Tak mengapalah.Selagi kau tak kacau hidup aku, aku tak kisah.Aku masih lagi mampu bersabar.Kalau ya pun nak comment kat page aku, sila guna bahasa yang boleh diterima akal.Aku sensitif kepada carutan dan makian yang melulu dan tanpa bersebab.Malas nak cari gaduh.

Ouh ya.Kepada yang memberi teguran membina di shout box, aku ucapkan terima kasih kerana memperingati aku.Aku akan ingat itu.Terima kasih ya.Sesungguhnya, aku tak lepas dari melakukan kesilapan di muka bumi ni.Moga Tuhan ampunkan dosa aku.Amin.

p/s: Aku baru habis tengok cerita Jangan Pandang Belakang Congkak.Lawak habis.

p/s/s : To significant someone, thanks for your 'brilliant' comment. =)

p/s/s/s : Thanks to Mr Paan for the edited picture! Nice!
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger