Online users

Follower

Wednesday, May 30, 2012

Ehem ehem

Testing testing. Ehem. Dah ada watermark. Terima kasih kepada Kak Zie atas servis watermark yang tip top dan murah. Actually, dah lama nak buat watermark ni tapi tak reti nak buat sendiri. Duk tangguh lama dah nak buat ni.Yang terdetik nak buat jugak watermark ni sebab gambar dah pernah kena curi.So I learnt my lesson. Penting ada watermark so that kalau gambar kena curi pun, still terpampang url blog kat gambar tu. Kalau ada jugak yang busuk hati pergi tutup watermark tu, memang gila punya olang. Hahaha.

I opt for simple watermark sebab tak serabut dan sedap mata memandang. Gitu. Bagi aku la, sedap mata memandang. Mata korang, aku tak tahu la. Itu pun dah minta Kak Zie alter sikit sikit. Nak font funky la apa la. Banyak cekadak betoi Japirah ni.

Hanya bayar RM 5, dapat dua watermark. Boleh pilih nak design macam mana. Request je kat Kak Zie. Insya-Allah, dia boleh buat. So, kepada yang nak tempah watermark, boleh terus direct email ke princessredbloodsnow@gmail.com. If nak tengok design watermark yang pernah dia buat sebelum ni, boleh pergi ke [link] ni.

p/s : Sempat lagi auto publish satu entry.Hikhikhik.

Tuesday, May 29, 2012

Gila.

Haiyooooh. Sorry maa. Banyak busy oo. Hari ni broadband buat gila. Tak boleh nak connect langsung. Saat genting macam ni la dia buat perangai. Aku mengamuk sampai hentak hentak kaki kat lantai. Sabar je lah.Aku ingatkan laptop aku yang gila or celcom yang gila. Rupanya, aku yang gila. Sebab terlupa nak bayar bil broadband dua bulan. Line sampai kena barred. Ada hati nak mengamuk macam orang gila. Gila punya orang. Haa..today's entry is all about gila. Memang gila la.

Ok.Jawapan yang betul untuk jumlah wang dalam botol tu is RM 93.59. Ada anonymous yang jawab RM 97 tapi sebab dia anonymous dan aku tak dapat nak track ID dia, so penyertaan dia dibatalkan la. Sorry. Second person yang jawab close to the exact amount is akak ~Beb~  dari http://wonderfulretreats.blogspot.com/. Dia jawab RM 77. Tahniah akak. Hadiah, saya kasi next week ye. Soalnya, saya mau ke Bandung esok. Update ni pun dalam keadaan tergesa gesa sebab bag tak pack lagi. Huhuhu.

So guys, I'll be away for a week starting from 30th May till 5th June. Doakan aku selamat pergi dan balik. Dah lama tak shopping macam orang gila. Weehuu!

Sunday, May 27, 2012

Guess guess guess

Agak agak korang, berapa jumlah syiling dalam botol ni? Siapa komen paling dekat dengan jawapan sebenar, titew kasi free gift dari New Zealand. Nak? Haa..Cepat la teka.

Happy guessing! =)

Gone

Kucing comel dah lari pergi rumah jiran. =( Tak sempat aku nak tunjuk skill supermommy, the real mommah dah bawa lari. Mungkin dia rasa insecured kot pasal kitorang asyik ambil anak dia, tangkap gambar sana sini. Dia pun rasa terancam la kot. Tapi memang betul pun. Kucing ni kalau baru lepas beranak, jangan dikacau sangat sarang dia, if tak, dia rasa tak selesa. Maka, pindah randah la lepas tu. Huhuhu. Sedih ja semua orang. Baru nak amik bela, tapi tak sampai hati pulak nak pisahkan anak dengan mak. Ye lah. Kitten pun sama macam baby. Tak makan solid food . Just minum susu mak dia ja. Pernah sekali kitorang bagi susu tin pekat manis tu, tapi mak su bancuh dengan air. Bagi jadi liquid. Lama benor dia bau susu tu tapi tak minum pun. Hang ingat kucing tak ada akai ka? Dia boleh beza woo susu mak dengan susu tipu. Dah la hentam bagi susu pekat manis. Dia jilat la sikit, lepas tu jilat piring tu je yang lebih.

So long and goodbye cute kitten. We will miss you =(

Friday, May 25, 2012

Miaaoowww

Aku ni tak la suka kucing sangat tapi kali ni boleh pulak tersuka kat kittens ni. Mak dia beranak kat balkoni rumah Mak Su. Mak Su tak sedar pun. Ada tiga ekor semuanya. Dua hitam, satu belang belang coklat. Semuanya betina.

Jalan pun tak berapa nak betul lagi. Duk terpeleot lagi haa. Lantai rumah mak su pulak licin.Dah serupa katak berenang aku tengok. =P

Pergi kacau time dorang tengah tidur.Time ni mak dia MIA. Terus celik tiga tiga ekor. Manja betul. Nak jugak bertempek dekat dekat.

 Seeeeee. Mummy tak makan kamu aih. Janganlah takut kat mummy (Tiba tiba jadi mummy. Pasaipa??)

Comel je kan? Mata biru. Bulu dah kembang. Jalan je fail lagi. Terkedek kedek. Terpeleot sana sini. Hehehe.

 Feel like munching her face.

 Stop taking my pictures T_T

Real mommah is here. Ada sekali tu aku amik sekor anak dia. Main dalam rumah. Lepas tu kitten tu duk mengiyau cari si mommah. Tak boleh jauh sikit, terus la mengiyau. Si mommah dengar, terus melulu datang kat aku. Muka nak garang ja. Digogongnya kitten tu ke tempat asal. I won't steal your kids meh.

p/s : Kittens are adorable. Cats are adorable too but only some. Ye. Aku mengamalkan dasar favouritisme. Yang comel comel je aku layan. Yang tak comel, out of my way. =P

Thursday, May 24, 2012

Dah cuti!

Morning semua. Hari ni last day kat maktab.Untuk sem ni la. So, semalam baru start packing.Pagi ni baru basuh baju. Mesin pulak buat hal.Tak boleh nak spin.Dah sudah aku pulak yang jadi spinner manual. Pagi pagi buta dah perah baju kat ampaian. Matahari pun tak keluar lagi. Terbit peluh sebaldi. Good. Pagi pagi dah exercise.Cuti 3 minggu. 30 May aku pergi Bandung. Wuhuuu. Tak sabar. Duk tahan nafsu shopping kat sini sebab nak shopping sampai lebam kat Bandung. Dengar kata barang murah kat sana.

Oh. Lupa nak bagi tau pasal rumah sewa. Kitorang merayu nak duduk kat kolej kediaman Berapit. Semalam Mufid dan Naia pergi pejabat asrama. Dorang cakap keputusan dapat duk Berapit tu actually tak boleh nak tentukan lagi sebab new intake tak masuk lagi. Final decision will be on 18th June. Kalau ada kekosongan lagi, insya-Allah, high chance untuk dapat Berapit. Kalau tak dapat, time tu baru cari rumah sewa.Buka sem nanti ada 2 weeks course kat maktab before start practicum. Time tu duduk kat maktab lagi la.Hopefully, dapat la duduk Berapit. Huhu. If in case Berapit tak kosong, time 2 weeks course tu la terpaksa curi time cari rumah sewa.

Kepada semua budak sekolah dan IPG, selamat bercuti! Kepada yang tak bercuti, selamat bekerja. Hehehe.

Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday II

Lepas kena sound, baru nak daftar.Huhuhu.

Wordless Wednesday

Dari kecik mulut dah besor.No wonder la. Hahahaha.

Ranting, babbling, raving. What else?

Mesti korang muak dah kan asyik asyik cerita pasal house hunting. Aku pun dah naik muak fikir pasal ni. I almost give up. Rasa macam nak menangis ja bila jadi macam ni. Baru semalam keluar entry pasal ujian Tuhan. Sabar Zafirah sabar. Mula la nak salahkan semua orang. Nak salahkan pengarah sebab reject permohonan nak stay kat Berapit, nak salahkan unit praktikum sebab letak kitorang jauh sangat, nak salahkan akak tu sebab letak sewa rumah mahal sangat. Haaa..semua orang salah la sekarang ni. But I should have not blame them. Mesti ada reason kenapa semua benda ni jadi. Positif Japirah...positif. Sebab benda ni la aku tak start packing barang lagi. Serabut. Khamis ni Mak Su dah nak datang amik barang. Adoi la. Sometimes, I am bad at multitasking. Fikiran sering terganggu, emosi jangan cakap la. Memang dah sah sah terganggu. T_T Luar je nampak kental.

Terima kasih kepada yang sama sama tolong aku cari rumah sewa. Terharu. Nampak sangat aku ni desperate kan? Sampai ke FB pun aku hebahkan. Thanks to Kak Ros, Kak Linda, Mimi, Tim dan a few people lagi yang   bagi pertolongan dari segi moral support, contact number dan suggest homestay. So far, we have not made our mind yet. Still considering the RM 400 per month house. We were thinking of bargaining the price since the house is not fully furnished and the condition is not very good. There's only one fan in the living room and none in the bedroom. So, not worth it la bayar mahal mahal tapi dapat third class facilities. But I'm not good in bargaining. Wan is the right person to do this. There's only two possibilities if we start bargaining the price. One, the landlord will have a negative perspective towards us or in other words, tawar hati nak deal dengan kitorang lagi. Second, let go the house and start finding other houses.

May God ease our things.

p/s: Bosannya asyik ranting about rental house. T_________________T  Tak ada benda lain nak cerita ke????

Tuesday, May 22, 2012

Unsettled things that makes me go crazy

Susah hati. Bila dah jumpa rumah, harga pulak mahal. Sebelum ni aku ada cakap akak tu letak RM170 untuk sebulan. Pergi jumpa hari ni, tiba tiba dia kata dia amik sewa ikut kepala. Satu kepala RM 100. There are four of us which makes the total cost RM 400. At first, aku fikir ok sebab dah desperate sangat nak rumah. Plus, harga tu include bil elektrik dan air untuk sebulan. Itu je rumah yang kami dapat cari so far tapi bila sembang dengan kawan, semua cakap mahal. Dorang rasa macam kitorang kena tipu. Bayangkan je lah. Harga asal RM 170, tiba tiba up jadi RM 400. Tak ke banyak tu. Bila difikir balik, bil air dan elektrik mustahil sampai RM 230 sebulan. Harga RM 170 tu jiran yang dia cakap semalam. Tiba tiba hari ni tuan rumah cakap RM 400. Pelik ni pelik. Rasa macam dah kena tipu. So far, aku tak set apa lagi dengan orang tu sebab still consider lagi benda ni. Wan pun dah consult mak dia. Tanya pendapat. Mak dia pun cakap mahal sangat. Dah la rumah kosong. Kalau fully furnished, boleh terima lagi.

Runsing sekarang ni. Rumah sewa dah la tak banyak kat area sini. Nak minta tolong orang, payah. Kadang kadang, kita ni nak cepat, tapi orang duk buat lambat. Better gerak sendiri. Argh. Bertambah gugur rambut aku  fikir pasal benda ni. Terpaksa cari sekarang sebab dah nak start cuti. Nanti masing masing dah balik rumah. Susah. Aku pulak tak ada transport nak gerak cari rumah sewa. Duk mengharap kat Wan je lah. Huhuhu.

Ya Tuhan, permudahkanlah urusan kami.

Problems

Kita ni hidup mana pernah senang sepanjang masa. Kadang kadang Tuhan nak uji kita ni kuat ke tidak dengan turunkan musibah. Musibah ni boleh datang dalam banyak bentuk sama ada dari segi bencana alam, penyakit, kematian dan sebagainya. Aku selalu dengar orang cakap, Tuhan turunkan musibah sebagai penghapus kesalahan kita sebelum ni. Ada jugak yang cakap, Tuhan turunkan ujian sebab dia nak uji tahap keimanan dan kesabaran kita. Tuhan takkan semena mena nak turunkan ujian kalau umatnya tak boleh handle. Gitu la.

Apa yang aku buat bila ditimpa ujian? Of course I would cry first. Lumrah jadi wanita ni, senang menangis. Itu saja cara kami nak luah emosi yang terbuku di dalam hati. Ewah. Tapi menangis takkan selesaikan masalah. Apa yang penting, balik semula kepada Tuhan. Berdoalah pada Dia, minta dipermudahkan segalanya. Kalau hati still tak tenang, capailah Al-Quran dan baca. Al-Quran is the best therapy. Penting juga untuk kita berkongsi masalah dengan rakan terdekat dan minta pendapat. When you hear others' point of view, it helps you to rationalize things better. You look things from different perspectives. Aku ni nampak je macam cool tapi sebenarnya dalam, lembik. Kadang kadang aku suka pendam sensorang sampai dah jadi nanah, baru nak cerita kat orang. Time tu memang no mercy la beb. Cakap apa pun dah tak guna dah sebab its too late to turn back. Makanya, bila ada masalah, jangan dipendam lama lama. Let it out.

Yang paling penting, kena sabar. Tuhan tu Maha Adil. Ada hikmah la tu dia beri ujian kat kita. Selalu fikir macam tu je lah senang. Kadang kadang aku pertikai jugak kenapa la Tuhan tarik mama dan abah awal sangat.  At one point, I kept on blaming God for taking them from us. Tuhan kejam. Tapi bila umur ni makin meningkat, dah boleh fikir secara waras. After all, God is not cruel. He knows that we can cope living without them.Cuma less loved sikit la. Kasih sayang sedara mara sepupu sepapat mana sama dengan kasih sayang mak bapak sendiri. Ye tak? Aku belajar untuk jadi lebih berdikari, tabah dan kuat. Bukan senang nak hadapi semua ni dalam usia yang muda. Tabah luaran je lah tapi dalaman lembik.Tengok mak bapak kawan datang grad, tapi aku tak ada sapa datang. Tacing beb, tacing. Meleleh jugak dua tiga titik.  Hahaha. Aku ni jenis tak tunjuk kat orang aku sedih. Selagi boleh tahan, aku tahan. I don't want people to see me as a weak person. Sebab tu kot I prefer to make jokes and make people laugh. That's my way of comforting myself. Makanya, bila kita ditimpa kesusahan, selalulah beringat ada lagi orang lain yang lebih teruk diuji dari kita. Selalulah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni.

Monday, May 21, 2012

Kelebihan bulan Rejab

Salam. Just nak share kelebihan bulan Rejab. Aku pun tak sedar dah masuk bulan Rejab, Tengok kawan update status kat FB, baru sedar. Semakin menghampiri bulan Ramadhan. Ganti puasa tak habis lagi. Moh le kita berpuasa di bulan Rejab ni. Banyak kelebihannya. Antaranya :


1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab, akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.
So, tunggu apa lagi? Marilah rebut peluang pahala berlipat ganda ni. Ikutkan sekarang ni, aku dah full moon tapi tak pun. Nak puasa sementara boleh.Kang dah full moon kang, susah.Hehehe.

House hunting begins.

House hunting sudah pun bermula. Minggu ni just busy waktu pagi je. Petang free. So, tadi pergi la riki riki taman yang dekat dengan sekolah. Too bad, there's none in Kota Kuala Muda district. Kecewa. Kitorang cari area Tikam Batu. Kebanyakan rumah yang kami dapat, semuanya homestay and they charge us on daily basis. Bila tanya boleh tak nak buat sewa for 4 months, semua reject. Ye lah. Dorang rugi la. Rumah dah cantik, fully furnished, siap aircond nak charge below RM 300. Memang tak dapat la kan. Penat jugak mencari rumah sewa ni. Time nak give up tu la baru jumpa rumah untuk disewa. Excited dial number. Sekali rumah tu dah ada orang book.Tau tak perasaan bila terlepas peluang tu? Nak lagi, bila dapat tau rumah tu di book semalam. Bukan minggu lepas, tapi semalam. Terlambat sehari ja pun.Rasa macam................why la why.....Mak cik tu siap cakap "Sorry la. Saya kat Penang. Tak sempat nak buang advertisement tu" Saja ja tau mak cik ni. Bagi harapan pelesu kat we'olls. Lepas tu nampak satu lagi homestay. Nampak cantik. Telefon la bercakap dengan Encik Adnan. Sopan santun orangnya. Dia cakap memang tak dapek la nak buat sewa sebab dorang tak balik modal. Dah la satu rumah pasang aircond. Ada hati nak bayar below RM 300. Tapi dia bagus. Try nak tolong kitorang carikan rumah sewa. Dia cakap around RM 200 pun boleh dapat dah kalau nak sewa.

Disebabkan tak nak mengharap pada yang satu, kitorang cari je rumah sewa lain. Pusing masuk Taman Pekula,   tak ada. Scary ok perumahan kat situ. Sorry to say la tapi aku tak favour housing area situ sebab sangat padat. Tak terjangkau dek akal fikiranku macam mana la dorang boleh tinggal dalam kawasan yang sangat sempit. Nak amik lap parking kereta dalam rumah pun tak ada. Memang menangis la aku kalau duduk area situ. Dah terbiasa laman besar kot.Huhuhu. Pergi Taman Jenaris pulak. Haa. Kat taman ni aku puas hati sikit. Nampak teratur rumah dia. Tak serabut macam Taman Pekula. Pun tak ada yang kosong. Sedih mak noks. 

Harapan terakhir, Taman Rhu. Ada 3 fasa. Fasa 1 dan 2 tak ada. Kat Fasa 3, banyak rumah kosong tapi tak ada notis nak sewa ke apa. Sabar je lah. Punya nak cerita banyak homestay yang dah kitorang call, sampai tak sedar ter call orang yang sama sampai dua kali. Punya desperate nak cari rumah la katakan. Orang tu siap cam lagi, "Ini yang cari rumah untuk praktikum tu eh?" Ok. Malu sekejap T_T Still, kena reject. Alahai. Pusing punya pusing, jumpa satu rumah ni. Kebetulan depan rumah tu, ada mak cik jual kuih. Dia bagitau tuan rumah tu  nak bagi sewa. Baru je beberapa hari lepas ada orang keluar.Rumah still bersih lagi la cuma tak ada perabot. Kira kalau masuk, memang rumah tu kosong. Nak bagi sewa RM170 ja. Haa.Tunggu lagi. Dah murah habis tu. Terus amik contact. Call dia tak dapat. Mak cik tu cakap akak tu polis. Maybe dia off phone sebab tengah handle kes ke apa. Harap harap dapat la rumah tu. At least, halfway perjalanan dah cover compared to duduk maktab.Almost an hour kot. Tak sanggup.Huhu.

Alang alang sekolah dah dekat dengan Pulau Sayak, pekena nasi goreng udang sedas. Ke-lia!

Oh. Terima kasih kepada yang bagi contact number sedara area situ. Saya dah contact that person dan sekarang still menunggu jawapan. Terima kasih banyak banyak =)

Bila bosan...

Disebabkan dah habis exam, maka ramailah yang balik kampung on weekend. Tiba tiba dapat pulak message chain cakap Ahad tak ada workshop.Ah.Lagi la rasa nak hentak kepala atas bantal (dinding is too extreme for me). Nak buat apa kat maktab ni? Makanya, kami kumpulkan geng yang tinggal kat maktab dan pergi Penang. Tak ada tujuan pun sebenarnya pergi Penang. Asalkan nak keluar dari maktab.Itu ja. Bosan oh duduk dalam bilik. Dah la panas. So, pukul 10 pagi berkumpul kat car park. Konvoi 3 kereta. Lily, Ain dan Apih. Sampai Penang around 11.30 pagi, perut pun dah lapar sebab tak makan apa pun dari pagi. Terus berdesup pergi Seoul Garden. Katty, Lily, Apih dan Kema tak pernah merasa lagi makan kat Seoul Garden ni. So, ok la. Lagi pun sekali sekala. Kalau selalu sangat pun, bosan.


Kitorang lepak sampai pukul 2. Mujur la aku tak pakai belt. Kalau tak, boleh senak perut melantak kat sini. Huhuhu. Sampai tersandar kat kerusi la punya pulun sumbat. Yang tak menahan si Kudin la. Orang tu baru refill udang, dia dah angkut sampai habis. Langsung tak kasi chance kat orang lain. Hahaha. Tak pa. Dah nama pun eat all you can.

Duk sedap lepak, sekali nampak Jonathan. Wah. Tak sangka pulak boleh jumpa kat sini. Dia pun macam terkejut. Tak sangka kot dalam banyak banyak tempat, Seoul Garden jugak berjumpa. Dia dengan short nya, macam orang nak pergi camping. Serious sempoi habis Jonathan ni.Dia datang dengan Crab dan lagi sorang lecturer yang bertanggungjawab pantau budak IPIK.We were supposed to have a session with him today tapi nampaknya kitorang dah buat pre-meeting kat Seoul Garden dulu =P


Loser of the day. 

Dah kenyang makan kat Seoul Garden, kitorang gerak pergi Queensbay pulak. Saja cuci mata. Window shopping katanya. Penat weh jalan kat Queensbay. Sekarang baru aku faham kenapa orang lebih prefer parking kat luar mall, sanggup biarkan kereta kena panas. Sebab parking dalam sangat besar. Ada 3 zone. North, Central dan South Zone. Jarak antara satu zon, jauh kot. Kitorang parking kat South. Bayar auto pay kat North. Dah satu hal kena berlari cari kereta sebab ada masa 15 minit selepas bayar untuk keluar dari parking. Tobat lepas ni I parking kat luar ja. Huh. Pusing Queensbay tak habis pun sebab masing masing dah bosan dan penat.

Sebelum balik, singgah tepi laut kat Queensbay sambut birthday Apih. Sebenarnya birthday dia esoknya tapi kitorang saja buat in advance. Beli sepotong kek kat Secret Recipe je pun. Jadi la kan. Budget tengah tight sekarang ni. Huhuhu.

p/s: Terjumpa Farah AF dengan suaminya kat Secret Recipe. Farah kecik je rupanya. Cantik. She's pregnant. Nak tangkap gambar tapi segan. Takut dia tak nak. Al maklumlah, tengah pregnant. Huhuhu.

Sunday, May 20, 2012

Yogo Goyo

Baru balik dari dinner. Hampir hilang mood time dinner tadi pasal makanan lambat sampai. Boleh pulak order hilang. Mujur Elin pergi tanya kat pak cik tu, kalau tak sampai ke sudah tak sampai. Malam ni panas sangat. Makan mee bandung tadi pun berpeluh satu badan. Wan teringin nak makan Yogo Goyo. Makanya lepas dinner, pergi Yogo Goyo. Ini first time nak cuba ni. Deco dalam kedai sangat cantik. Dah macam Halloween Party dah aku tengok. Kiri kanan pumpkin. Seperti biasa, topping haruslah cornflake dan koko krunch. Flavour pulak, chocolate. 10 gram for RM 0.51. Total kena tadi RM 7.10. Ok la. Nak merasa je pun. Rasanya lebih kurang sama dengan tutti frutti. Harga pulak, aku tak pasti sebab tak perasan pulak 10 gram berapa ringgit. Yang boleh perasan kat Yogo Goyo ni sebab dia tulis kat mesin tu. So, aware la jugak.

Lepak kejap kat Yogo Goyo sementara nak habiskan frozen yogurt tu. Boleh leka duduk dalam kedai tu sebab kusyen dia cosy gila. 

Syuk's wedding

Two days before final exam, I managed to attend my former schoolmate's wedding in Kulim.  I was really looking forward to go to her wedding since it's been almost 6 years we did not meet each other. Kalau pergi, insya-Allah boleh jumpa dengan other schoolmates as well. Lagi pun dah dekat sangat SP dengan Kulim. Bagai   orang mengantuk disorongkan bantal, around 11 pagi As message ajak join sebab ada satu lagi seat kosong. Haa..tunggu lagi. Moh le kiteee...

Sebelum tu, kita cari hadiah la dulu noh. Wah. Excited ok. Kalau dulu pergi kenduri kahwin dengan tok, tangan kosong ja. Sekarang ni, wedding kawan rasa kekok pulak tak bawa hadiah. Cari punya cari, kami beli periuk nasi 1litre. Kasi balut sekali. Akak ni pun dapat bajet dah kami nak bagi hadiah kahwin pasal masuk shopping complex melawa bukan main dengan heels masing masing. =P

Jauh jugak SP ke Kulim. Lalu pulak jalan kampung. Selepas hampir 1 jam, sampai jugak kami ke Dewan Bandaran Kulim. Pengantin duk berpeleseran kat luar dewan.Dari jauh dah nampak mahkota dia. Amboi Syuk. Kalah permaisuri agong punya mahkota =P Salam peluk cium semua, masuk la dalam dewan. Perut pun dah lapar. I was mesmerized by the decoration. The hallway, pelamin, meja makan pengantin, meja potong kek, semua la cantik. Lalu hati kecilku berkata, mesti mahal kos pelamin ni.

Apa pun, kita makan dulu noh. Nanti riki riki lain pasal pelamin. Kitorang sumbat satu meja tu sampai 12 orang. Punya la nak get together dengan geng sekolah. Makanan sedap tapi aku tak mampu nak sumbat banyak pasal sebelum pergi dah balun seround kat cafe. Tak sangka dapat jumpa seramai ni. Bajet tak ramai yang pergi sebab time sekarang ni semua busy dengan exam. Masing masing dah grad. Ada yang lagi setahun nak habis. So, aku tak rasa left out sangat la. I'm in the middle.Hehehe.

Bersama pengantin dua sejoli. Syuk dan pasangan. Syuk ni dulu satu team 4x100 m dengan aku. Time dulu la. Sekarang ana sudah pancit. Sudah berat laarr.Aku pergi ucap tahniah dekat dia, cakap Mila kirim salam. Dia tanya Mila mana. Aku cakap Mila team 4x100m jugak la. Terus dia flashback balik masa kitorang ada event olahraga kat Stadium Darul Aman di mana aku tak dapat nak lari pasal terlupa nak bawa IC.Makanya aku tak layak bertanding. Cissss...

 Favourite sekarang ni edit gambar kasi effect potong. Yang penting, muka aku selamat dari dipotong.Muahaha.

Ini haa tempat potong kek. Menarik kan? Cantik sangat. Memang menepati wedding dream aku. Suka sangat sangat.

Pelamin yang tersergam indah. Cantik cantik cantik! I like it very much. Sekarang ni memang trend kot naa bunga tompok tompok besar ni. Kena gaya, cantik la. 

Boleh dikatakan wedding Syuk ni meriah la sebab orang tak henti henti datang. Time kitorang sampai sampailah nak balik pun, orang still ramai lagi. Makanan pulak tak pernah tak ada. Alhamdulillah. Murah rezeki family Syuk ni. Kita kalau nak jamu orang, jangan kedekut. Tapi janganlah sampai membazir pulak ye. Budak budak kecik yang datang, dapat belon angry bird sorang satu. Ok. Yang tu aku jealous sebab aku pun tiba tiba boleh terminat pulak dengan belon tu. Rasa tak aci pulak dorang ja yang dapat.Hahaha.

Selamat Pengantin Baru, Syuk! Who's next? 

Congratulations Chelsea!

6.12a.m, I got a phone call from him...

Dia: Sayang, Chelsea menang. Chelsea menang. Yeay yeay!
Aku: Ooo ya ka? Tahniah.
Dia: Hehehe. Ok la yang. Gi sambung tidur ea.

That's how I know Chelsea won the Champions League Final. I am not a fan of football club. Aku 'minat' Chelsea ni pun sebab mat arep yang minat. Apa pun, Harimau Malaya tetap di hati. Cewah.

Saturday, May 19, 2012

Sisterhood

This picture reminds me of Ika when she was a baby. Her face looks similar to mine but when she grows up, her eyes starting to become less round or in other words, sepet macam anak cino.Hehehe.

                    Ika on the right side. Lebih kurang sama kan dengan muka aku time baby? Hahaha.

Taken in 2011.Ika and I. Apa cerita adik lagi tinggi dari akak ni? T_T

Recently, she told me that she was teased by her boy schoolmates. Calling her with some weird name. I can't tell it here. It's too confidential. She can't stand it anymore. I understand her feeling because I was in her shoes before. I encountered public humiliation too when I was in high school. I can still remember that guy's name and face.Sakit hati bila kena ejek berulang kali. Bukan sekali dua ye, tapi setiap kali bertembung, mesti ada ja modal nak bahan. Siapa tak tahan beb. Ika even told me that she never talk to that boy and expresses her dissatisfaction why she became the target. I told her not to bother. Just ignore him. Budak nakal. Biasa la tu. She did it but  the boy still continues to tease her. I don't want to meddle in because I am afraid something even worse will happen to her. Lebih baik dia sendiri yang setel benda tu. So, I suggest to her to meet the school counselor if things go beyond her control.

Little things can give a big impact to people.So, boys...stop teasing the girls. Tak baik bagi gelaran yang tak elok dekat orang lain. Try to put yourself into their shoes. Or try imagine if your own sister get teased by her friends. How do you feel? Rasa nak tumbuk kan? Haa..Macam tu jugaklah aku rasa bila hang buat adik aku macam tu. *Emo puleks*

It's just a normal thing to happen to high school girls. Just face it Ika. Lama lama dia pun mesti dah letih nak ejek. Yang penting SABAR!


Thursday, May 17, 2012

Tutorial DIY letak crown/batu manik atas tudung bawal

Hallu semua. Hari tu aku ada janji nak buat tutorial tampal crown/batu manik kat tudung bila free kan? Here you go. Tengah free ni. Meh tengok macam mana nak letak crown/batu manik kat tudung.

 First thing first, haruslah ada tudung dan batu maniknya ya kawan kawan.

Lepas tu, lipat tudung tu jadi segitiga macam ni. Imagine hang nak pakai tudung, haa..lipat macam tu.Make sure sebelum lipat tudung tu, dah iron semua bahagian tudung tu.

Then, iron bahagian atas tudung tu, bahagian yang selalu gegirl tiup tiup nak bagi hilang gelembung kat tudung tu. Faham tak? Dapat bayang tak? Tak perlu iron end to end but just the center part. Iron ni sebab nak bagi ada line ja kat tudung tu so that senang hang nak bajet letak crown tu kat mana.

Dah lepas iron bahagian atas tudung tu, kita kasi lipat tudung tu sekali lagi kepada dua bahagian yang sama panjang. Ibarat hang nak pin tudung ke bawah la.Make sure hujung tudung tu kiri dan kanan sama panjang. Ini penting ye sebab nak bajet crown tu in center. Kalau tak sama panjang, kang crown tak balance pulak.

Dah divide into two parts, iron bahagian tu pulak.

Lepas iron, tudung akan jadi line macam ni. Macam simbol tambah. Haa..jadi tak? Kalau tak jadi, iron semula sampai jadi.Hahaha.

Kemudian, tarik plastik crown/batu manik tu dari base dia secara perlahan lahan. Make sure batu dia tak terlucut. Jangan ganas sangat, sebab certain jenis batu, gam dia tak kuat. Nanti tercabut pulak batu tu.

So, letakkan tudung tu atas iron board. Nampak tak line tu? Haa..Ini la gunanya. Untuk memastikan batu manik ni balance kiri dan kanan. Korang pandai pandai la bajet batu manik tu dari hujung tudung. Jangan letak belakang sangat, kang nanti bila pakai, crown duduk belakang kepala. Tak cantik. Make sure jarak dia dari hujung tudung tu dalam half jengkal jari korang. Depends jugak dekat pattern batu tu. Kalau lebat macam ni, letak belakang sikit pun tak pa. Kalau yang style one line tu, I would prefer you to make it half jengkal or even less. Pandai pandai la korang bajet.


Then, lapik kain lain atas batu manik. 

Kemudian, iron la batu manik tu. Iron biar lama sikit tau. Nak pastikan batu tu betul betul dah melekat kat atas tudung.

Agak agak dah lama iron tu, boleh la try buka plastik tu.Kalau tak ada batu yang melekat kat plastik, itu tandanya batu dah well glued to the scarf. So, boleh tarik sampai habis. Kalau still ada yang melekat kat plastik, iron balik sampai melekat.

 Tadaaa! Siap untuk diperagakan.Hehehe.

Macam ni la rupanya lepas dah iron. Could make it more to the front tapi dah silap bajet, macam ke belakang sangat la pulop. Huhuhu.No turning back.Once you've glued it, jangan harap nak buka balik. So, hati hati la time buat ye. Make sure betul betul center dan tak ke belakang sangat.

Selamat mencuba!

Wednesday, May 16, 2012

Teachers Day

Eh. Tak sedar pun hari ni Hari Guru. Hahaha. Should I feel great on Teachers Day? Bajet le lebih padahal baru   teacher trainee. Praktikum pun tak lepas lagi ni. Bersempena dengan Hari Guru ni, kami pun tak terkecuali daripada menerima hadiah. Hadiah yang sangat bermakna. One day workshop. Bukan setakat tu je, esok sampai minggu depan ada workshop. T_T Huh.Lupakan je lah angan angan nak rehat dalam bilik. Instead of looking it in negative ways, I take it as an opportunity for me to prepare myself for the upcoming practicum. Secara jujurnya, aku memang tak ready lagi nak praktikum ni. Takut tak dapat nak mengajar dengan baik.Apatah lagi expectation lecturer terhadap kami sangat tinggi. Nervous weh. Dah la ini first time praktikum. Kalau macam budak kos lain, dorang every sem ada praktikum. Untunglah korang. Program kitorang ni, bagi sekali 3 bulan. Amik hang.

So, lepas ni kalau nak update blog pun, lepas pukul 4.30 baru free. Baru je angan angan nak keluar 6 entry satu hari. Kalau macam ni la keadaannya, takat satu dua entry je la. Hehehe.

Oh, by the way, Happy Teachers Day to all teachers in Malaysia especially to my former teachers in SKSAT, MRSM Langkawi, MRSM PDRM Kulim and IPG KSAH. Thanks for all your hard work,endless support and encouragement.

Tuesday, May 15, 2012

Wedding at Taiping : Final Part

Disebabkan saya ada banyak masa terluang, cewah...haruslah update lagi blog ni. Hohoho. Ini sambungan entry wedding kat Taiping. This is the final part. The reception day. The day I turn into somebody else. Caution.This entry contains loads of  pictures that will make you go uuuu and aaaa. 

Siapa nih? Kan I dah cakap. I turn to somebody else. Terima kasih to Kak Fatin atas solekan yang mantop ni. Nangis tengok muka sendiri after make-up. She did to 7 of us. Setiap orang, lain jenis make-up.Ikut kulit. Khai punya paling kejap sebab kulit dah memang sedia cantik. Tak banyak nak tambah.Just letak sikit dah cantik =) Gambar tuan tanah paling besor.Sebab apa? Suka hati aku la. Hahaha.

Bertindak sebagai tukang bagi door gift pada hari kejadian. Kemudian bergegas menjadi pengiring pengantin untuk masuk ke dalam dewan. Wah.Sangat busy you'olls. Door gift ada dua jenis. Satu VIP satu yang biasa.  Setiap kali nak bagi kat guest, kena tengok muka mak Wan dulu. Kalau dia bagi cue VIP, haa..baru bagi yang beg kelabu. Kalau dia tak buat muka, maksudnya yang biasa je lah.

That's the slowest walk I ever had in my life.Walkaway nak ke atas pelamin tak ada la jauh sangat dari main door. Kak Wan pilih lagu "Sedetik Lebih" sebagai background music untuk iring dia jalan.Bayangkanlah, lagu tu dekat 3 minit lebih. Kak Wan awal awal dah pesan jalan se slow mungkin. Sebab nak on the dot habis lagu tu dia dah sampai atas pelamin. Seksa habaq hang. Terkumut kumut jalan. Tak pernah aku jalan setapak demi setapak. Ini dah kalah Matrix tau dak.Oh. Hand bouquet kami buat sendiri (excluding me). Aku memang tak berseni benda benda kraftangan ni. Fail. Tapi lagu "Sedetik Lebih" sangat sesuai la untuk majlis kahwin macam ni. Syahdu dan menusuk kalbu. Sob sob. Terkesan di jiwa la senang cakap.

Antara teman seperjuangan yang hadir. Depa ni awai awai lagi dah sampai. Tunggu sampai pengantin makan beradab baru balik. So sweet la you'olls.

Katty jadi MC bersama pak cik DJ. Haa..Jangan tak tahu, Katty dapat gelaran pengacara Nona hari tu. Siap menyanyi lagi. Hebat mung ni.

After orang dah makin kurang, baru la kami dapat peluang nak makan.Itu pun lauk dah tinggal ciput je. Cukup la nak alas perut masing masing.Yang penting, puas hati dapat tolong family Wan.

 Memang aku rajin mengedit malam ni. Habis semua gambar aku nak potong potong kan T_T

Time ni semua dah bersurai dah . Tinggal kitorang ja kat dalam dewan. Harus la camwhore dengan pengantin. Pengantin dah tak larat nak posing atas pelamin, kitorang rampas takhta.Muahaha.

Oh.Lupa nak bagitau. Tema wedding Kak Wan kuning dan oren.That's why la baju kami caca merba. Ada kuning, ada oren. Hohoho.

Diakhiri dengan gambar pengantin yang sangat sweet.Amboi Rudy. Tak menyabar nampak. =P

-THE END-
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger